Tuesday 27 October 2015

REDLEKSI INDIVIDU MINGGU 6 KONSEP TAMADUN ISLAM(15.10.2015)

SITI ZAINAB BINTI ABAS
2015429108

Refleksi saya ialah saya dapat mengetahui bahawa islam adalah agama yang menyeluruh. Ianya tidak tertumpu kepada hubungan manusia dengan Allah sahaja tetapi kepada mahluk lain dan juda alam . kesimpulan yang boleh saya buat ialah saya belajar bahawa manusia juga harus menghormati makhluk atau sumber lain yang ada di bumi . Contohya , kita haruslah menggunakan sumber air sebaik mungkin dengan tidak melakukan pembaziran . Hal ini kerana sumber air yang dijimatkan itu  boleh digunakan untuk waktu kecemasan seperti kemarau. 



SARAH AMIRAH BINTI ADNAN
2015428556 
Setelah mempelajari tentang konsep tamadun Islam, saya dapat mempelajari bahawa demi memulakan pembangunan sesebuah tamadun, kita mestilah terlebih dahulu mendalami ilmu tauhid. Dalam erti kata lain, kita mestilah berupaya mengenali Allah dan sifat-sifatnya barulah menitikberatkan aspek-aspek lain seperti akidah, syariah, dan akhlak. Dengan ini, kita dapat mengembangkan sesebuah tamadun yang pesat berkembang tanpa melupakan nilai-nilai akhlak Islam. Selain itu, seperti yang dikemukakan oleh Syed Naquib al-Attas, sesebuah tamadun yang maju mencapai tahap kehalusan tatasusila dan kebudayaan yang luhur bagi seluruh masyarakat. Oleh itu, saya berazam untuk sentiasa mempertingkatkan diri dalam aspek kehalusan tatasusila untuk menjadi seorang hamba yang taat dan ikhlas beribadah kerana Allah S.W.T..


Siti Syahirah bt Husin
2015663856
Saya mendapati tamadun Islam adalah yang terbaik kerana menjaga hubungan manusia dengan Al-Khaliq,menjaga hubungan baik sesama manusia dan menjaga hubungan antara makhluk dan alam. Perkara ini menunjukkan Islam sangat mementingkan perhubungan dengan semua ciptaanNya. Saya juga mendapati hamba mempunyai tiga tahap iaitu hamba saudagar, hamba yang takut masuk neraka dan hamba yang merdeka. Hubungan antara Allah SWT sangat penting untuk kita sebagai manusia menjadi hamba yang diredhai Allah SWT maka saya berharap dengan izinNya saya dapat berubah menjadi yang lebih baik dari sebelumnya. Sebagai manusia kita hendaklah sentiasa bersangka baik dan yakin dengan Allah SWT walaupun pelbagai dugaan yang perlu diharungi. Sesungguhnya setiap benda terjadi ada hikmah disebaliknya.


Nur Safirah Binti Alang Abdul Rashid
 2015418904 
Melalui hasil pembelajaran pada minggu ini, saya dapat meneliti bahawa konsep tamadun Islam bermaksud kecemerlangan sesebuah masyarakat menyeimbangkan pembangunan jasmani dan juga paling penting adalah rohani. Hal ini sekaligus dapat dijadikan contoh dan teladan bagi keseluruhan umat manusia.Malahan semua cendekiawan Islam seperti Ibn Khaldun, Muhammad Abduh dan Sayyid Quth menekankan kepentingan pembangunan rohani dan jasmani dalam pandangan mereka.Seterusnya, tamadun Islam menekankan sejauh mana seseorang itu beriman dan berusaha menjelmakan keimanannya itu ke alam realiti.Perilaku benar, amanah, adil dan saksama sangat dituntut dalam tamadun Islam.Untuk mencapai kebahagiaan hidup di dunia dan akhirat, orang Islam hendaklah menjadikan kehidupan sebagai suatu amanah.Di samping itu, Allah mengukur kemuliaan seseorang berdasarkan ketakwaan dan taabudiyah mereka kepada-Nya.Manusia diperintahkan oleh Allah S.W.T agar menjaga adab-adab dalam memanfaatkan seluruh sumber alam ini untuk kesejahteraan hidup mereka di dunia. Secara keseluruhannya,tamadun ialah keadaan kehidupan manusia yang telah mencapai taraf kehalusan tatasusila dan kebudayaan yang luhur bagi sesebuah masyarakat




Nurul Syahirah Asmaa binti Mohd Zain
2015664182
Apa yang saya belajar pada minggu ini ialah agama Islam itu ada satu agama yang sangat universal. Islam boleh diamalkan oleh setiap manusia dan makhluk walaupun yang bukan beragama Islam. Ini adalah kerana Islam sangat menitikberatkan segala perkara dan hal yang menjadi rutin harian manusia. Contohnya, kebersihan. Orang Islam dituntut untuk menjaga kebersihan. Namun begitu, orang bukan Islam juga mempraktikkan amalan menjaga kebersihan ini dalam kehidupan mereka. Oleh itu, saya haruslag mengamalkan segala ajaran dalam Islam kerana memberi banyak manfaat kepada diri sendiri dan juga orang di sekeliling saya  tanpa mengira agama.




NUR HAZIQAH ‘IFFAH BINTI RUSLI
2015666714
1.  Jika hendak menjaga hubungan kita dengan Allah , kita hendaklah sentiasa yakin dan bersangka baik dengan Allah s.w.t kerana Dia yang berkuasa ke atas setiap makhluk-Nya.
2 .Selain itu , mengikut pendapat saya , jika tatasusila kita makin halus dengan Allah , dengan sendirinya tatasusila dengan manusia juga semakin halus. 
3. Tamadun islam itu universal , seperti yang kita dapat lihat , tamadun islam bukan sahaja bagi orang arab , tetapi juga orang cina,melayu,india dan lain-lain lagi . Seperti contoh , tamadun melayu juga mempunyai tamadun islam yang diterapkan dalam setiap aspek kehidupan pada tamadun melayu pada zaman dahulu.
4. Asas-asas tamadun islam iaitu akidah , akhlak , syariah , dan ilmu. Apa yang dapat saya simpulkan dari asas-asas tamadun ini , ilmu perlu seiring dengan asas-asas tersebut . Ilmu amat penting , seperti ilmu tauhid , yang menekankan keesaan dan kekuasaan Allah s.w.t. dan ilmu ini wajib bagi umat islam bagi menjadi hamba Allah yang beriman.
5. Perkara yang saya dapat tahu adalah apabila kita menyedari bahawa kita semakin jauh dengan Allah , itu juga menunjukkan hidayah yang diberikan oleh Allah s.w.t. supaya kita sedar akan kealapaan kita dan bertaubat kepadan-Nya dan tidak akan melakukan maksiat serta mengingkari arahan-Nya.

No comments:

Post a Comment