Tuesday 27 October 2015

REFLEKSI INDIVIDU MINGGU 7 KELAHIRAN DAN PERKEMBANGAN TAMADUN ISLAM(22.10.2015)

 Siti Syahirah bt Husin
2015663856

Pada minggu ini saya belajar jangan sesekali leka walaupun pelbagai dugaan dan cabaran kita hadapi. Saya juga belajar jangan pandang rendah dengan mana-mana ilmu pun walaupun ia ilmu kulinari kerana itu menunjukkan kita juga memandang pandang rendah pada penciptaNya iaitu Allah SWT. Ilmu tauhid  perlu kita pelajari supaya kita tahu akan perkara hakikat. Kekuatan ilmu tauhid membuatkan kita faham sebenarnya perkara hakikat. Saya harap saya dapat mengamalkan sifat kasih sayang seperti Rasulullah SAW yang sangat menyayangi umatnya walaupun baginda tidak pernah jumpa dengan umat baginda.  Saya juga mempelajari makanan yang dimakan mengambarkan perangai kita. Kesimpulannya , saya harap saya dapat mengamalkan perkara yang diredhai Allah SWT.



 Nur Safirah Binti Alang Abdul Rashid
 2015418904
Tamadun Islam lahir di Makkah dan berkembang di Madinah kemudian tersebar di Kufah, Basrah, Damsyik dan banyak lagi.Faktor utama kelahiran Islam ialah ajaran Islam itu sendiri.Islam meyuruh umatnya berfikir dalam mencari kebenaran dan melarang mereka daripada menerima sesuatu perkara secara jahil atau ikutan sahaja.Ajaran Islam mengajak umatnya mempelajari ilmu sains, falsafah, kesusasteraan daan ilmu lain yang boleh dicapai akal dan membantu kehidupan di dunia.Seterusnya, negara Islam diperintah oleh mereka yang bersifat adil, tetapi amat cinta akan ilmu pengetahuan seterusnya berjaya membantu kecemerlangan tamadun ini.Bahkan, umat Islam bebas mengembara ke seluruh pelosok dunia Islam yang luas untuk perniagaan mahupun menuntut ilmu pengetahuan.Kecemerlangan tamadun islam turut disebabkan oleh keadilan yang menyeluruh,ketenteraan yang kuat, kedudukan strategik, prasarana yang sempurnadan juga keterbukaan kepada tamadun lain.dari segi kemerosotan pula, dapat dilihat bahawa sesebuah tamadun itu akan mengalami kemerosotan dan kehancuran apabila terdapatnya faktor pemerintahan yang lemah.Segala bentuk penyelewengan dan keruntuhan akhlak dianggap biasa, malah mereka menolak kebaikan dan mengajak kepada kemungkaran.Seterusnya, umat Islam kurang memberi tumpuan terhadap kegiatan keilmuan dalam bentuk penyelidikan dan pembangunan.Musuh luar turut memusnahkan khazanah Islam.Bencana alam yang diturunkan Allah S.W.T turut banyak merakamkan peristiwa kaum terdahulu yang dibinasakan kerana keingkaran dan kesombongan mereka.



SITI ZAINAB BINTI ABAS
2015429108 
Refleksi saya minggu ini ialah saya dapat belajar tentang ilmu. Saya  haruslah menghormati sesuatu ilmu tidak kira ilmu itu penting atau tidak. Contohnya walaupun saya belajar dalam bidang farmasi saya juga haruslah menghormati ilmu lain jugak seperti ‘art n design ‘ kerana sebenarnya apabila saya memandang rendah terhadap ilmu itu bermakna saya memandang rendah kepada pencipta ilmu itu sendiri iaitu Allah.



SARAH AMIRAH BINTI ADNAN
2015428556
Setelah mempelajari tentang kelahiran dan perkembangan tmadun Islam, perkara penting yang dapat saya kaji adalah jangan sesekali memandang rendah mana-mana ilmu kerana setiap ilmu ada kepentingannya yang tersendiri. Malah, sesungguhnya segala jenis ilmu ini datangnya daripada Allah S.W.T. Jadi, tidak semestinya kita memandang tinggi pada ilmu perubatan namun tidak berbuat demikian bagi ilmu-ilmu lain seperti ekonomi hanya kerana ilmu perubatan lebih dipandang tinggi di sisi masyarakat. Selain itu, dalam kita mendalami ilmu-ilmu berkaitan agama Islam, kita juga hendaklah berwaspada terhadap ancaman luar. Dalam pada masa yang sama, orang kafir juga sedang mendalaminya dan mencari jalan untuk menghancurkan agama kita. Sebagai contoh, Hulagu Khan yang telah mendalami ilmu-ilmu Islam lalu berjaya memesongkan tentera Islam dengan menyajikan makanan yang berpunca dari sumber-sumber yang haram kepada mereka. Hasilnya, tentera Islam kalah di medan peperangan kerana doa-doa mereka yang tidak dikabulkan Allah S.W.T. Oleh itu, kita sebagai umat Islam harus bijak mengambil tindakan agar dapat menepis anaasir-anasir luar.




NURUL SYAHIRAH ASMAA BINTI MOHD ZAIN
2015664182
Apa yang saya belajar pada minggu ini ialah setiap tamadun yang wujud di atas muka buni ini pasti ada jatuh dan bangun. Perkara yang paling penting dalam membentuk sesebuah tamadun ialah ilmu pengetahuan. Dengan adanya ilmu, pemimpin dan rakyat dapat menjalankan tanggungjawab dan peranan masing-masing dengan sebaik mungkin. Pemimpin yang baik dapat membentuk sebuah tamadun yang baik. Ini membuktikan bahawa pemimpin merupakan akar umbi dalam membentuk sebuah negara atau tamadun kerana merekalah yang mencorakkan negara atau tamadun tersebut. Oleh itu, saya mestilah menuntut ilmu sebanyak mungkin tidak kiralah ilmu dunia atau ilmu akhirat kerana dengan adanya ilmu, kita boleh maju dan tidak akan mudah terpedaya dengan muslihat manusia yang cuba menjatuhkan kita. 




NUR HAZIQAH ‘IFFAH BINTI RUSLI
2015666714
1.Apa yang saya dapat pelajari ialah kita mempunyai cara untuk supaya hati kita tak terikat dengan dunia ini , kerana orang yang hatinya ikat dengan dunia , akan melakukan segala larangan Allah s.w.t dan seboleh-bolehnya hendak dielakkan daripada melakukan perkara tersebut.
2.Pemimpin perlu memainkan peranan penting dalam mentadbir negara dan mengelakkan menggunakan cara yang bercanggah daripada syariat yang telah ditetapkan Allah s.w.t , selain itu, pemimpin yang bijaksana dan yang tegas dalam membuat setiap keputusan untuk negaranya dapat membawa negaranya ke arah kemajuan dan setiap kejayaan , seperti apa yang berlaku pada Sultan Muhammad Al-Fateh yang berjaya menawan Kota Konstatinopel.
3.Kita jangan leka dengan kemajuan yang sedia ada . Perlu sentiasa peka dengan keadaan sekeliling dan tidak tergelincir daripada jalan yang benar kerana musuh islam sentiasa mempunyai rancangan untuk menjatuhkan umat islam dan negara islam. Ini dapat dilihat pada zaman Abbasiyah yang telah mencapai zaman kegemilangannya dan melalui zaman kejatuhan kerana leka akan kemajuan dan kemewahan yang ada sehingga musuh dapat menyerang kerajaan Abbasiyah dan menakluknya.
4.Setiap individu memainkan peranan penting dalam memajukan sesebuah negara atau tamadun kerana setiap  negara terdiri daripada rakyat dan pemerintah ,yang rakyatnya diibiratkan seperti akar dan pemimpin diibiratkan seperti batang , jadi , maka jadilah sebuah pokok yang teguh apabila rakyat dan pemimpin bersatu dalam memajukan sesebuah negara atau tamadun.
5.Apa yang saya dapat tahu , kestabilan politik dalam setiap negara itu penting kerana apabila sesebuah negara dalam keadaan bergolak , pedagang-pedagang atau pelabur dari negara lain tidak mempunyai keberanian untuk berniaga di negara tersebut akibat ancaman keselamatan diri yang boleh mengakibattkan mereka terkena tempias kesan daripada pergolakan yang berlaku akibat kestabilan politik yang berada dalam keadaan goyah. Jadi, apabila kestabilan politik dalam keadaan baik , ramai pedagang dan pelabur yang akan datang berniaga dan ekonomi negara akan menjadi bertambah.


No comments:

Post a Comment