Wednesday 16 December 2015

REFLEKSI TENTANG DRAMA MELAYU

SITI ZAINAB BINTI ABAS
2015429108
Filem yang saya kaji ialah ‘BOHSIA’ . Didalam cerita ini menunjukkan pergaulan lelaki dan perempuan yang lansung tiada batasan .Hal ini amat bertentangan dengan adab tamadun melayu yang dibawa oleh datuk moyang kita terutamanya apabila lahirnya  kemuculan agama islam .Sebenarnya tamadun melayu adalah tamadun yang amat menjaga pergaulan antara mereka yang buakn mahram. Mereka juga terkenal dengan adab sopan santun yang tinggi termasuklah dari segi tutur kata yang penuh lemah lembut.
                                            
SARAH AMIRAH BINTI ADNAN

SEDUTAN CEREKERAMA “RENDANG UNTUK MERTUA”
Cerekarama ini mengisahkan tentang sepasang suami isteri di mana ibu lelaki tersebut tidak merestui perkahwinan mereka lalu bersikap  kejam terhadap menantunya hanya kerana si isteri seorang anak yatim piatu dan berasal dari keluarga miskin berbeza dengan menantu-menanunya yang lain yang berasal dari keluarga yang kaya-raya. Hal ini bertentangan dengan nilai Melayu sebenar. Sepatutnya, ibu mertua ini tidak sepatutnya mengejar menantu yang berasal dari keluarga yang kaya- raya. Walhal, ibu mertua ini sudah sepatutnya menerima si isteri kerana agamanya, akhlaknya dan rupanya baik dan sudah memadai untuk dijadikan sebahagian dari kelurga mereka. Babak yang ingin diketengahkan dalam kisah ini adalah babak di mana ibu mertua terebut mengajak anak lelakinya, Ezani dan isteri, Fasha untuk tinggal bersama di rumah ayah dan ibu lelaki tersebut memandangkan mereka sudah uzur dan memerlukan penjagaan yang rapi. Walaupun Fasha menjaga mereka dengan baik sekali, namun itu tetap tidak membuatkan ibu mertuanya brubah fikiran dan tidak menerima Fasha seadanya. Setiap kali Fasha menyediakan makanan untuk mereka, si ibu mertua pasti akan mengutuk dan mencaci makanan yang Fasha sediakan serta mengungkit bahawa Fasha anak miskin dan tidak layak menjadi menantu keluarga mereka. Dengan panggilan yang kasar, mimik muka yang jijik, memcampakkan semula makanan ke muka Fasha ketka dia ingin menyuapkan makanan, sudah pasti ibu mertua ini tidak menunujkkan nilai Melayu yang sebenar. Ke mana perginya adab sopan santun dan adab melayan tetamu yang seharusnya diterapkan ? Namun, di sebalik layanan buruk ibu mertuanya, Fasha sebaliknya tetap sabar dan terus melayan mereka dengan baik sekali. Fasha sentiasa memastikan segala kelengkapan mencukupi dan tidak pernah bercakap kasar ataupun menentang kata-kata ibu mertuanya. Hal ini adalah kerana Fasha sedar akan tanggungjawabnya sebagai menantu dan dia menyayangi ibu bapa Ezani seperti ibu bapanya sendiri. Dengan tutur kata yang sopan, mimik muka yang baik serta gerak tubuh yang ikhlas melayan ibu bapa mertuanya membuktikan Fasha masih mengekalkan nilai-nilai seorang bangsa Melayu yang sebenar.
NUR HAZIQAH ‘IFFAH BINTI RUSLI-2015666714
 Pada zaman yang serba moden ini , kemajuan yang ada di negara kita membawa orang melayu kearah yang lebih moden , bermotivasi , berkeyakinan tinggi , serta diterapkan nilai-nilai yang seiring dengan kemajuan yang sedia ada di negara kita , jadi , adakah nilai-nilai atau sikap orang melayu masih ada sifat kemelayuan dalam diri atau telah dipengaruhi oleh anasir-anasir luar seperti kuasa-kuasa barat yang ingin merosakkan akal fikiran serta keimanan orang melayu , yang semestinya adalah beragama islam .

  Mengikut drama melayu yang sekarang ditayangkan di televisyen yang ditonton oleh semua generasi seperti contoh drama “Dia Isteri Luar Biasa” yang dilakonkan oleh Nur Fathia dan Shukri Yahaya. Drama ini menontonkan tentang seorang perempuan yang inginkan seorang anak tetapi tidak inginkan seorang suami kerana masa lampaunya yang perit akibat perbuatan kejam ayahnya kepada ibunya . Pengarah drama ini mengetengahkan drama ini dalam pengajaran yang baik serta ada juga keburukannya , seperti , apa yang saya perhatikan di dalam drama tersebut ,kebaikan yang saya dapat perolehi ialah , setiap perempuan perlukan seorang pembimbing serta imam kepada mereka untuk mengecapi serta mendapat keredaan Allah S.W.T. Selain itu , kesabaran seorang suami dalam melayani kerenah isterinya yang sedang mengandungkan anaknya .

  Pengajaran yang saya dapati di dalam drama ini yang perlu kite elakkan ialah ,di dalam drama ini, terdapat adegan di mana terdapat watak seorang perempuan terkinja-kinja mengejar suami orang , walhal dia sedar akan status lelaki itu, dan realitinya , perkara ini berlaku di dalam masyarakat kita. Selain itu , di dalam drama ini juga banyak menggunakan bahasa rojak dan Inggeris sedangkan kita , sebagai orang  melayu perlulah memartabatkan bahasa kita dan ditekankan di dalam drama melayu , kerana pada zaman dahulu, bahasa melayu adalah bahasa lingua franca di Alam Melayu ,oleh itu , banggalah dengan bahasa kita.Walaubagaimanapun, umum mengetahui bahawa realitinya , pelakon yang melakonkan drama ini , tidak mempunyai sebarang ikatan perkahwinan , jadi , apabila adegan seperti , berpegangan tangan , berpelukan dilakonkan ini menunjukkan nilai yang tidak baik kerana kita sebagai orang islam , haram memegang atau menyentuh orang selain ajnabi kita.

 Akhir sekali , apa yang saya dapat simpulkan di sini ialah nilai melayu pada zaman sekarang masih kekal , tetapi semakin lenyap di dalam generasi sekarang ,seperti percakapan yang kurang sopan apabila dengan orang yang lebih tua , serta pergaulan bebas antara lelaki dan perempuan , jadi , apa yang saya boleh cadangkan adalah pada generasi yang akan datang , kita sebagai masyarakat melayu hendaklah menunjukkan nilai-nilai yang baik  kerana apa yang terjadi kepada mereka adalah hasil daripada apa yang mereka perhatikan di sekeliling mereka.

NURUL SYAHIRAH ASMAA BINTI MOHD ZAIN
2015664182
Berdasarkan filem yang saya tonton, filem ‘Suamiku jatuh dari langit’, menunjukkan bahawa masyarakat melayu sekarang percaya akan perkara tahyul. File mini juga menunjukkan sifat putus asa orang Melayu tanpa sebarang usaha atau tindakan. Dari sudut posituf, file mini menunjukkan bahawa setiap manusia itu diberi peluang untuk berubah ke arah yang lebih baik bergantung kepada kehendak masing-masing.


2015663856
REFLEKSI DRAMA HATI PEREMPUAN
Berdasarkan drama Hati Perempuan, saya dapat lihat kurangnya nilai kemelayuan pada zaman sekarang yang mana dapat kita lihat dalam watak Yuhanis  lakonan Mia Ahmad. Salah satu babak Yuhanis yang menunjukkan kurangnya nilai kemelayuan ialah ketika suaminya iaitu Tengku Zaril atau dikenali sebagai KuRil lakonan Syarul Ridzwan mengajak untuk berbincang atau menerangkan kebenaran, Yuhanis berperangai kurang sopan dan melawan kata suaminya tanpa berfikir dengan rasional kerana fitnah disebarkan daripada KuLin. Yuhanis suka membuat keputusan sendiri tanpa berbincang sebelum membuat sendiri. Yuhanis juga keluar dengan Nizam iaitu rakan sekerjanya tanpa kebenaran suaminya. Tengku Zaril terasa hati kerana Yuhanis tidak pernah memberi layanan yang baik kepadanya kecuali Yuhanis inginkan seuatu dengannya. Kita sebagai orang melayu terutamanya isteri perlu menghormati suami sebagai ketua keluarga dan melayan mereka dengan sebaik mungkin.
Pelakon Bella Nazari melakonkan sebagai Tengku Amalin atau dikenali sebagai KuLin jelas menunjukkan nilai kemelayuan yang semakin terhakis pada zaman serba moden ni. Yuhanis lebih suka membuat keputusan sendiri tanpa memikirkan perasaan KuRil. Watak KuLin ini banyak membawa budaya barat. Contohnya kebanyakan babak watak KuLin memakai pakaian yang seksi. KuLin memeluk KuRil seperti budaya barat di khalayak ramai. KuLin juga pernah mewarnakan rambutnya kepada perang ntuk memulakan hidup baru. Disini kita dapat lihat tiadanya sifat wanita melayu yang malu untuk berbuat perkara yang kurang senonoh di khayalak ramai dan wanita melayu hendaklah berpakaian sopan dan tidak keterlaluan dalam menghias diri.
Adik kepada KuRil iaitu Tengku Zaqif sangat tidak menghormati dan sering mengendahkan  abangnya kerana hubungan yang kurang rapat dengan abangnya dan juga mengamalkan budaya barat seperti KuLin kerana dia pernah tinggal di luar Negara dalam masa yang lama. Tengku Zaqif sangat suka berfoya- foya dengan wanita walaupun sering dinasihati oleh KuRil, abangnya. Disebabkan terlalu banyak terpengaruh dengan budaya barat kurangnya nilai melayu yang perlu dipratikkan oleh Tengku Zaqif iaitu kita hendaklah berlemah-lembut dan menghormati dengan orang yang lebih tua daripada kita. Contohnya, dengan bersalam dengan mereka supaya dapat mewujudkan silaturahim.
Umairah, kakak Yuhanis menghubungi Yuhanis memberitahu maknya sakit. Umairah mendesak agar Yuhanis balik ke kampung melihat keadaan maknya. Hubungan antara Yuhanis dan maknya kurang rapat kerana perselisihan antara mereka. Sejak kejadian itu, Yuhanis kurang melawat maknya di kampung. Disini nilai melayu yang tiada nilai berbuat baik kepada ibubapa yang menjaga kita daripada kecil. Orang melayu sangat menekankan hubungan yang baik antara ibubapa. Sebagai anak, kita perlu membalas jasa mereka dengan berbuat baik dengan mereka yang tanpa lelah melayan karenah kita sebagai anak. Dengan berbuat baik kepada mereka, mereka berasa gembira. Contohnya dengan melawat mereka di kampung. Disebabkan ini, orang melayu sangat menekankan kita berbuat baik kepada ibu bapa.




  

No comments:

Post a Comment