Sunday 20 December 2015

REFLEKSI INDIVIDU MINGGU 13 TAMADUN INDIA(10.12.2015)

SITI ZAINAB BINTI ABAS
2015429108
TAMADUN INDIA
Refleksi saya tentang tamadun india adalah ia dapat membuktikan bahawa islam adalah agama yang penuh dengan keadilan. Pada zaman veda akhir ,tugas  kaum wanita hanya tertumpu kepada akvititi rumah tangga sahaja  dan mereka akan dibakar bersama mayat suami mereka . Selepas kedatangan islam kedudukan kaum wantita kembali diangkat . Hal ini menyedarkan saya bahawa islam sebenarnya adalah agama yang adil .Jika seseorang islam itu tidak berlaku adil seperti di dalam pemerintahan ,kita tidak boleh terus menyalahkan islam , bahkan sebenarnya dialah yang tidak mendalami islam itu dengan sempurna.

NURUL SYAHIRAH ASMAA BINTI MOHD ZAIN
2015664182
Apa yang saya belajar daripada pembelajaran Tamadun India ini ialah dengan mengamalkan Islam, sesebuah tamadun itu mampu aman dan harmoni. Ini adalah kerana Islam mengajar banyak nilai nilai murni yang boleh diamalkan dalam hidup yang membawa kepada persepakatan dan keharmonian. Sebagai seorang Islam, kita seharusnya menunjukkan nilai nilai baik yang diajar agar saudara bukan Islam yang lain tidak salah faham serta membenci kepada agama Islam. Justeru, mereka yang tidak beragama Islam ini akan mencintai dan mungkin akan menyertai agama Rasulullah yang suci ini.
SITI SYAHIRAH BINTI HUSIN
2015663856
Saya mendapati tamadun india jelas memberi pengaruh di Malaysia. Perkara ini dapat dilihat pada pembinaan masjid Kapitan Keling di Pulau Pinang yang jelas menunjukkan penyebaran agama Islam terhadap masyarakat India. Pengaruh india telah banyak meresap dalam adat dan budaya kaum melayu.Pengaruh ini paling ketara dalam adat resam melayu yang membabitkan perkahwinan dan kehamilan. Amalan-amalan seperti wanita hamil membawa pisau bagi melindunginya daripada semangat jahat pada prinsipnya mempunyai persamaan dengan amalan orang Hindu melindungi diri daripada sihir dan hantu-hantu yang jahat. Di samping itu pengaruh India dalam hiburan dapat dilihat melalui tarian dan muzik yang masih wujud dalam masyarakat Melayu antaranya ronggeng, boria, wayang kulit dan mak yong.

Sarah Amirah Binti Adnan
2015428556
Melalui pembelajaran pada minggu ini mengenai Tamadun India, terdaat banyak perkara yang dapat saya kaji. Antaranya adalah sumbangan pemimpin yang disegani ramai iaitu Mahatma Gandhi. Beliau belajar undang-undang di England dan pergi ke Afrika Selatan sebagai peguam kepada seorang pedagang Islam Gujerat. Beliau melihat diskriminasi perkauman di situ lalu menetap di situ bagi memperjuangkan hak asasi orang India. Sumbagan terbesar beliau adalah pada 1920 apabila beliau mengisytiharkan swaraj (pemerintahan sendiri) dan kemudian menjalankan beberaa kempen satyagraha sehingga mencapai kemerdekaan India pada tahun 1947. Dari sini, kita dapat lihat betapa besar kesungguhan beliau dalam mengejar kemerdekaan India. Di sampng itu, kita dapat mencontohi cara beliau yang memperkenalkan definisi baru bagi kuasa, iaitu kepimpinan tanpa pejabat dan autoriti tanpa paksa. Selain itu, kita hendaklah menghargai jasa mereka yang telah secara tidak langsung membawa ajaran Islam ke negara kita seperti Jemaah Tabligh yang diasaskan oleh Maulana Muhammad Ilyas dan Darul Uloom Deoband iaitu madrasah yang terawal di seluruh India malahan boleh dikategorikan salah satu madrasah yang tertua di seluruh dunia.  Kedua-dua pergerakan ini bertujuan untuk mengajak manusia supaya mentauhidkan dan membesarkan Allah SWT dengan mengembangkan ajaran dn amalan Islam dalam kalangan umat Islam , merealisasikan amalan-amalan trsebut dalam kehidupan serta menghidupkan pendekatan dakwah Rasullulah SAW dan para sahabat.   

NUR HAZIQAH ‘IFFAH BINTI RUSLI(2015666714)
1.Apa yang saya pelajari ialah tamadun india telah lama berkembang dan bermula dengan kemasukan tamadun lembangan sungai,iaitu, Mohenjo-Darro dan Harappa yang boleh dapat dilihat melalui ciri-ciri peradaban dan jangka hayat.
2.Saya dapat mengetahui bahawa peradaban Lembah Indus mempunyai sistem perancangan bandar yang maju yang sangat sistematik serta mencapai pembinaan yang baik.
3.Saya dapat mengetahui bahawa Masjid Taj Mahal yang dibina pada zaman Shah Jehan untuk isterinya,Mumtaz Mahal salah satu benda ajaib di dunia.
4.Mahatma Gandhi menunjukkan sifaat berperikemanusiaan dengan ingin membantu para petani yang menentang tuan tanah British. Beliau menunjukkan sifat berani dan tidak gentar akan kepada penjajah British.
5.Sifat yang perlu ada dalam setiap rakyat adalah sifat berani membuat sesuatu untuk kepentingan dan kebaikan semua yang saya dapat lihat pada pergerakan nasionalis yang inginkan British supaya member perhatian kepada kebajikan di India.



REFLEKSI INDIVIDU MINGGU 12 TAMADUN CHINA (3.12.2015)

SITI ZAINAB BINTI ABAS
2015429108
TAMADUN CHINA
Refleksi saya tentang tamadun china ini ialah saya dapat belajar bahawa sebenarnya sebagai seorang islam , untuk menyebarkan sesuatu dakwah kita haruslah berfikir dan bertindak dengan bijak.Hal ini amat memberi  impak kepada saya kerana tindakan bijak khalifah uthman yang menghantar saad bin abi waqqas ke chinalah yang menyebabkan islam tersebar di china. Tindakan ini amat bijak kerana beliau terus menyampaikan dakwah kepada si pemimpin . Jika pemimpin menerima dakwah itu, sudah tentu si pengikut akan mengikut jejak langkah si pemimpin. Bagi saya , tamadun china antara tamadun yang memperlihatkan kepandaian umat islam dalam strategi menyamapaikan dakwah.

NURUL SYAHIRAH ASMAA BINTI MOHD ZAIN
2015664182
Melalui pembelajaran mengenai tamadun China ini, saya dapat belajar bahawa Tamadun China banyak memberi sumbangan kepada seluruh dunia. Ini adalah termasuk sumbangan seperti seni bina, perkembangan dalam pertanian serta budaya. Jika kita lihat di Mlaysia sahaja, banyak bangunan yang dibina dengan unsur aripada China. Contohnya, pagoda iaitu kuil mereka. Pengaruh Cina yang sangat terkenal ialah seni Kungfu. Ini dibuktikan dengan seni prtahankan diri ini amalkan oleh banyak bangsa di seluruh dunia. Yang paling penting ialah saya belajar dengan strategi dan perancangan yang rapi, sesebuah tamadun itu mampu memngembangkan serta memajukan wilayah mereka.

SITI SYAHIRAH BINTI HUSIN
2015663856
Pada minggu ini, saya mendapati tamadun  china banyak memberi sumbangan kepada dunia. Antaranya dari segi bahasa, kepercayaan, sistem organisasi, budaya dan sistem politik, ekonomi dan sosial. Tamadun China mengamalkan pemerintahan beraja yang mana ia menunjukkan Malaysia juga mengamalkan sistem ini. Agama dan kepercayaan masyarakat cina seperti agama Buddha masih diamalkan walaupun sudah bertahun lama ia wujud. Ini jelas menunjukkan bahawa tamadun china amat memberi kesan kepada masyarakat sekarang terutamanya masyarakat cina di Malaysia.


SARAH AMIRAH BINTI ADNAN
2015428556
Melalui pembelajaran pada minggu ini berkenaan Tamadun Cina, terdapat banyak perkara yang dapat saya kaji. Antaranya adalah masyarakat Tamadun Cina percaya bahawa restu para dewa merupakan perkara terpenting dalam hidup mereka. Tanpa restu para dewa, maka kelancaran sesuatu pekara seperti pemerintahan beraja, keamanan kehidupan dan lain-lain tidak dapat dilaksanakan dengan sempurna. Hal ini amatlah bercanggah dengan pegangan agama Islam. Sebagai umat Islam, kita tidak perlu menyembah sesiapa mahupun apa-apa kerana tiada yang lebih berkuasa melainkan Allah SWT. Selagi berpegang kepada sumber utama ajaran Islam iaitu al-Quran dan sunah nabi, menurut suruhan-Nya dan meninggalkan larangan-Nya secara istiqamah, maka kita akan senantiasa berada dalam keberkatan Allah SWT dijamin kebahagiaan dunia dan di akhirat. Selain itu, kita sebagai umat Islam haruslah bersyukur dan menghargai jasa Rasullulah SAW dalam memperjuangkan agama kita hingga ke nafas terakhir baginda. Hasil perjuangan baginda, maka kedudukan wanita dalam masyarakat tidak lagi rendah seperti Zaman Jahiliah dan kini berdiri sama tinggi, duduk sama rendah bersama-sama lelaki. Berbeza dengan Tamadun Cina, kedudukan wanita dianggap rendah dalam masyarakat. Contoh yang dapat kita lihat dengan jelas adalah kdudukan isteri dalam perkahwinan.  The Seven Grounds   atau tujuh dasar dalam ajaran Konfusianisme mengatakan seorang suami berhak menceraikan isterinya berdasarkan sebab berikut seperti perasaan cemburu, banyak cakap, mempunyai penyakit dan sebagainya. Namun, seorang isteri tidak berhak  untuk berbuat demikian walaupun suaminya membuat kesalahan. Seorang isteri akan menurut segala peraturan di rumah suaminya sama ada dia suka atau tidak.

NUR HAZIQAH ‘IFFAH BINTI RUSLI(2015666714)
1.Apa yang saya pelajari ialah tamadun china adalah tamadun yang maju dan telah membina peradaban awal manusia yang menunjukkan keunggulan dan kekayaan ketamadunan dari pelbagai aspek termasuklah politik,ekonomi,kepercayaan dan sosial yang unik.
2.Selain itu, saya dapat mengetahui bahawa selain daripada menjadi laluan pedagan asing yang datang untuk berdagang , Laluan Sutera(silk road) juga tempatnya laluan agama islam tersebar. Oleh kerana itu, terdapat penganut islam yang menetap di China sehingga sekarang.
3.Saya juga dapat mempelajari tentang pelbagai pemikiran falsafah China yang pelbagai seperti Konfusianisme,maoisme,daoisme dan legalisme. Falsafah-falsafah tersebut mempunyai kepercayaan dan amaln yang berlainan yang dipercayai oleh masyarakat China.

4.Tamadun China mempunyai pelbagai kesenian yang amat menarik dan unik,seperti kaligrafi,seni lukis,seni bina dan seni ukir,seni opera serta kung fu. Kesenian China dari segi pembinaan juga dapat dilihat di Malaysia yang terletak di Kota Bharu,Kelantan, masjid yang dibina berdasarkan ciri-ciri kesenian China.
5.Tamadun China tidak meletakkan wanita sebagai kedudukan yang perlu dijaga dan dibelai. Dalam masyarakat China, perempuan hanya dianggap sebagai untuk melahirkan anak lelaki. Mengikut pendapat saya, masyarakat China ini menyerupai masyarakat jahiliyah di  tanah arab yang menidakkan status wanita sebagai kedudukan yang perlu dihormati dan anak perempuan membawa kerugian kepada mereka.



Saturday 19 December 2015

PLAN AND ACTION KEPADA MASALAH UMAT ISLAM SEKARANG

Kita hendaklah mengambil iktibar dan sejarah tamadun-tamadun terdahulu bagi memastikan kesilapan tidak berulang sekali lagi. Justeru, kita hendaklah merancang dengan teliti terlebih dahulu sebelum bertindak atau dikenali sebagai plan and action bagi menjamin keterbilangan tamadun. Pertama, ,masyarakat kini terdedah kepada permasalahan dalam urusan jual beli di mana unsur penipuan dilakukan oleh pembeli di mana ia menyusahkan para pengguna. Oleh itu, pihak kerajaan harus merancang untuk menguatkuasakan undang-undang yang lebih berat terhadap para peniaga yang mengambil kesempatan ini agar mereka tidak melakukannya lagi. Aktiviti ini lebih menular menerusi pembelian dalam talian (online shopping). Sebagai contoh, salah satu usaha kerajaan adalah semua perniagaan dan perkhidmatan dalam talian perlu mematuhi peraturan Perlindungan Pengguna (Urus Niaga Perdagangan Elektronik) 2012. Antara perkara yang perlu dipatuhi web perniagaan di bawah Peraturan-Peraturan Perlindungan Pengguna 2012 ialah nama perniagaan, nama syarikat dan nama orang yang menjalankan perniagaan; nombor pendaftaran perniagaan atau syarikat; alamat e-mail dan premis dan nombor telefon; dan butiran mengenai ciri utama barang atau perkhidmatan. bagi menjamin kepentingan kepenggunaan. Kegagalan mematuhi peraturan mengikut Akta Perlindungan Pengguna 1999, individu boleh dikenakan denda tidak melebihi RM50,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-dua sekali. Denagn ini, sektor ekonomi negara bakal terjaga.
Kedua, dari segi sosial,menerusi penggunaan teknologi yang semakin popular pada zaman globalisasi ini, adanya seetengah pihak yang cuba memporak-perandakan negara dengan menyebarkan malumat-maklumat palsu mengenai kerajaan ataupun perkara yang berkaitan dengannya. Justeru, kita hendaklah membendung perkara ini sebelum terlambat. Sebagai contoh, pada tahun 2013, kita telah dikejutkan dengan maklumat palsu mengenai pembubaran Parlimen yang tersebar di beberapa laman sosial. Justeru, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) boleh mengambil tindakan serius menerusi  seksyen 233 (1) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998, seseorang yang menggunakan internet atau telefon untuk menyebar maklumat atau berita palsu boleh dikenakan tindakan undang-undang. Jika didapati bersalah mereka boleh didenda RM50,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya sekali.

Akhir sekali, bagi memperkayakan ilmu agama dalam jatidiri individu Muslim di negara ini, selari dengan pembangunan negara, kita hendaklah menggiatkan lagi usaha dakwah termasuklah dalam talian. Selain dari buku-buku agama, ceramah mahupun seminar keagamaan, blog-blog yang berkisar mengenai keagamaan turut mempunyai impaknya terhadap diri masyarakat lebih-leboh lagi golongan muda. Pada hari ini, kita dapat lihat penceramah-pencerah muda seperti Ustaz Adnin Roslan dengan prdouksi yang berjudul ‘Tarbiah Sentap’ dan Mujahid Aiman Banna dengan produksinya ‘Henshin:Dari Jahiiah ke Jannah’ telah membuka hati golongan pemuda pemudi dalam menalami ilmu agama dengan cara yang lebih interaktif.   

Friday 18 December 2015

KAHWIN VERSUS COUPLE

VIDEO YANG KAMI SEDIAKAN INI ADALAH MENGENAI MASALAH YANG SERING BERLAKU DALAM MASYARAKAT SEKARANG TERUTAMANYA KALANGAN MAHASISWA SEKARANG. VIDEO INI BUKAN NIAT UNTUK MENYINGGUNG PERASAAN SESIAPA TAPI SEBAGAI PERINGATAN DAN PENGAJARAN KEPADA SEMUA MENGENAI TOPIK YANG HANGAT DIBUALKAN MASA KINI


KITA SEBAGAI MAHASISWA SEPATUTNYA FOKUS KEPADA MATLAMAT KITA IAITU UNTUK BERJAYA DALAM PELAJARAN SERTA MENDAPAT KEREDHAAN ALLAH MAHA BESAR. JIKA PERKARA REMEH SEPERTI PERCINTAAN BOLEH MENGHANYUTKAN SERTA MELALAIKAN KITA, HINDARILAH. SESUNGGUHNYA MENCEGAH LEBIH BAIK DARIPADA MERAWAT. 





HAYATILAH DAN AMBILLAH PENGAJARAN DARIPADA VIDEO YANG KAMI SEDIAKAN INI. MOGA BERMANFAAT. IN SHA ALLAH. 




PRINSIP IQRA SEBAGAI PEMAJU TAMADUN

Prinsip Iqra sebagai Pemaju Tamadun



Dalam konsep asas Tamadun Islam amat mementingkan penghayatan ilmu. Masyarakat yang berilmu asas pembinaan tamadun. Budaya ‘iqra’ dalam Islam merupakan suatu kefardhuan yang mesti ada pada setiap muslim. Ilmu dikelaskankepada 2 bahagian;-

a) Naqli (wahyu) - membina asas tamadun berpandukan ketetapan Allah.
b) Naqli (kajian) - mekanisma yang ada didalam peradaban itu sesuai dengan fitrah semula jadi manusia. Masyarakat dan negara yang bersifat menyeluruh, berdasarkan kepada perspektif Tamadun Islam iaitu penguasaan ilmu ialah ilmu duniawi dan ukhrawi dan juga disebut Fardu Ain dan Fardu Kifayah. Kedua-dua Fardu Ain dan Fardu Kifayah adalah kewajipan dan keperluan kerana kita mesti melalui Alam Dunia dalam perjalan kita ke Alam Akhirat.

Allah berfirman dalam Surah Al Mujaadalah : maksudnya“.......Allah mengangkat darjat orang-orang yang beriman di antara kamu dan orang-orang yang diberikan ilmu pengetahuan beberapa darjat...”

Sabda Nabi Muhammad s.a.w dalam sebuah hadithnya mafhumya, Sesiapa yang mahukan kecemerlangan dunia hendaklah dengan ilmu, sesiapa yang mahukan kecemerlangan akhirat hendaklah dengan ilmu, sesiapa yang inginkan kedua-duanya sekali hendaklah dengan ilmu”.

Hadith ini dengan jelas menunjukkan perlunya keseimbangan antara ilmu dunia dan ilmu ukhrawi (Fardu Ain dengan Fardu Kifayah)

Surah yang awal diturunkan dalam bulan Ramadan terhubung dengan budaya iqra’ atau baca yang memberi makna penerokaan terhadap ilmu. Membangun budaya iqra’ bermaksud bagi manusia dengan potensi akliahnya membangun kekuatan berfikir sekali gus dengan potensi rohaniahnya membangun kekuatan iman dan ihsan terhadap Pencipta.
Ilmu adalah suluh bagi manusia. Ia tidak saja memperjelaskan proses ingin tahu manusia terhadap sesuatu tetapi ia juga memberi kefahaman terhadap sesuatu itu dan natijah akhirnya menerima makna akan sesuatu itu. Al-Quran memberi fokus kepada rijal sebagai aspek pembangunan yang paling utama bukan teknologi dan kebendaan. Rijal penting dibangunkan budaya iqra’ ini supaya ia memiliki kualiti ihsan dan insan agar pengurusan dan pembangunan terhadap sesuatu berlaku dalam kerangka amanah dan kesejahteraan untuk manusia.
Sebab itu, iqra dalam konteks al-Quran bukan sekadar harfiah sifatnya untuk maksud pahala semata-mata apabila dibaca, tetapi kandungan tekstual (kitab) itu perlu terhubung secara kontekstual (realiti) supaya pemahaman terhadap realiti hidup, sejarah dan budaya menyebabkan kehidupan manusia terbimbing dan terpedoman.
Al-Quran antara tekstual dan kontekstual
Al-Quran terkandung hikmah yang membimbing manusia terhadap kebijaksanaan. Pembangunan rijal dan sistem tidak saja dirujuk kepada nas, berlaku khulasah dan tafsir tetapi ia diolah dalam kerangka syariah dan fekah supaya sistem dapat diaturkan terus berada dalam acuan syariat.
Ia mampu menjana ilmu dan pemikiran, pendekatan dan strategi, masalahah dan yang aula atau lebih utama supaya umat Islam mampu merancang dengan bijaksana, tidak gopoh terhadap situasi, memiliki daya tawakal yang tinggi, bersyukur dengan apa yang diterima, berusaha untuk terus maju dan memiliki daya kompetensi tinggi dan akhirnya menemui al-falah atau kemenangan secara istiqamah dan bijaksana.
Al-Quran mencela kelompok mustakjilun atau gopoh dengan retorik yang mengapi-apikan emosi dan kehendak atau kelompok pelampau yang tidak memahami waqi’ atau realiti lebih-lebih lagi kelompok yang cetek dan tumpul pembacaannya terhadap senario yang ada dan akhirnya terjebak dalam kemelut inginkan perubahan tetapi tidak memiliki daya untuk mengisi perubahan itu sendiri.
Oleh itu, amat penting dilakukan perimbangan yang bijak supaya yang dikejar itu dapat dan yang dikendung itu tidak berciciran. Emosi dan kehendak yang tidak terkawal dan kegopohan melaksanakan hasrat dan cita-cita sering menimbulkan fitnah dan sengketa sesama umat.
Al-quran merintis pembangunan Tamadun
Bayangkan Ramadan yang dilalui sebagai sekolah rohhiyyah yang melatih daya kawal diri insan dan disiplin rohaniah yang tinggi, keupayaan mengawal lidah dan nafsu, menjadikan amal - buat contoh teladan yang menjadi sumber ikutan , para abid yang terpancar jiwa ihsan yang tinggi adalah gambaran warga muttaqeen yang mampu mencetuskan zaman dan keadaan ke arah perubahan.
Justeru Ramadan yang dilalui, binaan rohaniah yang dialami dan mengembalikan insan kepada acuan fitrah yang tinggi membolehkan adab dan peradaban lahir. Dunia dan kehidupan hari ini amat memerlukan warga umat yang tidak saja berilmu tetapi amat peka dengan kualiti kemanusiaan tinggi dan akhlak mulia supaya sistem dan negara dapat dibina berasaskan acuan yang fitrah.
Bila Rasulullah SAW mengungkapkan , Addabani rabbi faahsana taa,dibi - Yang Allah, didiklah aku dengan didikan yang terbaik ia menggambarkan betapa pentingnya adab diri diperkasa bersumberkan kekuatan hati yang kental dengan rohaniah yang mantap.
Adab yang membawa kepada disiplin diri (ketangkasan berfikir) dan disiplin hati (keupayaan rohaniah yang tinggi) dan disiplin amal (kehebatan amal sebagai contoh ikutan) bakal mencetuskan kehebatan sistem yang tidak saja menawarkan kesejahteraan kepada manusia tetapi kekentalan hubungan dengan Khaliq sebagai Pencipta dan sumber ke atas segala.
Seperti juga lahirnya tamadun Islam yang bertahan berabad-abad berakibat eratnya hubungan ulama dan umara’ seperti berlaku di zaman al-Makmun, al-Mansor, Harun Ar Rashid dan Omar Ab.Aziz yang dicatat oleh zaman sebagai penyumbang tamadun unggul yang seharusnya menjadi sumber reflektif yang tinggi terhadap warga umat yang terkemudian.
Ilmu di zaman itu amat integratif iaitu kesepaduan antara ilmu al-Quran dan akal yang melahirkan warga pendukung tamadun seperti Ibn Suyuti, Ibn Sina, al Khawarizmi, Ibn Khaldun, Imam al Ghazali , Abu Qasim Az Zahrawi dan lain-lain dan menghasilkan peta zaman yang terukir dengan ilmu-ilmu diniah yang tinggi dan memiliki kepakaran dalam pelbagai bidang.
Lahirnya tradisi kecendekiawan dalam bentuk karya dan penyelidikan hingga menghasilkan kitab besar seperti Qanun ibn Sina, Ihya Ulumuddin Imam al Ghazali, al Muqaddimah Ibn Khaldun dan banyak lagi yang memberikan rintisan kajian dan keilmuan dan tersohor sepanjang zaman.
Sikap terbuka di kalangan ilmuan Islam mengambil faedah berbanding dari budaya dan tamadun lain yang bermanfaat dan dengan daya saring yang tinggi dan diletakkan tasawwur ilmu itu dalam acuan yang Islami. Ilmuan seperti al Biruni menjelajah ke India memanfaatkan ilmu berbanding dalam disiplin matematik, sains, astronomi menggunakan kekuatan bahasa Hind yang dipelajarinya dengan baik. Itulah lambang kehebatan silam yang sepatutnya menjadi sumber teladan pada masa kini.