TAMADUN MESIR
•Tamadun Mesir terletak di tebing sungai yg terdiri daripada 2 batang sungai iaitu Sg. Nil Biru dan Sg. Nil Putih.
•Tamadun Mesir dianggap sebagai anugerah daripada Sg. Nil kerana tanpanya, tidak akan wujud tamadun Mesir
• Kerajaan Mesir merupakan kerajaan berbentuk empayar yang meliputi sebuah kawasan yang luas termasuklah wilayah di Nubia di selatan Mesir hingga ke utara serta barat dan juga wilayah di sebelah Asia, iaitu wilayah di Palestin hingga ke Lubnan dan Syria.
• Kerajaan Mesir merupakan kerajaan berbentuk empayar yang meliputi sebuah kawasan yang luas termasuklah wilayah di Nubia di selatan Mesir hingga ke utara serta barat dan juga wilayah di sebelah Asia, iaitu wilayah di Palestin hingga ke Lubnan dan Syria.
CIRI
CIRI TAMADUN MESIR
•Firaun Menes berjaya menyatukan kesemua 11 nome menjadi sebuah kerajaan.
•Pusat pentadbirannya di
bandar Thinis
yang terletak di
bahagian tengah
Sungai Nil.
• Selepas itu, pusat pentadbiran ini telah berpindah ke bandar Memphis yang hampir dengan
delta Sungai Nil.
•Pada kemuncak Zaman Pertengahan, pusat pentadbiran ini telah berpindah ke bandar Thebes.
•Selain itu, terdapat beberapa bandar penting yang lain seperti Heliopolis, Fayourn dan
Abydos.
•Kehidupan di bandar merupakan salah satu ciri yang sangat penting dalam tamadun Mesir kerana di sinilah tempat kediaman firaun, pusat maklumat pemerintahan dan pentadbiran, dan juga pelabuhan penting bagi tamadun ini.
•Selain itu, bandar juga merupakan pusat keagamaan dan pusat tumpuan penduduk.
SOSIAL
1.FIRAUN
-Kehidupan berorganisasi diketuai oleh firaun(merupakan
raja yang berkuasa mutlak)
-Diwarisi secara turun-temurun,dianggap sebagai jelmaan Tuhan
Horus.(zaman kerajaan
lama)
-Semasa pemerintahan dinasti
ke-3,dipercayai firaun ialah anak tuhan.
-Merupakan ketua pendeta,pemili tanah,ketua
hakim dan ketua pahlawan.
2.GOLONGAN BANGSAWAN
-Pembesar,bangsawan,rahib,jurutulis,tuan tanah.
3.GOLONGAN RAKYAT BEBAS
-Petani,pedagang,artisan,petani
-Tentera yang berjaya dalam peperangan boleh memiliki pembantu rumah,harta rampasan perang dan lain-lain.
4.GOLONGAN HAMBA
-Golongan hamba tiada kebebasan,terdiri daripada tawanan perang.
-Bekerja di ladang raja dan rumah berhala atau kuil
•Tamadun Mesir Purba juga telah mempunyai sistem tulisan yang dikenali sebagai hieroglif.
•Sistem tulisan tamadun Mesir Purba ini berasaskan kombinasi gambar dan simbol yang berdasarkan bunyi.
•Sistem tulisan sangat penting dalam proses perkembangan tamadun Mesir Purba terutamanya untuk tujuan mencatatkan rekod aktiviti pertanian dan juga pengutipan cukai.
•Tulisan juga memainkan peranan penting dalam tamadun Mesir Purba untuk tujuan keagamaan dan amalan ritual kepercayaan.
PENGKHUSUSAN
KERJA
•Dengan wujudnya pengkhususan kerja seperti penenunan dan pembuatan barang tembikar dan juga peralatan, Mesir Purba telah berkembang maju.
•Eksport utama Mesir Purba ialah tekstil dan kertas.
•Antara aktiviti ekonomi lain yang dijalankan termasuklah perlombongan emas di
kawasan
Nubia.
•Pengangkutan air
memainkan peranan penting dalam tamadun Mesir Purba.
•Sungai Nil yang lebar dan dalam telah membolehkan kapal-kapal menyusurinya dan berlabuh di
pelabuhan-pelabuhan seperti
Thebes, Memphis, Fayourn dan
Heliopolis.
•Sistem pemerintahan
yang terancang telah berjaya menarik pedagang-pedagang dari Laut
Mediterranean dan Laut Merah untuk singgah di
pelabuhan Mesir Purba.
AGAMA DAN KEPERCAYAAN
•Setiap tuhan
orang Mesir Purba selalu dikaitkan dengan unsur alam seperti Re
(Tuhan Matahari),
Ra-Atum (Tuhan Langit) dan Amun (Tuhan Angin).
•Orang
Mesir Purba juga percaya kepada kehidupan selepas mati.
•Oleh itu, mayat perlu disimpan dan dijaga dengan teliti.
•Makam mayat juga mesti dipenuhi dengan peralatan serta keperluan kehidupan selepas mati.
•Mayat tersebut diiringi barangan serta kelengkapan harian
yang akan ditanam bersama-sama dengannya.
•Solekan mayat, alat kebesaran, dan jumlah barang
yang dikeburnikan di
dalam makam menunjukkan kedudukan atau
status mayat tersebut.
PENDIDIKAN
•Pendidikan hanya dikhususkan kepada kanak-kanak dari keluarga kelas atasan . Mereka akan diberi pendidikan semenjak daripada kecil .
•Institusi pendidikan akan diuruskan oleh rumah ibadat dan diletakkan dibawah pentadbiran kerajaan.
•TUJUAN PENDIDIKAN
•Untuk melahirkan para pengawai terutamanya jurutulis yang sempurna dan terlatih dalam bidang ilmu geometri dan matematik.
• Ilmu sains diajar untuk melahirkan golongan terlatih yang boleh menguruskan hal ehwal pertanian , pengawalan
air Sungai Nil serta pembinaan bangunan dan piramid.
•Ilmu perubatan ditekankan dalam menghasilkan pelbagai jenis ubat-ubatan dan mengawet mumia.
EKONOMI
•Perkembangan
ekonomi yg pesat telah mewujudkan pengkhususan pekerjaan seperti pembuat barang
tembikar, penenun,pembuat peralatan harian, petani, peniaga, artisan dan
sebagainya.
•¨ Eksport
utama tamadun Mesir Purba ialah tekstil dan
kertas,manakala kegiatan
ekonomi lain termasuklah perlombongan emas di Nubia.Kepesatan dlm ekonomi telah
membolehkan perniagaan import dan eksport dijalankan.
Ini adalah pokok papyrus yang digunakan untuk membuat kertas |
•¨ Pengangkutan
air merupakan pengangkutan utama.Sg.Nil yg lebar dan dalam membolehkan
kapal-kapal dagang menyusuri dan berlabuh di pelabuhan utama seperti Thebes,
Memphis, Heliopolis,dan Fayoum.
•¨ Sistem
pemerintahan yg teratur dan sistematik berjaya menarik
pedagang-pedagang dari
Laut Mediterrenean dan Laut Merah utksinggah di pelabuhan Mesir Purba.
No comments:
Post a Comment