Saturday 5 December 2015

REFLEKSI INDIVIDU MINGGU 8 KONSEP TAMADUN ISLAM(15.10.2015)


NURUL SYAHIRAH ASMAA BINTI MOHD ZAIN
2015664182
Apa yang saya belajar hari ini ialah kita sebagai orang Islam seharusnya menjadi pakar dan cemerlang dalam setiap bidang yang diceburi atau perkara yang dilakukan. Hal ini kerana, kita dapat memajukan dan membantu umat Islam yang lain dengan berkongsi kemahiran dan ilmu yang kita ada. Untuk mencapai tahap itu, kita haruslah menanam sifat ingin tahu dan cintakan ilmu pengetahuan agar segala proses menimba ilmu itu dimudahkan dan dirahmati Allah.


NUR HAZIQAH ‘IFFAH BINTI RUSLI-2015666714
1.  Jika hendak menjaga hubungan kita dengan Allah , kita hendaklah sentiasa yakin dan bersangka baik dengan Allah s.w.t kerana Dia yang berkuasa ke atas setiap makhluk-Nya.
2 .Selain itu , mengikut pendapat saya , jika tatasusila kita makin halus dengan Allah , dengan sendirinya tatasusila dengan manusia juga semakin halus.
3. Tamadun islam itu universal , seperti yang kita dapat lihat , tamadun islam bukan sahaja bagi orang arab , tetapi juga orang cina,melayu,india dan lain-lain lagi . Seperti contoh , tamadun melayu juga mempunyai tamadun islam yang diterapkan dalam setiap aspek kehidupan pada tamadun melayu pada zaman dahulu.
4. Asas-asas tamadun islam iaitu akidah , akhlak , syariah , dan ilmu. Apa yang dapat saya simpulkan dari asas-asas tamadun ini , ilmu perlu seiring dengan asas-asas tersebut . Ilmu amat penting , seperti ilmu tauhid , yang menekankan keesaan dan kekuasaan Allah s.w.t. dan ilmu ini wajib bagi umat islam bagi menjadi hamba Allah yang beriman.
5. Perkara yang saya dapat tahu adalah apabila kita menyedari bahawa kita semakin jauh dengan Allah , itu juga menunjukkan hidayah yang diberikan oleh Allah s.w.t. supaya kita sedar akan kealapaan kita dan bertaubat kepadan-Nya dan tidak akan melakukan maksiat serta mengingkari arahan-Nya.

SITI SYAHIRAH BINTI HUSIN
2015663856

Apa yang saya belajar pada minggu ini ialah wujudnya Negara islam yang kaya dan miskin, ini jelas menunjukkan tiada penyatuan antara negara islam. Apa yang saya faham, islam mengajar kita bersatu padu dalam semua perkara. Jelas pada zaman serba moden ini, orang Islam sekarang tidak mengamalkan ajaran Islam seperti pada zaman Rasulullah SAW, Muhajirin dan Ansar membantu satu sama lain apabila mereka dalam kesusahan. Sepatutnya Negara yang kaya seperti UAE menolong Negara yang miskin seperti Bangladesh dari pelbagai segi terutamanya dari segi kewangan. Negara yang miskin amat memerlukan kewangan bagi menampung kehidupan rakyat dan untuk membangunkan ekonomi mereka. Kesimpulannya, sebagai orang islam, kita hendaklah bersatu padu dan tolong-menolong antara satu sama lain supaya tidak mudah ditindas. Bak kata pepatah, bersatu teguh bercerai roboh.


SITI ZAINAB BINTI ABAS
2015429108 

Refleksi saya pada mingu ini ialah saya dapat belajar tentang berapa indahnya tamadun islam , tidak kira samada dari segi penubuhannya atau  pemerintahnya , bagi saya semuanya adalah indah dan sempurna .Hal ini kerana konsep  pembinaan tamadun islam itu sendiri  datang dari Allah tuhan sekelian alam. Perkara paling penting  saya dapat belajar ialah sebenarnya tamadun islam itu sangat maju , bahkan segala ilmu dapat diteroka oleh ilmuan tamadun islam tetapi kita menganggap bahawa segala ilmu datang dari barat. Hal ini amat memberi kesan yang mendalam dalam diri , hati dan sanubari saya kerana ia memberi  saya inspirasi bahawa umat islam boleh maju kehadapan lebih dari barat bahkan jauh lebih maju dari barat kerana kita mempunyai kitab yang sangat kuat iaitu al-Quran.



SARAH AMIRAH BINTI ADNAN
2015428556

Melalui pembelajaran pada minggu ini berkenaan dengan tamadun Islam, terdapat beberapa perkara yang dapat saya pelajari. Antaranya adalah, dalam merealisasaikan tamadun berteraskan Islam, kita hendaklah terlebih dahulu mempunyai hubungan baik dengan Allah SWT, menjaga hubungan yang baik sesama manusia dan hubungan baik dengan seisi alam. Maksud konteks seisi alam ini merujuk kepada alam sekitar khususnya. Tanpa mempunyai dasar-dasar asas seperti ini, masakan kita dapat membina tamadun Islam yang gemilang? Justeru ,kita dijadikan Allah sebagai khalifah di bumi ini hendaklah menjaga hubungan baik sesame manusia dengan mengamalkan kewajipan amar makruf, nahi mungkar iaitu mengajak ke arah kebaikan  di samping mencegah kemungkaran. Dengan terpeliharanya akhlak masyarakat, barulah kita dapat membina tamadun Islam. Selain itu, saya dapat sedari akan hakikat bahawa Islam sememangnya sebuah agama yang cukup sempurna. Hal ini adalah kerana salah satu sifat Islam ialah ketuhanan. Hal ini selari dengan fitrah manusia yang mempercayai bahawa alam ini bukanlah wujud sejak azali namun dicipta oleh suatu kuasa yang jauh lebih hebat. Dalam konteks ini, ia merujuk kepada Allah SWT. Sesungguhnya, kita amatlah kerdil jika dibandingkan dengan kekuasaan Allah SWT. Di samping itu, Islam juga bersifat tetap dan tidak berubah, terbuka, sempurna dan seimbang serta sepanjang zaman.

No comments:

Post a Comment