Saturday 5 December 2015

REFLEKSI INDIVIDU MINGGU 10 TAMADUN MELAYU(19.11.2015)

SARAH AMIRAH BINTI ADNAN
2015428556
Apa yang saya belajar minggu ini ialah tamadun melayu kita boleh dibanggakan kerana bahasa kita sebagai lingua franca, ekonomi, sikap pemerintah dan nilai- nilai murni yang ada. Contohnya hikayat raja Pasai alam Melayu yang bermimpi berjumpa dengan nabi. Disebabkan peristiwa ini, Raja Pasai memeluk Islam dan kemudian seluruh rakyat turut memeluk Islam. Ini jelas menunjukkan nilai-nilai murni yang diamalkan oleh orang melayu terdahulu. Saya mendapati institusi kesultanan sangat peting kerana jika tiadanya institusi ini , orang Melayu sekarang ini berkemungkinan tiada tempat untuk mereka samada di kerajaan atau swasta atau mereka mungkin tidak dapat ajaran Islam yang betul. Saya juga dapat mempelajari jangan kita sesekali meremehkan hadis dari ulama terdahulu kerana sesungguhnya ilmu kita tidak setinggi ulama terdahulu. Oleh itu jangan sesekali riak dan sombong dengan mengatakan ulama tersebut tidak penting.


SITI ZAINAB BINTI ABAS
2015429108 (19/11/2015)
Refleksi saya pada minggu ini ialah tamadun melayu ialah tamadun yang hebat dan sejahtera. Sejahtera kerana islam telah datang denagn aman tanpa peperangan dan kisah yang paling menarik ialah kisah mimpi berjumpa nabi Muhammad .Kesimpulannya kita sebenarnya harus bangga dengan banggsa melayu dan jangan terpengaruh dengan barat kerana sebenarnye mereka takut akan bangsa kita kerana islam itu sampai secara langsung kepada bangsa kita  dan denagn itu mereka cuba melemahkan kita dengan kemajuan yang ada.


NUR HAZIQAH ‘IFFAH BINTI RUSLI-2015666714
1.Kita perlu menghormati pantang orang tua dari moyang kita kerana kebanyakan pantang serta petua datang daripada ulama-ulama yang terdahulu seperti imam ghazali. Selain itu , jangan riak atau sombong dengan ulama-ulama terdahulu kerana mereka lebih mempunyai ilmu yang meluas.
2.Apa yang saya dapat waktu pembelajaran adalah kita hendaklah bersyukur dengan kedatangan islam kepada tamadun melayu , kerana , jika tiada kedatangan islam ke tamadun melayu , kita mungkin tidak akan mengenali islam dan dapt menghayatinya serta dpat beribadah kepada Allah s.w.t.
3.Selain itu , apa yang saya pelajari ialah bukti kedatangan islam lebih menunjukkan kedatangan islam datang dari tanah arab ke tamadun melayu , jadi kita beruntung kerana mendapat mengenali agama islam yang ‘pure’ daripada tanah arab.
4.Saya mempelajari banyak perkara yang boleh menyebabkan saya bangga menjadi orang melayu kerana waktu zaman dahulu , melayu adalah bangsa yang maju , seperti contoh pada zaman kegemilangan Melaka.
5.Saya dapat mengetahui bahawa kedatangan islam datang ke tamadun melayu tanpa peperangan. Kedatangan ulama daripada tanah arab untuk menyebarkan dakwah disambut baik dan islam diterima serta dianuti oleh raja-raja Melayu  dan rakyat melayu.


NURUL SYAHIRAH ASMAA BINTI MOHD ZAIN
2015664182
Apayang saya pelajari hari ini ialah kita janganlah menolak mentah mentah segala ajaran yang diamalkan oleh tok guru serta nenek moyang kita dahulu. Hal ini kerana menunjukkan kesombongan dan keangkuhan manusia akhir zaman ini. Manusia akhir zaman sekarang gemar mengabaikan ajaran tok tok guru mereka sedangkan merekalah yang menyambungkan segala ajaran daripada zaman Rasulullah lagi. Kedua, kita sebagai orang melayu hendaklah berbangga dengan bangsa kita. Hal ini kerana, Rasulullah SAW sendiri telah memberi perhatian kepada kaum Melayu seperti yang dihikayatkan mengenai Merah Silu.






No comments:

Post a Comment