Saturday 5 December 2015

REFLEKSI INDIVIDU MINGGU 9 SUMBANGAN TAMADUN ISLAM KEPADA PERADABAN DUNIA(5.11.2015)

SARAH AMIRAH BINTI ADNAN
2015428556
Refleksi saya pada minggu ini melalui pembelajaran mengenai sumbangan tamadun Islam, saya sebagai umat Islam bertambah kagum akan pemimpin ummah, Nabi Muhammad saw. Pada saya, sumbangan terbesar tamadun Islam terhadap dunia semestinya Piagam Madinah. Hal ini menunjukkan  kebijaksanaan dan pemikiran jauh yang diamalkan banginda. Piagam Madinah merupakan perlembagaan bertulis pertama dalam sejarah. Berbeza dengan sebelum ini, segala perlembagaan mahupun peraturan hanyalah melalui percakapan bukan melalui catatan. Oleh itu, Nabi bertindak bijak dengan melaksanakan Piagam Madinah. Selain itu, piagam ini ditulis berdasarkan wahyu dari Allah SWT. Jadi, piagam ini menjadi bukti secara tidak langsung mengenai suruhan Allah yang wajib dipatuhi hamba-hambaNya. Di samping itu, piagam ini mengandungi perkara-perkara yang menyebelahi semua pihak termasuklah bangsa Yahudi pada zaman tersebut. Justeru, dengan adanya PIagam Madinah, masayarakat majmuk akhirnya boleh hidup bersatu dan sejahtera tanpa pergaduhan. 


SITI ZAINAB BINTI ABAS
2015429108 ( 5/11/15)
Refleksi saya pada minggu ini ialah saya dapat belajar untuk  bersangka baik terhahadap sesuaatu yg kita lihat , dengar dan rasa . Hal ini kerana kita tidak berada di situasi tersebut untuk kite terus menuduh atau mengganggap seseorang itu jahat , sombong ,angkuh dan sebangainya. CONTOHNYA , dalam sejarah islam sendiri iaitu kisah khalifah uthman yang  memilih ahli kerabat sendiri untuk memengang jawatan yang tinggi dalam pentadbirannya  telah menyebabkan beliau dipandang rendah . Pengajaran dalam kisah ini ialah kita tidak tahu mungkin sebenarnya beliau telah membuat ujian dan ternyata memang saudaranya itu memangg paling layak .

NUR HAZIQAH ‘IFFAH BINTI RUSLI-2015666714
Apa yang saya pelajari ialah setiap ibu bapa inginkan anak mereka berjaya di dunia serta akhirat dan supaya dapat menjadi seperti tokoh-tokoh islam seperti contoh ibnu sina , jadi , ibu bapa perlu memainkan peranan penting dalam mendidik dan menerapkan pelbagai ilmu ,tidak kira sama ada dari segi akademik , kokurikulum atau agama, kepada anak-anak dari kecil kerana melentur buluh biarlah daripada rebungnya.
2.Selain itu , saya dapat mengetahui bahawa dengan belajar pelbagai bahasa dapat memudahkan kita untuk memahami sesuatu serta dapat lebih mendalami sesuatu ilmu yang terdapat di negara-negara lain dan juga , kita , sebagai umat islam hendaklah menyebarkan dakwah islam kepada orang. Oleh itu , bahasa memainkan peranan penting supaya dakwah dapat disebarkan dengan lebih berkesan kerana islam dapat disebarkan kepada bangsa-bangsa lain.
3.Sebagai umat islam yang ingin mencapai kemajuan tamadun , umat islam itu sendiri yang patut mencemerlangkan diri mereka sendiri di dalam setiap bidang yang mereka ceburi supaya kita umat islam dapat melawan kemajuan barat yang sedia ada pada zaman sekarang serta kita dapat mengelakkan daripada ditindas oleh kuasa barat yang ingin memusnahkan kemajuan islam.
4.Kita perlu bersangka baik dengan semua orang kerana apabila kita bersangka baik , di dalam diri kita hanya ada pemikiran yang positif , serta tiada sikap ragu-ragu kepada sahabat dan ini menunjukkan adab bersahabat kerana kita bersangka baik kepada sahabat , hal ini ,dapat mengelakkan rasa tidak puas hati antara sesama sendiri.
5.Saya juga dapat mengetahui bahawa kita boleh memberi sedekah kepada orang zalim dengan menghentikan kezaliman orang yang zalim , kerana apabila kita membalas kezaliman seseorang dengan kezaliman juga , kita , juga menjadi seorang yang zalim . Oleh itu , kita perlu saling bantu-membantu dalam menamatkan kezaliman yang berlaku dengan secara berhemah dan tidak tergopoh-gapah.

NURUL SYAHIRAH ASMAA BINTI MOHD ZAIN
2015664182
Apa yang saya pelajari daripada pembelajaran hari ini ialah kita haruslah bersangka baik terhadap makhluk Allah yang lain. Hal ini kerana dengan berfikiran positif, kita dapat mengurangkan sifat sifat buruk serta tiada syak wasangka sesama makhluk sekaligus dapt mengeratkan hubungan sesama makhluk.



2015663856
Minggu ini saya belajar bahawa cara untuk tunjukkan kasih sayang kita pada orang zalim iaitu dengan menghentikan kezaliman seseorang itu. Saya bersetuju dengan cara ini kerana jikalau kita membalas perbuatan beliau semakin tercabar dan marah dan sudah tentu beliau ingin membalas balik. Perkara ini boleh menyebabkan banyak pihak yang tersinggung atau terkena bahananya. Saya juga mempelajari untuk menjadi umat yang cemerlang, kita kena mempunyai sifat ingin tahu dalam diri, mempunyai pendidikan agama, beradat, bina keyakinan diri, tanam sifat kasih sayang, tidak kisah dengan materialistic, handal dalam sukan, mempunyai sifat spiritual yang kuat dan menguasai banyak bahasa. Saya akan berusaha untuk menjadi menjadi umat yang cemerlang.


No comments:

Post a Comment