Sunday 20 December 2015

REFLEKSI INDIVIDU MINGGU 13 TAMADUN INDIA(10.12.2015)

SITI ZAINAB BINTI ABAS
2015429108
TAMADUN INDIA
Refleksi saya tentang tamadun india adalah ia dapat membuktikan bahawa islam adalah agama yang penuh dengan keadilan. Pada zaman veda akhir ,tugas  kaum wanita hanya tertumpu kepada akvititi rumah tangga sahaja  dan mereka akan dibakar bersama mayat suami mereka . Selepas kedatangan islam kedudukan kaum wantita kembali diangkat . Hal ini menyedarkan saya bahawa islam sebenarnya adalah agama yang adil .Jika seseorang islam itu tidak berlaku adil seperti di dalam pemerintahan ,kita tidak boleh terus menyalahkan islam , bahkan sebenarnya dialah yang tidak mendalami islam itu dengan sempurna.

NURUL SYAHIRAH ASMAA BINTI MOHD ZAIN
2015664182
Apa yang saya belajar daripada pembelajaran Tamadun India ini ialah dengan mengamalkan Islam, sesebuah tamadun itu mampu aman dan harmoni. Ini adalah kerana Islam mengajar banyak nilai nilai murni yang boleh diamalkan dalam hidup yang membawa kepada persepakatan dan keharmonian. Sebagai seorang Islam, kita seharusnya menunjukkan nilai nilai baik yang diajar agar saudara bukan Islam yang lain tidak salah faham serta membenci kepada agama Islam. Justeru, mereka yang tidak beragama Islam ini akan mencintai dan mungkin akan menyertai agama Rasulullah yang suci ini.
SITI SYAHIRAH BINTI HUSIN
2015663856
Saya mendapati tamadun india jelas memberi pengaruh di Malaysia. Perkara ini dapat dilihat pada pembinaan masjid Kapitan Keling di Pulau Pinang yang jelas menunjukkan penyebaran agama Islam terhadap masyarakat India. Pengaruh india telah banyak meresap dalam adat dan budaya kaum melayu.Pengaruh ini paling ketara dalam adat resam melayu yang membabitkan perkahwinan dan kehamilan. Amalan-amalan seperti wanita hamil membawa pisau bagi melindunginya daripada semangat jahat pada prinsipnya mempunyai persamaan dengan amalan orang Hindu melindungi diri daripada sihir dan hantu-hantu yang jahat. Di samping itu pengaruh India dalam hiburan dapat dilihat melalui tarian dan muzik yang masih wujud dalam masyarakat Melayu antaranya ronggeng, boria, wayang kulit dan mak yong.

Sarah Amirah Binti Adnan
2015428556
Melalui pembelajaran pada minggu ini mengenai Tamadun India, terdaat banyak perkara yang dapat saya kaji. Antaranya adalah sumbangan pemimpin yang disegani ramai iaitu Mahatma Gandhi. Beliau belajar undang-undang di England dan pergi ke Afrika Selatan sebagai peguam kepada seorang pedagang Islam Gujerat. Beliau melihat diskriminasi perkauman di situ lalu menetap di situ bagi memperjuangkan hak asasi orang India. Sumbagan terbesar beliau adalah pada 1920 apabila beliau mengisytiharkan swaraj (pemerintahan sendiri) dan kemudian menjalankan beberaa kempen satyagraha sehingga mencapai kemerdekaan India pada tahun 1947. Dari sini, kita dapat lihat betapa besar kesungguhan beliau dalam mengejar kemerdekaan India. Di sampng itu, kita dapat mencontohi cara beliau yang memperkenalkan definisi baru bagi kuasa, iaitu kepimpinan tanpa pejabat dan autoriti tanpa paksa. Selain itu, kita hendaklah menghargai jasa mereka yang telah secara tidak langsung membawa ajaran Islam ke negara kita seperti Jemaah Tabligh yang diasaskan oleh Maulana Muhammad Ilyas dan Darul Uloom Deoband iaitu madrasah yang terawal di seluruh India malahan boleh dikategorikan salah satu madrasah yang tertua di seluruh dunia.  Kedua-dua pergerakan ini bertujuan untuk mengajak manusia supaya mentauhidkan dan membesarkan Allah SWT dengan mengembangkan ajaran dn amalan Islam dalam kalangan umat Islam , merealisasikan amalan-amalan trsebut dalam kehidupan serta menghidupkan pendekatan dakwah Rasullulah SAW dan para sahabat.   

NUR HAZIQAH ‘IFFAH BINTI RUSLI(2015666714)
1.Apa yang saya pelajari ialah tamadun india telah lama berkembang dan bermula dengan kemasukan tamadun lembangan sungai,iaitu, Mohenjo-Darro dan Harappa yang boleh dapat dilihat melalui ciri-ciri peradaban dan jangka hayat.
2.Saya dapat mengetahui bahawa peradaban Lembah Indus mempunyai sistem perancangan bandar yang maju yang sangat sistematik serta mencapai pembinaan yang baik.
3.Saya dapat mengetahui bahawa Masjid Taj Mahal yang dibina pada zaman Shah Jehan untuk isterinya,Mumtaz Mahal salah satu benda ajaib di dunia.
4.Mahatma Gandhi menunjukkan sifaat berperikemanusiaan dengan ingin membantu para petani yang menentang tuan tanah British. Beliau menunjukkan sifat berani dan tidak gentar akan kepada penjajah British.
5.Sifat yang perlu ada dalam setiap rakyat adalah sifat berani membuat sesuatu untuk kepentingan dan kebaikan semua yang saya dapat lihat pada pergerakan nasionalis yang inginkan British supaya member perhatian kepada kebajikan di India.



No comments:

Post a Comment