Bagaimanakah anda dapat mengaitkan asal usul manusia dengan tamadun ?
Apabila Allah SWT hendak menjadikan manusia yang pertama di muka bumi ini, maka Allah SWT memberitahu kepada Malaikat bahawa Allah SWT akan menjadikan sejenis makhluk yang berlainan daripada Malaikat dan juga tidak sama dengan makhluk-makhlukNya yang
lain yang ada pada masa itu. Makhluk yang
dimaksudkan ialah manusia. Manusia akan menjadi khalifah di muka bumi untuk membangunkan dunia ini sebagai tempat menjalani kehidupan.
Allah menjadikan Adam
daripada tanah liat dengan rupa bentuk yang
sempurna dan cantik. Setelah Adam
hidup dengan jasmani(jasad), rohani, nafsu, akal dan hawa, maka sempurnalah sifat-sifat kemanusiaan pada manusia yang
pertama iaitu
Adam. Maka sempurnalah kejadian manusia yang
pertama. Sesungguhnya manusia adalah sebaik-baik kejadian dan makhluk yang
diciptakan oleh Tuhan. Oleh itu, matlamat sebenar kewujudan tamadun adalah untuk membina dan memperkukuh hubungan manusia. Tamadun dapat mewujudkan sikap-sikap positif yang
sedia ada pada diri manusia seperti kerjasama, bertimbang
rasa, bertanggungjawab dan sebagainya di samping menghargai hidupan lain
di muka bumi.
PERANAN
NABI DALAM MEMBINA TAMADUN
•Bagi para sarjana
Muslim Islam, tamadun bermula dengan pengutusan para nabi dan rasul. Pembentukan masyarakat bertamadun menurut acuan Pencipta manusia adalah tujuan utama perutusan mereka.
Para nabi dan rasul diberi amanat untuk meluruskan jalan kehidupan manusia dan menjadikan manusia umat yang
bertamadun. Masyarakat yang
bertamadun adalah masyarakat yang
memiliki seluruh tingkat kemajuan kehidupan yang
meliputi aspek
spiritual dan
material. Islam telah membekalkan asas-asas yang
kukuh dan sumber yang
mantap untuk manusia membina tamadun.Dengan asuhan dan bimbingan Rasulluah s.a.w dan kemudiannya diteruskan oleh para sahabat , penduduk tanah arab yang
terdiri daripada berbagai bangsa dan keturunan berjaya disatukan dengan ikatan akidah dan ukhuwah Islamiyah .Mereka muncul sebagai satu umat yang
berakhlak dan sedia berkorban demi
Islam.
PERKAITAN
ADAB DAN TAMADUN
•Adab merupakan satu tatacara atau garis panduan melakukan sesuatu. Sekiranya adab ini sentiasa di amalkan ia akan menjadi kebiasaan. Adab yang
baik merupakan tunggak kekuatan masyarakat dalam sesuatu tamadun. Jika sesuatu tamadun menekankan masyarakatnya supaya mangamalkan adab yang
baik maka sudah pasti tamadun itu akan berjaya dan pada masa yang
sama tamadun itu akan dipandang tinggi oleh tamadun yang
lain . Akan tetapi adab yang
diamalkan haruslah selari dengan konteks peradaban dalam islam .
Hal ini kerana islam adalah antara
agama yang berjaya melahirkan pemimpin yang
beradab mulia , berilmu dan berdedikasi. Hal
ini amat penting kerana dalam membina tamadun tamadun yang
berjaya kerana pemimpin yang
beradab memainkan peranan yang
amat penting dalam membimbing masyarakat dan menjalinkan hubungan luar dengan tamadun yang
lain.
Apakah tujuan manusia membina tamadun?
•Manusia membina tamadun adalah untuk melestarikan bumi seperti yang
diperintahkan oleh
Allah SWT kepada manusia.
•Selain itu, tamadun juga berfungsi sebagai permulaan manusia untuk membentuk sebuah kehidupan yang
lebih sistematik dan terancang.
•Kehidupan bertamadun dapat memudahkan kerja manusia dengan adanya sistem berorganisasi, pengkhususan kerja, sistem kepercayaan dan keagamaan.
•Kehidupan bertamadun juga membawa kepada kemajuan kepada manusia. Contohnya, pengkususan kerja yang
dijalankan dalam setiap tamadun memberi impak yang
sangat besar seperti kemajuan dalam senibina, kemajuan dalam pentadbiran dan lain
lain.
•Ia juga dapat membina dan memperkukuh hubungan sesama manusia melalui sistem jual beli dan sistem pembahagian kerja.
Bagaimana anda dapat hubungkan usaha bina tamadun dengan hakikat keberhutangan diri manusia
•Dalam kehidupan manusia di dunia ini, sememangnya tidak dapat disangkal terhadap perhubungan antara keberhutangan diri manusia kepada pencipta-Nya dengan pembinaan tamadun. Makna sebenar keberhutangan diri manusia kepada
Allah ialah kewujudan serta kelahiran manusia sejak di alam roh lagi telah menjadi permulaan kepada perjanjian kesetiaan kepada Allah dan telah menjadikan kita terhutang dengan kenikmatan-Nya. Oleh itu, perkaitan di antara pembinaan tamadun dengan keberhutangan diri manusia dapat diukur dengan melihat dari aspek kemajuan tamadun yang
dilengkapi dengan pelbagai unsur kerohanian serta kebijaksanaan pengurusan pentadbiran selari dengan sifat manusia akibat daripada keberhutangan manusia terhadap
Allah SWT.
Apa kaitan
kecemerlangan
yang dicapai
oleh
manusia
lampau
dengan
perjalanan
manusia
ini
?
Masyarakat lampau telah memberi banyak sumbangan kepada masyarakat pada zaman moden dalam pelbagai aspek:
1) Seni bina
•-
Pembinaan piramid pada masyarakat Mesir Purba membuktikan kemajuan teknik dan ciri-ciri pembinaan bangunan mereka sekaligus telah memberi inspirasi dan panduan kepada masyarakat zaman moden untuk berkembang maju dalam membina bangunan-bangunan pencakar langit menggunakan ilmu sains, matematik, fizik dan geometri. Contohnya KLCC
yang terletak di
Malaysia.
2) Perubatan
•-
Proses mengawet mayat yang
telah wujud dalam sejarah tamadun lampau adalah salah satu kemajuan bidang perubatan dan masih lagi diguna pada hari ini. Tahap keilmuan dan kemahiran yang
tinggi terutamanya dalam bidang fizik, kimia, perubatan, dan pembedahan membuktikan bahawa tamadun terdahulu memberikan sumbangan besar kepada perkembangan ilmu hingga ke hari ini.
3 ) Politik dan Perundangan
•-Sistem pemerintahan demokrasi berparlimen yang
diperkenalkan sejak tamadun Yunani dan diwarisi oleh
Athens walaupun terdapat sedikit perbezaan seperti wujudnya mahkamah undang-undang berjuri,Majlis dan Dewan Perhimpunan digunapakai oleh kerajaan
Malaysia pada hari ini.
4) Sains dan teknologi
•-Ahli matematik
India telah mengetahui tentang konsep geometri - mendorongnya memperkenalkan sistem nombor (angka
Brahmin dan angka Kharosti)
yang mencecah ke angka perpuluhan yang
mana masih digunakan sehingga kini.
•-Pengetahuan dalam bidang astronomi pula
dapat dipetik daripada Rig
Veda. Pengetahuan yang
diperolehi ini adalah salah satu faktor membawa kejayaan kepada angkasawan yang
berjaya mendarat dan meneroka di bulan.
Apa kaitan asal-usul manusia,tamadun dan kekuasaan Allah.
Semua manusia berasal dari keturunan Nabi Adam dan Hawa yang telah diciptakan oleh Allah s.w.t dari tanah.manusia diciptakan oleh
Allah s.w.t untuk mentadbir bumi dan telah diberikan akal untuk berfikir dan pengetahuan yang
luas tentang cara untuk mentadbir alam sebagai khalifah-Nya. Manusia pada zaman purba telah berjaya menggunakan akal dan pengetahuan yang
dikurniakan oleh
Allah tersebut serta sumber-sumber yang
ada di bumi untuk membangunkan tamadun gemilang yang
banyak memberikan sumbangan kepada perkembangan manusia. umumnya, tanpa akal yang
dikurniakan
Allah kepada manusia, mereka tidak akan dapat untuk mentadbir dan melaksanakan urusan kehidupan dengan begitu sempurna dan teratur .
No comments:
Post a Comment