NURUL SYAHIRAH ASMAA BINTI MOHD ZAIN
2015664182
Apa yang saya belajar hari ini ialah kita
sebagai orang Islam seharusnya menjadi pakar dan cemerlang dalam setiap bidang
yang diceburi atau perkara yang dilakukan. Hal ini kerana, kita dapat memajukan
dan membantu umat Islam yang lain dengan berkongsi kemahiran dan ilmu yang kita
ada. Untuk mencapai tahap itu, kita haruslah menanam sifat ingin tahu dan
cintakan ilmu pengetahuan agar segala proses menimba ilmu itu dimudahkan dan
dirahmati Allah.
NUR HAZIQAH ‘IFFAH BINTI RUSLI-2015666714
1. Jika hendak menjaga hubungan kita dengan
Allah , kita hendaklah sentiasa yakin dan bersangka baik dengan Allah s.w.t
kerana Dia yang berkuasa ke atas setiap makhluk-Nya.
2
.Selain itu , mengikut pendapat saya , jika tatasusila kita makin halus dengan
Allah , dengan sendirinya tatasusila dengan manusia juga semakin halus.
3.
Tamadun islam itu universal , seperti yang kita dapat lihat , tamadun islam
bukan sahaja bagi orang arab , tetapi juga orang cina,melayu,india dan
lain-lain lagi . Seperti contoh , tamadun melayu juga mempunyai tamadun islam
yang diterapkan dalam setiap aspek kehidupan pada tamadun melayu pada zaman
dahulu.
4.
Asas-asas tamadun islam iaitu akidah , akhlak , syariah , dan ilmu. Apa yang
dapat saya simpulkan dari asas-asas tamadun ini , ilmu perlu seiring dengan
asas-asas tersebut . Ilmu amat penting , seperti ilmu tauhid , yang menekankan
keesaan dan kekuasaan Allah s.w.t. dan ilmu ini wajib bagi umat islam bagi
menjadi hamba Allah yang beriman.
5.
Perkara yang saya dapat tahu adalah apabila kita menyedari bahawa kita semakin
jauh dengan Allah , itu juga menunjukkan hidayah yang diberikan oleh Allah
s.w.t. supaya kita sedar akan kealapaan kita dan bertaubat kepadan-Nya dan
tidak akan melakukan maksiat serta mengingkari arahan-Nya.
SITI SYAHIRAH BINTI HUSIN
2015663856
Apa yang saya belajar pada minggu ini ialah wujudnya Negara
islam yang kaya dan miskin, ini jelas menunjukkan tiada penyatuan antara negara
islam. Apa yang saya faham, islam mengajar kita bersatu padu dalam semua
perkara. Jelas pada zaman serba moden ini, orang Islam sekarang tidak
mengamalkan ajaran Islam seperti pada zaman Rasulullah SAW, Muhajirin dan Ansar
membantu satu sama lain apabila mereka dalam kesusahan. Sepatutnya Negara yang
kaya seperti UAE menolong Negara yang miskin seperti Bangladesh dari pelbagai
segi terutamanya dari segi kewangan. Negara yang miskin amat memerlukan
kewangan bagi menampung kehidupan rakyat dan untuk membangunkan ekonomi mereka.
Kesimpulannya, sebagai orang islam, kita hendaklah bersatu padu dan
tolong-menolong antara satu sama lain supaya tidak mudah ditindas. Bak kata
pepatah, bersatu teguh bercerai roboh.
SITI ZAINAB BINTI ABAS
2015429108
Refleksi saya pada mingu ini ialah saya
dapat belajar tentang berapa indahnya tamadun islam , tidak kira samada dari
segi penubuhannya atau pemerintahnya ,
bagi saya semuanya adalah indah dan sempurna .Hal ini kerana konsep pembinaan tamadun islam itu sendiri datang dari Allah tuhan sekelian alam.
Perkara paling penting saya dapat
belajar ialah sebenarnya tamadun islam itu sangat maju , bahkan segala ilmu
dapat diteroka oleh ilmuan tamadun islam tetapi kita menganggap bahawa segala
ilmu datang dari barat. Hal ini amat memberi kesan yang mendalam dalam diri ,
hati dan sanubari saya kerana ia memberi
saya inspirasi bahawa umat islam boleh maju kehadapan lebih dari barat
bahkan jauh lebih maju dari barat kerana kita mempunyai kitab yang sangat kuat
iaitu al-Quran.
SARAH AMIRAH BINTI ADNAN
2015428556
Melalui pembelajaran pada minggu ini berkenaan dengan
tamadun Islam, terdapat beberapa perkara yang dapat saya pelajari. Antaranya
adalah, dalam merealisasaikan tamadun berteraskan Islam, kita hendaklah
terlebih dahulu mempunyai hubungan baik dengan Allah SWT, menjaga hubungan yang
baik sesama manusia dan hubungan baik dengan seisi alam. Maksud konteks seisi
alam ini merujuk kepada alam sekitar khususnya. Tanpa mempunyai dasar-dasar
asas seperti ini, masakan kita dapat membina tamadun Islam yang gemilang?
Justeru ,kita dijadikan Allah sebagai khalifah di bumi ini hendaklah menjaga
hubungan baik sesame manusia dengan mengamalkan kewajipan amar makruf, nahi
mungkar iaitu mengajak ke arah kebaikan
di samping mencegah kemungkaran. Dengan terpeliharanya akhlak
masyarakat, barulah kita dapat membina tamadun Islam. Selain itu, saya dapat
sedari akan hakikat bahawa Islam sememangnya sebuah agama yang cukup sempurna. Hal
ini adalah kerana salah satu sifat Islam ialah ketuhanan. Hal ini selari dengan
fitrah manusia yang mempercayai bahawa alam ini bukanlah wujud sejak azali
namun dicipta oleh suatu kuasa yang jauh lebih hebat. Dalam konteks ini, ia
merujuk kepada Allah SWT. Sesungguhnya, kita amatlah kerdil jika dibandingkan
dengan kekuasaan Allah SWT. Di samping itu, Islam juga bersifat tetap dan tidak
berubah, terbuka, sempurna dan seimbang serta sepanjang zaman.
No comments:
Post a Comment