Nur
Safirah Binti Alang Abdul Rashid
2015418904
Bagi bab tamadun awal ini,
kesimpulan yang dapat dianalisis adalah setiap tamadun awal mempunyai corak
dan sistem pemerintahan mereka yang tersendiri.Kejayaan sesebuah tamadun amnya bergantung kepada kewibawaan pelaksanaannya sistem pemerintahan.Selain
itu, dapat diteliti bahawa rapatnya hubungan golongan agama dengan golongan
pemerintah dalam sesebuah tamadun awal.Seterusnya, pengkajian tentang tamadun awal memberi
gambaran jelas bahawa kuatnya kebergantungan manusia kepada alam.Di samping itu, turut dapat dipelajari bahawa
tamadun-tamadun awal ini mempunyai undang-undang yang telah dicipta
untuk kemakmuran tamadun itu sendiri.NURUL SYAHIRAH ASMAA BINTI MOHD ZAIN
2015664182
Apa yang sya dapat simpulkan daripada kuliah hari ini adalah setiap tamadun mempunyai kelebihan dan kekurangan masing-masing. Setiap tamadun mempunyai cara dan method masing-masing untuk memajukan dan membangunkan tamadun mereka. Contohnya, tamadun Mesir menggunakan kepakaran mereka dalam pembinaan untuk membina piramid yang masih teguh berdiri sehingga ke hari ini. Ini memebuktikan usaha meraka tidak sia –sia kerana hasil peninggalan mereka menjadi antara sejarah dunia yang terkemuka. Kepimpinan yang berkesan juga merupakan elemen utama dalam membangunkan sesebuah tamadun. Keagamman yang utuh juga merukan tonggak kepada tamadun tamadun lama untuk terus membangun.
Siti Syahirah bt Husin
2015663856
Saya mendapati semakin kita bertamadun semakin halus dari
segi cara kehidupan,cara berpakaian dan sebagainya. Tamadun yang cemerlang
adalah dimana pemerintahan yang teratur boleh menarik pedagang-pedagang lain
untuk datang kerana negara yang aman dan dijaga rapi. Saya mengetahui tamadun
Mesir mengamalkan sistem pemerintahan monarki pemimpin yang mana firaun
dianggap Tuhan Horus. Setiap perkataan daripada firaun adalah undang-undang.
Dari sudut Islam, saya berpendapat Allah sepatutnya kita jadikan sebagai
keutamaan yang paling tinggi kerana manusia Allah SWT adalah pencipta segala
makhluk. Ekonomi setiap tamadun membuktikan manusia ergantung dengan alam.
Contohnya sungai sebagai sumber makanan seperti ikan. Ini menunjukkan setiap
ciptaan Allah SWT sangat memerlukan antara satu sama lain dengan izinNya.
Sesungguhnya Allah SWT maha pengasih lagi maha penyayang kepada setiap makhluk
yang diciptaNya.
SITI ZAINAB BINTI ABAS
2015429108
Refleksi saya mengenai topic tamadun awal
ini ialah saya dapat menyimpulkan bahawa setiap tamadun amat menekan konsep
ketuhanan . Oleh itu , saya dapat mempelajari bahawa rahsia dalam membentuk sesuatu tamadun yang berjaya
ialah dengan adanya seseorang yang kuat agamanya dibelakang seseorang
pemerintah. Hal ini adalah kerana agama adalah asas dan petunjuk dalam
membentuk satu pemerintahan yang adil dan saksama.
SARAH AMIRAH BINTI ADNAN
2015428556
Melalui pembelajaran mengenai Tamadun-Tamadun Awal ini, saya
dapat mengetahui dengan lebih lanjut tentang kebergantungan manusia terhadap
alam. Dengan megamalkan sikap bertoleransi antara satu sama lain, pembangunan
sesebuah tamadun dapat disaksikan. Justeru, mulai hari ini, saya berazam untuk
tidak memandang ringan akan isu pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar
serta menjaga khazah ini sebaik-baiknya demi kesejahteraan dan keamanan negara.
NUR HAZIQAH
‘IFFAH BINTI RUSLI
2015666714
1 .Setiap tamadun
awal mempunyai pemerintah supaya tamadun yang dibina stabil dan lebih maju.
2. Nilai yang baik
di dalam setiap agama yang dianuti oleh setiap individu dapat melahirkan dan
membina tamadun yang berjaya.
3. Kebergantungan
manusia dengan alam sekitar amatlah penting kerana setiap sumber kehidupan harian manusia datangnya daripada
alam sekitar,jadi,manusia hendaklah menghargai dan menjaga alam sekitar dengan
sebaiknya.
4. Setiap tamadun
mempunyai undang-undang yang tersendiri agar pentadbiran negara berjalan lancar
dan melahirkan tamadun yang berjaya.
5. Petempatan
kekal dan strategik dengan sumber-sumber yang penting seperti makanan dan
sebagainya memainakan peranan yang penting dalam melahirkan tamadun yang
berjaya dan maju.
No comments:
Post a Comment