Friday 23 October 2015

SOALAN PERBINCANGAN 2

PERKAITAN ADAB DAN TAMADUN
žAdab merupakan satu tatacara atau garis panduan melakukan sesuatu. Sekiranya adab ini sentiasa di amalkan ia akan menjadi kebiasaan. Adab yang baik  merupakan tunggak kekuatan masyarakat  dalam sesuatu  tamadun. Jika sesuatu tamadun menekankan masyarakatnya supaya mangamalkan adab yang baik maka sudah pasti tamadun itu akan berjaya dan  pada masa yang sama tamadun itu akan dipandang tinggi oleh tamadun yang lain . Akan tetapi  adab yang diamalkan haruslah selari dengan konteks peradaban dalam islam . Hal ini kerana islam adalah antara agama yang berjaya melahirkan pemimpin yang beradab mulia , berilmu dan berdedikasi. Hal ini amat penting kerana dalam membina tamadun tamadun yang berjaya kerana pemimpin yang beradab  memainkan peranan yang amat penting dalam membimbing masyarakat dan menjalinkan hubungan luar dengan tamadun yang lain.

Jelaskan interaksi antara tamadun Mesir Purba dengan tamadun lain.
1)Agama dan Kepercayaan
 Orang Mesir Purba percaya kepada konsep Politeisme.Politeisme adalah kepercayaan dalam atau pemujaan banyak tuhan seperti dewa dan dewi. Tuhan-tuhan ini dipuja di kuil bersama dengan upacara and mitologi mereka. Banyak agama, sama ada yang lama atau baru, mempunyai kepercayaan politeisme seperti agama Hindu, Buddha, Shinto, Yunani Purba, agama tradisi orang Cina, kepercayaan neo-pagan. Berbeza dengan tamadun lain misalnya tamadun Hwang Ho, mereka mengamalkan banyak kepercayaan seperti animisme iaitu kepercayaan setiap benda seperti batu dan pokok mempunyai semangat (jiwa dan roh ) orang mati. Namun,mereka juga mengamalkan politeisme.
2)Pengkhususan Pekerjaan
Masyarakat tamadun Mesir telah berkembang maju dalam pelaksanaan pengkhususan pekerjaan  seperti penenunan dan pembuatan barang tembkar dan juga peralatan. Selain itu, mereka melakukan aktiviti perlombongan seperti perlombongan emas di Nubia.
Eksport Utama- Tekstil dan kertas. Sungai Nil yang lebar dan dalam telah membolehkan kapal-kapal menyerusinya dan berlabuh di pelabuhan-pelabuhan seperti Thebes, Memphis, dan Helipolis dalam mengeksport barang- barang seperti tekstil dan kertas.
3)Sistem Tulisan
Sistem tulisan Tamadun Mesir Purba dipanggil hieroglif berasaskan kombinasi gambar dan simbol yang berdasarkan bunyi. Pada awalnya, orang Mesir menggunakan bentuk gambar tulisan yang kasar, seperti yang digunakan oleh suku-suku primitif di seluruh dunia. Hieroglif adalah gambar yang masing-masing mewakili objek alamiah. Matahari digambarkan sebagai piringan, bulan digambarkan dengan bulan sabit, air digambarkan oleh garis gelombang, orang dengan bentuk orang, dan lain sebagainya. Akan tetapi, tulisan gambar ini tidak dapat mewakili kata-kata atau benda-benda yang tidak dapat dilihat mata seperti fikiran, cahaya, dan hari. Sehingga hieroglif pun lebih dianggap sebagai simbol idea daripada sebuah gambar objekKepentingan sistem tulisan dalam tamadun ini adalah untuk mencatat rekod pertanian, merekod pengutipan cukai, merekod urusan keagamaan dan merekod amalan ritual kepercayaan.

REFLEKSI FAKTOR KEKUATAN DAN KEJATUHAN TAMADUN MESIR
ž  Antara refleksi yang boleh kami huraikan adalah kekuatan tamadun mesir bergantung pada aspek iaitu seni bina piramid yang menggambar kerativiti kaum mereka dalam pembinaan menggunakan batu bata . Seterusnya aspek pendidikan tamadun mesir yang berjaya melahirkan ramai pekerja mahir dalam pelbagai bidang seperti ahli matematik ,ahli geografi dan pengamal  perubatan . Kemudian aspek kebijaksanaan pemerintah iaitu pemerintah berjaya mencipta sistem pengairan yang mengagumkan dengan mengubah padang pasir menjadi tanah pertanian . Akhir sekali kejatuhan tamadun mesir adalah kerana mesir telah diserang oleh kuasa luar seterusnya mereka tamadun mereka dirampas dan dikuasai oleh kuasa asing


3 ELEMENT PENTING DALAM PEMBINAAN TAMADUN MESIR
žSosial
      Masyarakat tamadun mesir mengamalkan konsep ketuhanan firaun. Mereka sentiasa patuh dengan arahan daripada firaun denagn mempercayai bahawa firaun adalah tuhan atau anak tuhan. Pada masa yang sama juga mereka meyakini bahawa firaun memepunyai kedudukan yang tinggi dan kuasa luar biasa.
žPolitik
     Masyarakat mesir purba juga hidup dalam kehidupan beorganisasi . Kedudukan tertinggi dipengang oleh firaun diikuti dengan bangsawan,rahib,tuan tanah dan akhir sekali rakyat. Kehidupan beorganisasi ini amat penting dalam melancarkan pentadbiran tamadun mesir .
žEkonomi
      Antara aktiviti ekonomi masyarakat mesir purba ialah pertanian . Hal ini kerana mereka mempunyai kelebihan dengan memiliki Sungai Nil. Dengan menjual hasil pertanian mereka boleh menjana pendapatan seterusnya membawa kepada kekukuhan ekonomi yang menjadi tunjang utama dalam meningkatkan taraf hidup rakyat mesir purba.
       

MEMBUAT ANANLISA HUBUNGAN BUDAYA,AGAMA,BANGSA DAN TAMADUN
žHUBUNGAN TAMADUN DENGAN AGAMA
Bangsa membawa maksud sekumpulan manusia yang tinggal di wilayah tertentu dengan etnik yang sama dan menggunakan bahasa yang sama(
Manakala tamadun pula merangkumi batasan kebangsaan. Oleh itu, hubungan tamadun dan bangsa tidaklah begitu ketara. Terdapat beberapa tamadun yang mempunyai pelbagai bangsa di dalamnya .Tamadun Islam iaitu masyarakat Islam di Syam juga diduduki oleh bangsa Arab dan bukan Arab. Antaranya nya ialah bangsa Yahudi, Syrian dan Rom.
ž
HUBUNGAN TAMADUN DENGAN BANGSA
Budaya merupakan tatacara hidup sesuatu kelompok atau kumpulan sosial, iaitu seluruh kehidupan dan persekitaran yang dibina oleh manusia hasil amalan dan hubungan manusia dalam linkungan persekitaran yang meliputi budaya kebendaan dan budaya bukan kebendaan.
ž
HUBUNGAN TAMADUN DENGAN BUDAYA
budaya ialah ilmu pengetahuan seperti agama, falsafah, perubatan, astronomi, sejarah, matematik
memberi sumbangan besar kepada kemajuan manusia .dalam Islam juga manusia mampu memperoleh ilmu-ilmu asas untuk kesejahteraan hidup.Hal ini telah melahirkan tamadun Islam yang unggul.
ž


PERANAN NABI DALAM MEMBINA TAMADUN
žBagi para sarjana Muslim Islam, tamadun bermula dengan pengutusan para nabi dan rasul. Pembentukan masyarakat bertamadun menurut acuan Pencipta manusia adalah tujuan utama perutusan mereka. Para nabi dan rasul diberi amanat untuk meluruskan jalan kehidupan manusia dan menjadikan manusia umat yang bertamadun. Masyarakat yang bertamadun adalah masyarakat yang memiliki seluruh tingkat kemajuan kehidupan yang meliputi aspek spiritual dan material. Islam telah membekalkan asas-asas yang kukuh dan sumber yang mantap untuk manusia membina tamadun.Dengan asuhan dan bimbingan Rasulluah s.a.w dan kemudiannya diteruskan oleh para sahabat , penduduk tanah arab yang terdiri daripada berbagai bangsa dan keturunan berjaya disatukan dengan ikatan akidah dan ukhuwah Islamiyah .Mereka muncul sebagai satu umat yang berakhlak dan sedia berkorban demi Islam.




ž

No comments:

Post a Comment