Wednesday 14 October 2015

REFLEKSI INDIVIDU MINGGU 3 ILMU KETAMADUNAN(17.9.2015)

NUR HAZIQAH ‘IFFAH BINTI RUSLI
2015666714
1. Kita manusia tidak akan putus hubungan dengan allah sampai bila-bila.
2. Manusia secara fitrahnya mempunyai roh yang suci.
3. Allah berada di setiap kewujudan yang ada.
4. Dapat mendalami lebih mendalam tentang kewujudan lima alam yang dilalui oleh manusia.
5. Allah menjadikan manusia untuk menjalankan printah-Nya dan meninggalkan larangan-Nya.




NURUL SYAHIRAH ASMAA BINTI MOHD ZAIN
2015664182

Apa yang saya belajar pada minggu ini adalah untuk memperbaiki niat dalam melakukan semua perkara. Niat merupakan perkara pertama yang kita lakukan tidak kiralah aktiviti apa yang kita lakuakan seperti solat, wuduk,belajar malahan makan dan minum juga memerlukan niat agar apa yang kita lakukan itu mendapat keberkatan dan keredhaan daripada Allah SWT. Selain itu, saya juga sedar bahawa kehidupan manusia di muka bumi ini sangat bergantung kepada pencipta kita, Allah SWT. Kita bergantung kepada Allah sepenuhnya kerana Allah yang mencipta dan menghidupkan kita. Contoh jam tangan yang ustazah berikan dalam kelas tersebut sangat memberi penjelasan yang cukup jelas. 




SARAH AMIRAH BINTI ADNAN 
 2015428556                                                                                                                                         
Setelah mendapat pendedahan terhadap pembelajaran mengenai Permulaan Tamadun Manusia, kini saya mengetahui bahawa ukhuwah kasih saying sesame manusia telahpun terjalin brmula di alam roh lagi. Oleh itu, di masa akan datang, saya akan berusaha mengeratkan ukhuwah antara para sahabat tanpa mengira bangsa mahupun negara demi memastikan kita sentiasa di jalan yang benar di samping menjamin kebahagiaan abadi.



SITI ZAINAB BINTI ABAS
2015429108
Refleksi saya mengenai tajuk ini ialah saya dapat mengetahui konsep kehidupan atau tujuan sebenar manusia dijadikan oleh Allah iaitu untuk menjadi hamba dan juga khalifah di muka bumi. Dalam tajuk ini saya dapat mempelajari bahawa tanggungjawab sebagai manusia ini adalah besar iaitu sebagai khalifah untuk memakmurkan alam, melaksanakan tangungjawab dengan adil. Oleh itu , saya dapat musabah  semula tujuan hidup saya di dunia ini supaya saya tidak terus terpesong dari jalan Allah.



 Siti Syahirah bt Husin
2015663856

Saya dapat belajar mengenai kehidupan kita di dunia merupakan paling  singkat dan kritikal jika dibandingkan dengan alam akhirat. Saya juga mendapat tahu sewaktu kita di alam roh, kita telah membuat perjanjian dengan Allah SWT iaitu sebagai manusia kita hendaklah mematuhi perintah dan laranganNya. Di alam dunia jugalah kita sebagai hamba Allah perlulah membuktikan janji kita sebagai hamba ketika di alam roh. Saya juga mendapati ukhuwah sesama manusia sangat penting untuk mengeratkan silaturrahim,menolong antara satu sama lain dan lain- lain. Sebagai seorang hamba, saya akan berusaha mencuba sedaya upaya untuk mendapat kebahagiaan di dunia dan akhirat.



No comments:

Post a Comment