Friday 23 October 2015

REFLEKSI INDIVIDU MINGGU 5 TAMADUN AWAL(8.10.2015)

Nur Safirah Binti Alang Abdul Rashid
2015418904 
Bagi bab tamadun awal ini, kesimpulan yang dapat dianalisis adalah setiap tamadun awal mempunyai corak dan sistem pemerintahan mereka yang tersendiri.Kejayaan sesebuah tamadun amnya bergantung kepada kewibawaan pelaksanaannya sistem pemerintahan.Selain itu, dapat diteliti bahawa rapatnya hubungan golongan agama dengan golongan pemerintah dalam sesebuah tamadun awal.Seterusnya, pengkajian tentang tamadun awal memberi gambaran jelas bahawa kuatnya kebergantungan manusia kepada alam.Di samping itu, turut dapat dipelajari bahawa tamadun-tamadun awal ini mempunyai undang-undang yang telah dicipta untuk kemakmuran tamadun itu sendiri.



NURUL SYAHIRAH ASMAA BINTI MOHD ZAIN
2015664182
Apa yang sya dapat simpulkan daripada kuliah hari ini adalah setiap tamadun mempunyai kelebihan dan kekurangan masing-masing. Setiap tamadun mempunyai cara dan  method masing-masing untuk memajukan dan membangunkan tamadun mereka. Contohnya, tamadun Mesir menggunakan kepakaran mereka dalam pembinaan untuk membina piramid yang masih teguh berdiri sehingga ke hari ini. Ini memebuktikan usaha meraka tidak sia –sia kerana hasil peninggalan mereka menjadi antara sejarah dunia yang terkemuka. Kepimpinan yang berkesan juga merupakan elemen utama dalam membangunkan sesebuah tamadun. Keagamman yang utuh juga merukan tonggak kepada tamadun tamadun lama untuk terus membangun. 



 Siti Syahirah bt Husin

2015663856
Saya mendapati semakin kita bertamadun semakin halus dari segi cara kehidupan,cara berpakaian dan sebagainya. Tamadun yang cemerlang adalah dimana pemerintahan yang teratur boleh menarik pedagang-pedagang lain untuk datang kerana negara yang aman dan dijaga rapi. Saya mengetahui tamadun Mesir mengamalkan sistem pemerintahan monarki pemimpin yang mana firaun dianggap Tuhan Horus. Setiap perkataan daripada firaun adalah undang-undang. Dari sudut Islam, saya berpendapat Allah sepatutnya kita jadikan sebagai keutamaan yang paling tinggi kerana manusia Allah SWT adalah pencipta segala makhluk. Ekonomi  setiap tamadun  membuktikan manusia ergantung dengan alam. Contohnya sungai sebagai sumber makanan seperti ikan. Ini menunjukkan setiap ciptaan Allah SWT sangat memerlukan antara satu sama lain dengan izinNya. Sesungguhnya Allah SWT maha pengasih lagi maha penyayang kepada setiap makhluk yang diciptaNya.




SITI ZAINAB BINTI ABAS
2015429108
Refleksi saya mengenai topic tamadun awal ini ialah saya dapat menyimpulkan bahawa setiap tamadun amat menekan konsep ketuhanan . Oleh itu , saya dapat mempelajari bahawa rahsia  dalam membentuk sesuatu tamadun yang berjaya ialah dengan adanya seseorang yang kuat agamanya dibelakang seseorang pemerintah. Hal ini adalah kerana agama adalah asas dan petunjuk dalam membentuk satu pemerintahan yang adil dan saksama.



SARAH AMIRAH BINTI ADNAN 
 2015428556                                                                                                                                                                          
Melalui pembelajaran mengenai Tamadun-Tamadun Awal ini, saya dapat mengetahui dengan lebih lanjut tentang kebergantungan manusia terhadap alam. Dengan megamalkan sikap bertoleransi antara satu sama lain, pembangunan sesebuah tamadun dapat disaksikan. Justeru, mulai hari ini, saya berazam untuk tidak memandang ringan akan isu pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar serta menjaga khazah ini sebaik-baiknya demi kesejahteraan dan keamanan negara.



NUR HAZIQAH ‘IFFAH BINTI RUSLI
2015666714
1 .Setiap tamadun awal mempunyai pemerintah supaya tamadun yang dibina stabil dan lebih      maju.
2. Nilai yang baik di dalam setiap agama yang dianuti oleh setiap individu dapat melahirkan dan membina tamadun yang berjaya.
3. Kebergantungan manusia dengan alam sekitar amatlah penting kerana setiap sumber  kehidupan harian manusia datangnya daripada alam sekitar,jadi,manusia hendaklah menghargai dan menjaga alam sekitar dengan sebaiknya.
4. Setiap tamadun mempunyai undang-undang yang tersendiri agar pentadbiran negara berjalan lancar dan melahirkan tamadun yang berjaya.
5. Petempatan kekal dan strategik dengan sumber-sumber yang penting seperti makanan dan sebagainya memainakan peranan yang penting dalam melahirkan tamadun yang berjaya dan maju.





No comments:

Post a Comment