Siti Syahirah bt Husin
2015663856
Pada minggu ini saya belajar jangan sesekali leka walaupun
pelbagai dugaan dan cabaran kita hadapi. Saya juga belajar jangan pandang
rendah dengan mana-mana ilmu pun walaupun ia ilmu kulinari kerana itu
menunjukkan kita juga memandang pandang rendah pada penciptaNya iaitu Allah
SWT. Ilmu tauhid perlu kita pelajari
supaya kita tahu akan perkara hakikat. Kekuatan ilmu tauhid membuatkan kita faham
sebenarnya perkara hakikat. Saya harap saya dapat mengamalkan sifat kasih
sayang seperti Rasulullah SAW yang sangat menyayangi umatnya walaupun baginda
tidak pernah jumpa dengan umat baginda.
Saya juga mempelajari makanan yang dimakan mengambarkan perangai kita.
Kesimpulannya , saya harap saya dapat mengamalkan perkara yang diredhai Allah
SWT.
Nur
Safirah Binti Alang Abdul Rashid
2015418904
Tamadun Islam lahir di Makkah dan
berkembang di Madinah kemudian tersebar di Kufah, Basrah, Damsyik dan banyak
lagi.Faktor utama kelahiran Islam ialah ajaran Islam itu sendiri.Islam meyuruh
umatnya berfikir dalam mencari kebenaran dan melarang mereka daripada menerima
sesuatu perkara secara jahil atau ikutan sahaja.Ajaran Islam mengajak umatnya
mempelajari ilmu sains, falsafah, kesusasteraan daan ilmu lain yang boleh
dicapai akal dan membantu kehidupan di dunia.Seterusnya, negara Islam
diperintah oleh mereka yang bersifat adil, tetapi amat cinta akan ilmu
pengetahuan seterusnya berjaya membantu kecemerlangan tamadun ini.Bahkan, umat
Islam bebas mengembara ke seluruh pelosok dunia Islam yang luas untuk
perniagaan mahupun menuntut ilmu pengetahuan.Kecemerlangan tamadun islam turut
disebabkan oleh keadilan yang menyeluruh,ketenteraan yang kuat, kedudukan strategik,
prasarana yang sempurnadan juga keterbukaan kepada tamadun lain.dari segi
kemerosotan pula, dapat dilihat bahawa sesebuah tamadun itu akan mengalami
kemerosotan dan kehancuran apabila terdapatnya faktor pemerintahan yang
lemah.Segala bentuk penyelewengan dan keruntuhan akhlak dianggap biasa, malah
mereka menolak kebaikan dan mengajak kepada kemungkaran.Seterusnya, umat Islam
kurang memberi tumpuan terhadap kegiatan keilmuan dalam bentuk penyelidikan dan
pembangunan.Musuh luar turut memusnahkan khazanah Islam.Bencana alam yang
diturunkan Allah S.W.T turut banyak merakamkan peristiwa kaum terdahulu yang
dibinasakan kerana keingkaran dan kesombongan mereka.
SITI ZAINAB BINTI ABAS
2015429108
Refleksi saya minggu ini ialah saya dapat
belajar tentang ilmu. Saya haruslah menghormati
sesuatu ilmu tidak kira ilmu itu penting atau tidak. Contohnya walaupun saya
belajar dalam bidang farmasi saya juga haruslah menghormati ilmu lain jugak
seperti ‘art n design ‘ kerana sebenarnya apabila saya memandang rendah
terhadap ilmu itu bermakna saya memandang rendah kepada pencipta ilmu itu
sendiri iaitu Allah.
SARAH AMIRAH
BINTI ADNAN
2015428556
Setelah
mempelajari tentang kelahiran dan perkembangan tmadun Islam, perkara penting
yang dapat saya kaji adalah jangan sesekali memandang rendah mana-mana ilmu
kerana setiap ilmu ada kepentingannya yang tersendiri. Malah, sesungguhnya
segala jenis ilmu ini datangnya daripada Allah S.W.T. Jadi, tidak semestinya
kita memandang tinggi pada ilmu perubatan namun tidak berbuat demikian bagi
ilmu-ilmu lain seperti ekonomi hanya kerana ilmu perubatan lebih dipandang
tinggi di sisi masyarakat. Selain itu, dalam kita mendalami ilmu-ilmu berkaitan
agama Islam, kita juga hendaklah berwaspada terhadap ancaman luar. Dalam pada
masa yang sama, orang kafir juga sedang mendalaminya dan mencari jalan untuk
menghancurkan agama kita. Sebagai contoh, Hulagu Khan yang telah mendalami
ilmu-ilmu Islam lalu berjaya memesongkan tentera Islam dengan menyajikan makanan
yang berpunca dari sumber-sumber yang haram kepada mereka. Hasilnya, tentera
Islam kalah di medan peperangan kerana doa-doa mereka yang tidak dikabulkan
Allah S.W.T. Oleh itu, kita sebagai umat Islam harus bijak mengambil tindakan
agar dapat menepis anaasir-anasir luar.
NURUL SYAHIRAH ASMAA BINTI MOHD ZAIN
2015664182
Apa yang saya belajar pada minggu ini ialah setiap tamadun yang wujud di atas muka buni ini pasti ada jatuh dan bangun. Perkara yang paling penting dalam membentuk sesebuah tamadun ialah ilmu pengetahuan. Dengan adanya ilmu, pemimpin dan rakyat dapat menjalankan tanggungjawab dan peranan masing-masing dengan sebaik mungkin. Pemimpin yang baik dapat membentuk sebuah tamadun yang baik. Ini membuktikan bahawa pemimpin merupakan akar umbi dalam membentuk sebuah negara atau tamadun kerana merekalah yang mencorakkan negara atau tamadun tersebut. Oleh itu, saya mestilah menuntut ilmu sebanyak mungkin tidak kiralah ilmu dunia atau ilmu akhirat kerana dengan adanya ilmu, kita boleh maju dan tidak akan mudah terpedaya dengan muslihat manusia yang cuba menjatuhkan kita.
NUR HAZIQAH
‘IFFAH BINTI RUSLI
2015666714
1.Apa yang saya
dapat pelajari ialah kita mempunyai cara untuk supaya hati kita tak terikat
dengan dunia ini , kerana orang yang hatinya ikat dengan dunia , akan melakukan
segala larangan Allah s.w.t dan seboleh-bolehnya hendak dielakkan daripada
melakukan perkara tersebut.
2.Pemimpin perlu
memainkan peranan penting dalam mentadbir negara dan mengelakkan menggunakan
cara yang bercanggah daripada syariat yang telah ditetapkan Allah s.w.t ,
selain itu, pemimpin yang bijaksana dan yang tegas dalam membuat setiap
keputusan untuk negaranya dapat membawa negaranya ke arah kemajuan dan setiap
kejayaan , seperti apa yang berlaku pada Sultan Muhammad Al-Fateh yang berjaya
menawan Kota Konstatinopel.
3.Kita jangan leka
dengan kemajuan yang sedia ada . Perlu sentiasa peka dengan keadaan sekeliling
dan tidak tergelincir daripada jalan yang benar kerana musuh islam sentiasa
mempunyai rancangan untuk menjatuhkan umat islam dan negara islam. Ini dapat
dilihat pada zaman Abbasiyah yang telah mencapai zaman kegemilangannya dan melalui
zaman kejatuhan kerana leka akan kemajuan dan kemewahan yang ada sehingga musuh
dapat menyerang kerajaan Abbasiyah dan menakluknya.
4.Setiap individu
memainkan peranan penting dalam memajukan sesebuah negara atau tamadun kerana
setiap negara terdiri daripada rakyat
dan pemerintah ,yang rakyatnya diibiratkan seperti akar dan pemimpin
diibiratkan seperti batang , jadi , maka jadilah sebuah pokok yang teguh
apabila rakyat dan pemimpin bersatu dalam memajukan sesebuah negara atau
tamadun.
5.Apa yang saya
dapat tahu , kestabilan politik dalam setiap negara itu penting kerana apabila
sesebuah negara dalam keadaan bergolak , pedagang-pedagang atau pelabur dari
negara lain tidak mempunyai keberanian untuk berniaga di negara tersebut akibat
ancaman keselamatan diri yang boleh mengakibattkan mereka terkena tempias kesan
daripada pergolakan yang berlaku akibat kestabilan politik yang berada dalam
keadaan goyah. Jadi, apabila kestabilan politik dalam keadaan baik , ramai
pedagang dan pelabur yang akan datang berniaga dan ekonomi negara akan menjadi
bertambah.