Adab merupakan satu tatacara atau garis panduan melakukan sesuatu. Sekiranya adab ini sentiasa di amalkan ia akan menjadi kebiasaan. Adab yang
baik merupakan tunggak kekuatan masyarakat dalam sesuatu tamadun. Jika sesuatu tamadun menekankan masyarakatnya supaya mangamalkan adab yang
baik maka sudah pasti tamadun itu akan berjaya dan pada masa yang
sama tamadun itu akan dipandang tinggi oleh tamadun yang
lain . Akan tetapi adab yang
diamalkan haruslah selari dengan konteks peradaban dalam islam .
Hal ini kerana islam adalah antara
agama yang berjaya melahirkan pemimpin yang
beradab mulia , berilmu dan berdedikasi. Hal
ini amat penting kerana dalam membina tamadun tamadun yang
berjaya kerana pemimpin yang
beradab memainkan peranan yang
amat penting dalam membimbing masyarakat dan menjalinkan hubungan luar dengan tamadun yang
lain.
Jelaskan
interaksi antara tamadun Mesir Purba dengan tamadun lain.
1)Agama dan
Kepercayaan
Orang Mesir Purba percaya kepada konsep Politeisme.Politeisme adalah kepercayaan dalam atau pemujaan banyak tuhan seperti dewa dan dewi. Tuhan-tuhan ini dipuja di kuil bersama dengan upacara and mitologi mereka. Banyak
agama, sama ada yang
lama atau baru, mempunyai kepercayaan politeisme seperti
agama Hindu, Buddha, Shinto, Yunani Purba, agama tradisi orang Cina, kepercayaan neo-pagan. Berbeza dengan tamadun lain
misalnya tamadun
Hwang Ho, mereka mengamalkan banyak kepercayaan seperti animisme iaitu kepercayaan setiap benda seperti batu dan pokok mempunyai semangat (jiwa dan roh )
orang mati. Namun,mereka juga mengamalkan politeisme.
2)Pengkhususan
Pekerjaan
Masyarakat tamadun Mesir telah berkembang maju dalam pelaksanaan pengkhususan pekerjaan seperti penenunan dan pembuatan barang tembkar dan juga peralatan. Selain itu, mereka melakukan aktiviti perlombongan seperti perlombongan emas di
Nubia.
Eksport Utama- Tekstil dan kertas. Sungai Nil yang lebar dan dalam telah membolehkan kapal-kapal menyerusinya dan berlabuh di pelabuhan-pelabuhan seperti
Thebes, Memphis, dan Helipolis dalam mengeksport barang- barang seperti tekstil dan kertas.
3)Sistem
Tulisan
Sistem tulisan Tamadun Mesir Purba dipanggil hieroglif berasaskan kombinasi gambar dan simbol yang berdasarkan bunyi. Pada awalnya, orang Mesir menggunakan bentuk gambar tulisan yang kasar, seperti yang digunakan oleh suku-suku primitif di seluruh dunia. Hieroglif adalah gambar yang masing-masing mewakili objek alamiah. Matahari digambarkan sebagai piringan, bulan digambarkan dengan bulan sabit, air
digambarkan oleh garis gelombang,
orang dengan bentuk
orang, dan lain
sebagainya.
Akan tetapi, tulisan gambar ini tidak dapat mewakili
kata-kata atau benda-benda yang
tidak dapat dilihat mata seperti fikiran, cahaya, dan hari. Sehingga hieroglif pun lebih dianggap sebagai simbol idea
daripada sebuah gambar objek. Kepentingan sistem tulisan dalam tamadun ini adalah untuk mencatat rekod pertanian, merekod pengutipan cukai, merekod urusan keagamaan dan merekod amalan ritual kepercayaan.
REFLEKSI
FAKTOR KEKUATAN DAN KEJATUHAN TAMADUN MESIR
Antara refleksi yang boleh kami huraikan adalah kekuatan tamadun mesir bergantung pada aspek iaitu seni bina piramid yang menggambar kerativiti kaum mereka dalam pembinaan menggunakan batu bata . Seterusnya aspek pendidikan tamadun mesir yang berjaya melahirkan ramai pekerja mahir dalam pelbagai bidang seperti ahli matematik ,ahli geografi dan pengamal perubatan . Kemudian aspek kebijaksanaan pemerintah iaitu pemerintah berjaya mencipta sistem pengairan yang
mengagumkan dengan mengubah padang pasir menjadi tanah pertanian . Akhir sekali kejatuhan tamadun mesir adalah kerana mesir telah diserang oleh kuasa luar seterusnya mereka tamadun mereka dirampas dan dikuasai oleh kuasa asing.
3
ELEMENT PENTING DALAM PEMBINAAN TAMADUN MESIR
Sosial
Masyarakat tamadun mesir mengamalkan konsep ketuhanan firaun. Mereka sentiasa patuh dengan arahan daripada firaun denagn mempercayai bahawa firaun adalah tuhan atau anak tuhan. Pada masa yang
sama juga mereka meyakini bahawa firaun memepunyai kedudukan yang
tinggi dan kuasa luar biasa.
Politik
Masyarakat mesir purba juga hidup dalam kehidupan beorganisasi . Kedudukan tertinggi dipengang oleh firaun diikuti dengan bangsawan,rahib,tuan tanah dan akhir sekali rakyat. Kehidupan beorganisasi ini amat penting dalam melancarkan pentadbiran tamadun mesir .
Ekonomi
Antara aktiviti ekonomi masyarakat mesir purba ialah pertanian .
Hal ini kerana mereka mempunyai kelebihan dengan memiliki
Sungai Nil. Dengan menjual hasil pertanian mereka boleh menjana pendapatan seterusnya membawa kepada kekukuhan ekonomi yang
menjadi tunjang utama dalam meningkatkan taraf hidup rakyat mesir purba.
MEMBUAT
ANANLISA HUBUNGAN BUDAYA,AGAMA,BANGSA DAN TAMADUN
HUBUNGAN TAMADUN DENGAN AGAMA
Bangsa membawa maksud sekumpulan manusia yang tinggal di wilayah tertentu dengan etnik yang sama dan menggunakan bahasa yang sama(
Manakala tamadun pula merangkumi batasan kebangsaan. Oleh itu, hubungan tamadun dan bangsa tidaklah begitu ketara. Terdapat beberapa tamadun yang mempunyai pelbagai bangsa di dalamnya .Tamadun Islam iaitu masyarakat Islam di Syam juga diduduki oleh bangsa Arab dan bukan Arab. Antaranya nya ialah bangsa Yahudi, Syrian dan Rom.
Bangsa membawa maksud sekumpulan manusia yang tinggal di wilayah tertentu dengan etnik yang sama dan menggunakan bahasa yang sama(
Manakala tamadun pula merangkumi batasan kebangsaan. Oleh itu, hubungan tamadun dan bangsa tidaklah begitu ketara. Terdapat beberapa tamadun yang mempunyai pelbagai bangsa di dalamnya .Tamadun Islam iaitu masyarakat Islam di Syam juga diduduki oleh bangsa Arab dan bukan Arab. Antaranya nya ialah bangsa Yahudi, Syrian dan Rom.
HUBUNGAN TAMADUN DENGAN BANGSA
Budaya merupakan tatacara hidup sesuatu kelompok atau kumpulan sosial, iaitu seluruh kehidupan dan persekitaran yang dibina oleh manusia hasil amalan dan hubungan manusia dalam linkungan persekitaran yang meliputi budaya kebendaan dan budaya bukan kebendaan.
HUBUNGAN TAMADUN DENGAN BANGSA
Budaya merupakan tatacara hidup sesuatu kelompok atau kumpulan sosial, iaitu seluruh kehidupan dan persekitaran yang dibina oleh manusia hasil amalan dan hubungan manusia dalam linkungan persekitaran yang meliputi budaya kebendaan dan budaya bukan kebendaan.
HUBUNGAN TAMADUN DENGAN BUDAYA
budaya ialah ilmu pengetahuan seperti agama, falsafah, perubatan, astronomi, sejarah, matematik
memberi sumbangan besar kepada kemajuan manusia .dalam Islam juga manusia mampu memperoleh ilmu-ilmu asas untuk kesejahteraan hidup.Hal ini telah melahirkan tamadun Islam yang unggul.
HUBUNGAN TAMADUN DENGAN BUDAYA
budaya ialah ilmu pengetahuan seperti agama, falsafah, perubatan, astronomi, sejarah, matematik
memberi sumbangan besar kepada kemajuan manusia .dalam Islam juga manusia mampu memperoleh ilmu-ilmu asas untuk kesejahteraan hidup.Hal ini telah melahirkan tamadun Islam yang unggul.
PERANAN
NABI DALAM MEMBINA TAMADUN
Bagi para sarjana Muslim Islam, tamadun bermula dengan pengutusan para nabi dan rasul. Pembentukan masyarakat bertamadun menurut acuan Pencipta manusia adalah tujuan utama perutusan mereka.
Para nabi dan rasul diberi amanat untuk meluruskan jalan kehidupan manusia dan menjadikan manusia umat yang
bertamadun. Masyarakat yang
bertamadun adalah masyarakat yang
memiliki seluruh tingkat kemajuan kehidupan yang
meliputi aspek
spiritual dan
material. Islam telah membekalkan asas-asas yang
kukuh dan sumber yang
mantap untuk manusia membina tamadun.Dengan asuhan dan bimbingan Rasulluah s.a.w dan kemudiannya diteruskan oleh para sahabat , penduduk tanah arab yang
terdiri daripada berbagai bangsa dan keturunan berjaya disatukan dengan ikatan akidah dan ukhuwah Islamiyah .Mereka muncul sebagai satu umat yang
berakhlak dan sedia berkorban demi
Islam.
No comments:
Post a Comment