NUR HAZIQAH
‘IFFAH BINTI RUSLI
2015666714
2015666714
1. Kita manusia
tidak akan putus hubungan dengan allah sampai bila-bila.
2. Manusia secara
fitrahnya mempunyai roh yang suci.
3. Allah berada di
setiap kewujudan yang ada.
4. Dapat mendalami
lebih mendalam tentang kewujudan lima alam yang dilalui oleh manusia.
5. Allah menjadikan
manusia untuk menjalankan printah-Nya dan meninggalkan larangan-Nya.
NURUL SYAHIRAH
ASMAA BINTI MOHD ZAIN
2015664182
Apa yang saya
belajar pada minggu ini adalah untuk memperbaiki niat dalam melakukan semua
perkara. Niat merupakan perkara pertama yang kita lakukan tidak kiralah
aktiviti apa yang kita lakuakan seperti solat, wuduk,belajar malahan makan dan
minum juga memerlukan niat agar apa yang kita lakukan itu mendapat keberkatan
dan keredhaan daripada Allah SWT. Selain itu, saya juga sedar bahawa kehidupan
manusia di muka bumi ini sangat bergantung kepada pencipta kita, Allah SWT.
Kita bergantung kepada Allah sepenuhnya kerana Allah yang mencipta dan
menghidupkan kita. Contoh jam tangan yang ustazah berikan dalam kelas tersebut
sangat memberi penjelasan yang cukup jelas.
SARAH AMIRAH BINTI ADNAN
2015428556
Setelah mendapat pendedahan terhadap pembelajaran mengenai
Permulaan Tamadun Manusia, kini saya mengetahui bahawa ukhuwah kasih saying
sesame manusia telahpun terjalin brmula di alam roh lagi. Oleh itu, di masa
akan datang, saya akan berusaha mengeratkan ukhuwah antara para sahabat tanpa
mengira bangsa mahupun negara demi memastikan kita sentiasa di jalan yang benar
di samping menjamin kebahagiaan abadi.
SITI ZAINAB BINTI ABAS
2015429108
Refleksi saya mengenai tajuk ini ialah saya
dapat mengetahui konsep kehidupan atau tujuan sebenar manusia dijadikan oleh
Allah iaitu untuk menjadi hamba dan juga khalifah di muka bumi. Dalam tajuk ini
saya dapat mempelajari bahawa tanggungjawab sebagai manusia ini adalah besar
iaitu sebagai khalifah untuk memakmurkan alam, melaksanakan tangungjawab dengan
adil. Oleh itu , saya dapat musabah
semula tujuan hidup saya di dunia ini supaya saya tidak terus terpesong
dari jalan Allah.
Siti Syahirah bt Husin
2015663856
Saya dapat belajar mengenai kehidupan kita di dunia
merupakan paling singkat dan kritikal
jika dibandingkan dengan alam akhirat. Saya juga mendapat tahu sewaktu kita di
alam roh, kita telah membuat perjanjian dengan Allah SWT iaitu sebagai manusia
kita hendaklah mematuhi perintah dan laranganNya. Di alam dunia jugalah kita
sebagai hamba Allah perlulah membuktikan janji kita sebagai hamba ketika di
alam roh. Saya juga mendapati ukhuwah sesama manusia sangat penting untuk
mengeratkan silaturrahim,menolong antara satu sama lain dan lain- lain. Sebagai
seorang hamba, saya akan berusaha mencuba sedaya upaya untuk mendapat
kebahagiaan di dunia dan akhirat.
No comments:
Post a Comment