Diharapkan blog ini dapat membantu anda semua dalam proses mencari maklumat dan agar kami sentiasa mendapat ganjaran daripada blog ini. Ilmu yang baik harus dikongsi. Bukan begitu?
Tuesday, 22 December 2015
Sunday, 20 December 2015
REFLEKSI INDIVIDU MINGGU 13 TAMADUN INDIA(10.12.2015)
SITI ZAINAB BINTI ABAS
2015429108
TAMADUN INDIA
Refleksi saya tentang tamadun india adalah
ia dapat membuktikan bahawa islam adalah agama yang penuh dengan keadilan. Pada
zaman veda akhir ,tugas kaum wanita
hanya tertumpu kepada akvititi rumah tangga sahaja dan mereka akan dibakar bersama mayat suami
mereka . Selepas kedatangan islam kedudukan kaum wantita kembali diangkat . Hal
ini menyedarkan saya bahawa islam sebenarnya adalah agama yang adil .Jika
seseorang islam itu tidak berlaku adil seperti di dalam pemerintahan ,kita
tidak boleh terus menyalahkan islam , bahkan sebenarnya dialah yang tidak
mendalami islam itu dengan sempurna.
NURUL SYAHIRAH ASMAA BINTI MOHD ZAIN
2015664182
Apa yang saya belajar daripada pembelajaran
Tamadun India ini ialah dengan mengamalkan Islam, sesebuah tamadun itu mampu
aman dan harmoni. Ini adalah kerana Islam mengajar banyak nilai nilai murni
yang boleh diamalkan dalam hidup yang membawa kepada persepakatan dan keharmonian.
Sebagai seorang Islam, kita seharusnya menunjukkan nilai nilai baik yang diajar
agar saudara bukan Islam yang lain tidak salah faham serta membenci kepada
agama Islam. Justeru, mereka yang tidak beragama Islam ini akan mencintai dan
mungkin akan menyertai agama Rasulullah yang suci ini.
SITI SYAHIRAH BINTI HUSIN
2015663856
Saya mendapati tamadun india jelas memberi
pengaruh di Malaysia. Perkara ini dapat dilihat pada pembinaan masjid Kapitan
Keling di Pulau Pinang yang jelas menunjukkan penyebaran agama Islam terhadap
masyarakat India. Pengaruh india telah banyak meresap dalam adat dan budaya
kaum melayu.Pengaruh ini paling ketara dalam adat resam melayu yang membabitkan
perkahwinan dan kehamilan. Amalan-amalan seperti wanita hamil membawa pisau bagi
melindunginya daripada semangat jahat pada prinsipnya mempunyai persamaan
dengan amalan orang Hindu melindungi diri daripada sihir dan hantu-hantu yang
jahat. Di samping itu pengaruh India dalam hiburan dapat dilihat melalui tarian
dan muzik yang masih wujud dalam masyarakat Melayu antaranya ronggeng, boria,
wayang kulit dan mak yong.
Sarah Amirah Binti Adnan
2015428556
Melalui pembelajaran pada minggu ini
mengenai Tamadun India, terdaat banyak perkara yang dapat saya kaji. Antaranya
adalah sumbangan pemimpin yang disegani ramai iaitu Mahatma Gandhi. Beliau
belajar undang-undang di England dan pergi ke Afrika Selatan sebagai peguam
kepada seorang pedagang Islam Gujerat. Beliau melihat diskriminasi perkauman di
situ lalu menetap di situ bagi memperjuangkan hak asasi orang India. Sumbagan
terbesar beliau adalah pada 1920 apabila beliau mengisytiharkan swaraj
(pemerintahan sendiri) dan kemudian menjalankan beberaa kempen satyagraha
sehingga mencapai kemerdekaan India pada tahun 1947. Dari sini, kita dapat
lihat betapa besar kesungguhan beliau dalam mengejar kemerdekaan India. Di
sampng itu, kita dapat mencontohi cara beliau yang memperkenalkan definisi baru
bagi kuasa, iaitu kepimpinan tanpa pejabat dan autoriti tanpa paksa. Selain
itu, kita hendaklah menghargai jasa mereka yang telah secara tidak langsung
membawa ajaran Islam ke negara kita seperti Jemaah Tabligh yang diasaskan oleh
Maulana Muhammad Ilyas dan Darul Uloom Deoband iaitu madrasah yang terawal di
seluruh India malahan boleh dikategorikan salah satu madrasah yang tertua di
seluruh dunia. Kedua-dua pergerakan ini
bertujuan untuk mengajak manusia supaya mentauhidkan dan membesarkan Allah SWT
dengan mengembangkan ajaran dn amalan Islam dalam kalangan umat Islam ,
merealisasikan amalan-amalan trsebut dalam kehidupan serta menghidupkan
pendekatan dakwah Rasullulah SAW dan para sahabat.
NUR HAZIQAH ‘IFFAH BINTI RUSLI(2015666714)
1.Apa
yang saya pelajari ialah tamadun india telah lama berkembang dan bermula dengan
kemasukan tamadun lembangan sungai,iaitu, Mohenjo-Darro dan Harappa yang boleh
dapat dilihat melalui ciri-ciri peradaban dan jangka hayat.
2.Saya
dapat mengetahui bahawa peradaban Lembah Indus mempunyai sistem perancangan
bandar yang maju yang sangat sistematik serta mencapai pembinaan yang baik.
3.Saya
dapat mengetahui bahawa Masjid Taj Mahal yang dibina pada zaman Shah Jehan
untuk isterinya,Mumtaz Mahal salah satu benda ajaib di dunia.
4.Mahatma
Gandhi menunjukkan sifaat berperikemanusiaan dengan ingin membantu para petani
yang menentang tuan tanah British. Beliau menunjukkan sifat berani dan tidak
gentar akan kepada penjajah British.
5.Sifat
yang perlu ada dalam setiap rakyat adalah sifat berani membuat sesuatu untuk
kepentingan dan kebaikan semua yang saya dapat lihat pada pergerakan nasionalis
yang inginkan British supaya member perhatian kepada kebajikan di India.
REFLEKSI INDIVIDU MINGGU 12 TAMADUN CHINA (3.12.2015)
SITI ZAINAB BINTI ABAS
2015429108
TAMADUN CHINA
Refleksi saya tentang tamadun china ini
ialah saya dapat belajar bahawa sebenarnya sebagai seorang islam , untuk
menyebarkan sesuatu dakwah kita haruslah berfikir dan bertindak dengan
bijak.Hal ini amat memberi impak kepada
saya kerana tindakan bijak khalifah uthman yang menghantar saad bin abi waqqas
ke chinalah yang menyebabkan islam tersebar di china. Tindakan ini amat bijak
kerana beliau terus menyampaikan dakwah kepada si pemimpin . Jika pemimpin
menerima dakwah itu, sudah tentu si pengikut akan mengikut jejak langkah si
pemimpin. Bagi saya , tamadun china antara tamadun yang memperlihatkan
kepandaian umat islam dalam strategi menyamapaikan dakwah.
NURUL SYAHIRAH ASMAA BINTI MOHD ZAIN
2015664182
Melalui pembelajaran mengenai tamadun China
ini, saya dapat belajar bahawa Tamadun China banyak memberi sumbangan kepada
seluruh dunia. Ini adalah termasuk sumbangan seperti seni bina, perkembangan
dalam pertanian serta budaya. Jika kita lihat di Mlaysia sahaja, banyak
bangunan yang dibina dengan unsur aripada China. Contohnya, pagoda iaitu kuil
mereka. Pengaruh Cina yang sangat terkenal ialah seni Kungfu. Ini dibuktikan
dengan seni prtahankan diri ini amalkan oleh banyak bangsa di seluruh dunia.
Yang paling penting ialah saya belajar dengan strategi dan perancangan yang
rapi, sesebuah tamadun itu mampu memngembangkan serta memajukan wilayah mereka.
SITI SYAHIRAH BINTI HUSIN
2015663856
Pada minggu ini,
saya mendapati tamadun china banyak
memberi sumbangan kepada dunia. Antaranya dari segi bahasa, kepercayaan, sistem
organisasi, budaya dan sistem politik, ekonomi dan sosial. Tamadun China
mengamalkan pemerintahan beraja yang mana ia menunjukkan Malaysia juga
mengamalkan sistem ini. Agama dan kepercayaan masyarakat cina seperti agama
Buddha masih diamalkan walaupun sudah bertahun lama ia wujud. Ini jelas
menunjukkan bahawa tamadun china amat memberi kesan kepada masyarakat sekarang
terutamanya masyarakat cina di Malaysia.
SARAH AMIRAH BINTI ADNAN
2015428556
Melalui pembelajaran pada minggu ini
berkenaan Tamadun Cina, terdapat banyak perkara yang dapat saya kaji. Antaranya
adalah masyarakat Tamadun Cina percaya bahawa restu para dewa merupakan perkara
terpenting dalam hidup mereka. Tanpa restu para dewa, maka kelancaran sesuatu
pekara seperti pemerintahan beraja, keamanan kehidupan dan lain-lain tidak
dapat dilaksanakan dengan sempurna. Hal ini amatlah bercanggah dengan pegangan
agama Islam. Sebagai umat Islam, kita tidak perlu menyembah sesiapa mahupun
apa-apa kerana tiada yang lebih berkuasa melainkan Allah SWT. Selagi berpegang
kepada sumber utama ajaran Islam iaitu al-Quran dan sunah nabi, menurut
suruhan-Nya dan meninggalkan larangan-Nya secara istiqamah, maka kita akan
senantiasa berada dalam keberkatan Allah SWT dijamin kebahagiaan dunia dan di
akhirat. Selain itu, kita sebagai umat Islam haruslah bersyukur dan menghargai
jasa Rasullulah SAW dalam memperjuangkan agama kita hingga ke nafas terakhir
baginda. Hasil perjuangan baginda, maka kedudukan wanita dalam masyarakat tidak
lagi rendah seperti Zaman Jahiliah dan kini berdiri sama tinggi, duduk sama
rendah bersama-sama lelaki. Berbeza dengan Tamadun Cina, kedudukan wanita
dianggap rendah dalam masyarakat. Contoh yang dapat kita lihat dengan jelas
adalah kdudukan isteri dalam perkahwinan.
The Seven Grounds atau tujuh dasar dalam ajaran Konfusianisme
mengatakan seorang suami berhak menceraikan isterinya berdasarkan sebab berikut
seperti perasaan cemburu, banyak cakap, mempunyai penyakit dan sebagainya.
Namun, seorang isteri tidak berhak untuk
berbuat demikian walaupun suaminya membuat kesalahan. Seorang isteri akan menurut
segala peraturan di rumah suaminya sama ada dia suka atau tidak.
NUR HAZIQAH ‘IFFAH BINTI RUSLI(2015666714)
1.Apa
yang saya pelajari ialah tamadun china adalah tamadun yang maju dan telah
membina peradaban awal manusia yang menunjukkan keunggulan dan kekayaan
ketamadunan dari pelbagai aspek termasuklah politik,ekonomi,kepercayaan dan
sosial yang unik.
2.Selain
itu, saya dapat mengetahui bahawa selain daripada menjadi laluan pedagan asing
yang datang untuk berdagang , Laluan Sutera(silk road) juga tempatnya laluan
agama islam tersebar. Oleh kerana itu, terdapat penganut islam yang menetap di
China sehingga sekarang.
3.Saya
juga dapat mempelajari tentang pelbagai pemikiran falsafah China yang pelbagai
seperti Konfusianisme,maoisme,daoisme dan legalisme. Falsafah-falsafah tersebut
mempunyai kepercayaan dan amaln yang berlainan yang dipercayai oleh masyarakat
China.
4.Tamadun
China mempunyai pelbagai kesenian yang amat menarik dan unik,seperti
kaligrafi,seni lukis,seni bina dan seni ukir,seni opera serta kung fu. Kesenian
China dari segi pembinaan juga dapat dilihat di Malaysia yang terletak di Kota
Bharu,Kelantan, masjid yang dibina berdasarkan ciri-ciri kesenian China.
5.Tamadun
China tidak meletakkan wanita sebagai kedudukan yang perlu dijaga dan dibelai.
Dalam masyarakat China, perempuan hanya dianggap sebagai untuk melahirkan anak
lelaki. Mengikut pendapat saya, masyarakat China ini menyerupai masyarakat
jahiliyah di tanah arab yang menidakkan
status wanita sebagai kedudukan yang perlu dihormati dan anak perempuan membawa
kerugian kepada mereka.
Saturday, 19 December 2015
PLAN AND ACTION KEPADA MASALAH UMAT ISLAM SEKARANG
Kita hendaklah mengambil iktibar dan sejarah tamadun-tamadun
terdahulu bagi memastikan kesilapan tidak berulang sekali lagi. Justeru, kita
hendaklah merancang dengan teliti terlebih dahulu sebelum bertindak atau
dikenali sebagai plan and action bagi menjamin keterbilangan tamadun. Pertama,
,masyarakat kini terdedah kepada permasalahan dalam urusan jual beli di mana
unsur penipuan dilakukan oleh pembeli di mana ia menyusahkan para pengguna.
Oleh itu, pihak kerajaan harus merancang untuk menguatkuasakan undang-undang
yang lebih berat terhadap para peniaga yang mengambil kesempatan ini agar
mereka tidak melakukannya lagi. Aktiviti ini lebih menular menerusi pembelian
dalam talian (online shopping). Sebagai contoh, salah satu usaha kerajaan
adalah semua perniagaan dan perkhidmatan dalam talian perlu mematuhi peraturan
Perlindungan Pengguna (Urus Niaga Perdagangan Elektronik) 2012. Antara perkara
yang perlu dipatuhi web perniagaan di bawah Peraturan-Peraturan Perlindungan
Pengguna 2012 ialah nama perniagaan, nama syarikat dan nama orang yang
menjalankan perniagaan; nombor pendaftaran perniagaan atau syarikat; alamat
e-mail dan premis dan nombor telefon; dan butiran mengenai ciri utama barang
atau perkhidmatan. bagi menjamin kepentingan kepenggunaan. Kegagalan mematuhi
peraturan mengikut Akta Perlindungan Pengguna 1999, individu boleh dikenakan
denda tidak melebihi RM50,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi
tiga tahun atau kedua-dua sekali. Denagn ini, sektor ekonomi negara bakal
terjaga.
Kedua, dari segi sosial,menerusi penggunaan teknologi yang
semakin popular pada zaman globalisasi ini, adanya seetengah pihak yang cuba
memporak-perandakan negara dengan menyebarkan malumat-maklumat palsu mengenai
kerajaan ataupun perkara yang berkaitan dengannya. Justeru, kita hendaklah
membendung perkara ini sebelum terlambat. Sebagai contoh, pada tahun 2013, kita
telah dikejutkan dengan maklumat palsu mengenai pembubaran Parlimen yang
tersebar di beberapa laman sosial. Justeru, Suruhanjaya Komunikasi dan
Multimedia Malaysia (SKMM) boleh mengambil tindakan serius menerusi seksyen 233 (1) Akta Komunikasi dan
Multimedia 1998, seseorang yang menggunakan internet atau telefon untuk
menyebar maklumat atau berita palsu boleh dikenakan tindakan undang-undang.
Jika didapati bersalah mereka boleh didenda RM50,000 atau dipenjarakan selama
tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya sekali.
Akhir sekali, bagi memperkayakan ilmu agama dalam jatidiri
individu Muslim di negara ini, selari dengan pembangunan negara, kita hendaklah
menggiatkan lagi usaha dakwah termasuklah dalam talian. Selain dari buku-buku
agama, ceramah mahupun seminar keagamaan, blog-blog yang berkisar mengenai
keagamaan turut mempunyai impaknya terhadap diri masyarakat lebih-leboh lagi
golongan muda. Pada hari ini, kita dapat lihat penceramah-pencerah muda seperti
Ustaz Adnin Roslan dengan prdouksi yang berjudul ‘Tarbiah Sentap’ dan Mujahid
Aiman Banna dengan produksinya ‘Henshin:Dari Jahiiah ke Jannah’ telah membuka
hati golongan pemuda pemudi dalam menalami ilmu agama dengan cara yang lebih
interaktif.
Friday, 18 December 2015
KAHWIN VERSUS COUPLE
VIDEO YANG KAMI SEDIAKAN INI ADALAH MENGENAI MASALAH YANG SERING BERLAKU DALAM MASYARAKAT SEKARANG TERUTAMANYA KALANGAN MAHASISWA SEKARANG. VIDEO INI BUKAN NIAT UNTUK MENYINGGUNG PERASAAN SESIAPA TAPI SEBAGAI PERINGATAN DAN PENGAJARAN KEPADA SEMUA MENGENAI TOPIK YANG HANGAT DIBUALKAN MASA KINI
KITA SEBAGAI MAHASISWA SEPATUTNYA FOKUS KEPADA MATLAMAT KITA IAITU UNTUK BERJAYA DALAM PELAJARAN SERTA MENDAPAT KEREDHAAN ALLAH MAHA BESAR. JIKA PERKARA REMEH SEPERTI PERCINTAAN BOLEH MENGHANYUTKAN SERTA MELALAIKAN KITA, HINDARILAH. SESUNGGUHNYA MENCEGAH LEBIH BAIK DARIPADA MERAWAT.
HAYATILAH DAN AMBILLAH PENGAJARAN DARIPADA VIDEO YANG KAMI SEDIAKAN INI. MOGA BERMANFAAT. IN SHA ALLAH.
.
PRINSIP IQRA SEBAGAI PEMAJU TAMADUN
Prinsip Iqra sebagai
Pemaju Tamadun
Dalam konsep asas Tamadun Islam amat mementingkan
penghayatan ilmu. Masyarakat yang berilmu asas pembinaan tamadun. Budaya ‘iqra’
dalam Islam merupakan suatu kefardhuan yang mesti ada pada setiap muslim. Ilmu
dikelaskankepada 2 bahagian;-
a) Naqli (wahyu) - membina asas tamadun berpandukan
ketetapan Allah.
b) Naqli (kajian) - mekanisma yang ada didalam peradaban itu
sesuai dengan fitrah semula jadi manusia. Masyarakat dan negara yang bersifat
menyeluruh, berdasarkan kepada perspektif Tamadun Islam iaitu penguasaan ilmu
ialah ilmu duniawi dan ukhrawi dan juga disebut Fardu Ain dan Fardu Kifayah.
Kedua-dua Fardu Ain dan Fardu Kifayah adalah kewajipan dan keperluan kerana
kita mesti melalui Alam Dunia dalam perjalan kita ke Alam Akhirat.
Allah berfirman dalam Surah Al Mujaadalah :
maksudnya“.......Allah mengangkat darjat orang-orang yang beriman di antara
kamu dan orang-orang yang diberikan ilmu pengetahuan beberapa darjat...”
Sabda Nabi Muhammad s.a.w dalam sebuah hadithnya mafhumya,
Sesiapa yang mahukan kecemerlangan dunia hendaklah dengan ilmu, sesiapa yang
mahukan kecemerlangan akhirat hendaklah dengan ilmu, sesiapa yang inginkan
kedua-duanya sekali hendaklah dengan ilmu”.
Hadith ini dengan jelas menunjukkan perlunya keseimbangan
antara ilmu dunia dan ilmu ukhrawi (Fardu Ain dengan Fardu Kifayah)
Surah yang awal diturunkan dalam bulan Ramadan terhubung
dengan budaya iqra atau baca yang memberi makna
penerokaan terhadap ilmu. Membangun budaya iqra
bermaksud bagi manusia dengan potensi akliahnya membangun kekuatan berfikir
sekali gus dengan potensi rohaniahnya membangun kekuatan iman dan ihsan
terhadap Pencipta.
Ilmu adalah suluh bagi manusia. Ia tidak saja memperjelaskan
proses ingin tahu manusia terhadap sesuatu tetapi ia juga memberi kefahaman
terhadap sesuatu itu dan natijah akhirnya menerima makna akan sesuatu itu.
Al-Quran memberi fokus kepada rijal sebagai aspek pembangunan yang paling utama
bukan teknologi dan kebendaan. Rijal penting dibangunkan budaya iqra ini supaya ia memiliki kualiti ihsan dan insan agar
pengurusan dan pembangunan terhadap sesuatu berlaku dalam kerangka amanah dan
kesejahteraan untuk manusia.
Sebab itu, iqra dalam konteks al-Quran bukan sekadar harfiah
sifatnya untuk maksud pahala semata-mata apabila dibaca, tetapi kandungan
tekstual (kitab) itu perlu terhubung secara kontekstual (realiti) supaya
pemahaman terhadap realiti hidup, sejarah dan budaya menyebabkan kehidupan
manusia terbimbing dan terpedoman.
Al-Quran antara tekstual dan kontekstual
Al-Quran terkandung hikmah yang membimbing manusia terhadap
kebijaksanaan. Pembangunan rijal dan sistem tidak saja dirujuk kepada nas,
berlaku khulasah dan tafsir tetapi ia diolah dalam kerangka syariah dan fekah
supaya sistem dapat diaturkan terus berada dalam acuan syariat.
Ia mampu menjana ilmu dan pemikiran, pendekatan dan
strategi, masalahah dan yang aula atau lebih utama supaya umat Islam mampu
merancang dengan bijaksana, tidak gopoh terhadap situasi, memiliki daya tawakal
yang tinggi, bersyukur dengan apa yang diterima, berusaha untuk terus maju dan
memiliki daya kompetensi tinggi dan akhirnya menemui al-falah atau kemenangan
secara istiqamah dan bijaksana.
Al-Quran mencela kelompok mustakjilun atau gopoh dengan retorik
yang mengapi-apikan emosi dan kehendak atau kelompok pelampau yang tidak
memahami waqi atau realiti lebih-lebih lagi
kelompok yang cetek dan tumpul pembacaannya terhadap senario yang ada dan
akhirnya terjebak dalam kemelut inginkan perubahan tetapi tidak memiliki daya
untuk mengisi perubahan itu sendiri.
Oleh itu, amat penting dilakukan perimbangan yang bijak
supaya yang dikejar itu dapat dan yang dikendung itu tidak berciciran. Emosi
dan kehendak yang tidak terkawal dan kegopohan melaksanakan hasrat dan
cita-cita sering menimbulkan fitnah dan sengketa sesama umat.
Al-quran merintis pembangunan Tamadun
Bayangkan Ramadan yang dilalui sebagai sekolah rohhiyyah
yang melatih daya kawal diri insan dan disiplin rohaniah yang tinggi, keupayaan
mengawal lidah dan nafsu, menjadikan amal - buat contoh teladan yang menjadi
sumber ikutan , para abid yang terpancar jiwa ihsan yang tinggi adalah gambaran
warga muttaqeen yang mampu mencetuskan zaman dan keadaan ke arah perubahan.
Justeru Ramadan yang dilalui, binaan rohaniah yang dialami
dan mengembalikan insan kepada acuan fitrah yang tinggi membolehkan adab dan
peradaban lahir. Dunia dan kehidupan hari ini amat memerlukan warga umat yang
tidak saja berilmu tetapi amat peka dengan kualiti kemanusiaan tinggi dan akhlak
mulia supaya sistem dan negara dapat dibina berasaskan acuan yang fitrah.
Bila Rasulullah SAW mengungkapkan , Addabani rabbi faahsana
taa,dibi - Yang Allah, didiklah aku dengan didikan yang terbaik ia
menggambarkan betapa pentingnya adab diri diperkasa bersumberkan kekuatan hati
yang kental dengan rohaniah yang mantap.
Adab yang membawa kepada disiplin diri (ketangkasan
berfikir) dan disiplin hati (keupayaan rohaniah yang tinggi) dan disiplin amal
(kehebatan amal sebagai contoh ikutan) bakal mencetuskan kehebatan sistem yang
tidak saja menawarkan kesejahteraan kepada manusia tetapi kekentalan hubungan
dengan Khaliq sebagai Pencipta dan sumber ke atas segala.
Seperti juga lahirnya tamadun Islam yang bertahan
berabad-abad berakibat eratnya hubungan ulama dan umara
seperti berlaku di zaman al-Makmun, al-Mansor, Harun Ar Rashid dan Omar Ab.Aziz
yang dicatat oleh zaman sebagai penyumbang tamadun unggul yang seharusnya
menjadi sumber reflektif yang tinggi terhadap warga umat yang terkemudian.
Ilmu di zaman itu amat integratif iaitu kesepaduan antara
ilmu al-Quran dan akal yang melahirkan warga pendukung tamadun seperti Ibn
Suyuti, Ibn Sina, al Khawarizmi, Ibn Khaldun, Imam al Ghazali , Abu Qasim Az
Zahrawi dan lain-lain dan menghasilkan peta zaman yang terukir dengan ilmu-ilmu
diniah yang tinggi dan memiliki kepakaran dalam pelbagai bidang.
Lahirnya tradisi kecendekiawan dalam bentuk karya dan
penyelidikan hingga menghasilkan kitab besar seperti Qanun ibn Sina, Ihya
Ulumuddin Imam al Ghazali, al Muqaddimah Ibn Khaldun dan banyak lagi yang
memberikan rintisan kajian dan keilmuan dan tersohor sepanjang zaman.
Sikap terbuka di kalangan ilmuan Islam mengambil faedah
berbanding dari budaya dan tamadun lain yang bermanfaat dan dengan daya saring
yang tinggi dan diletakkan tasawwur ilmu itu dalam acuan yang Islami. Ilmuan
seperti al Biruni menjelajah ke India memanfaatkan ilmu berbanding dalam
disiplin matematik, sains, astronomi menggunakan kekuatan bahasa Hind yang
dipelajarinya dengan baik. Itulah lambang kehebatan silam yang sepatutnya
menjadi sumber teladan pada masa kini.
PERBAHASAN KELAYAKAN PEMIMPIN BERDASARKAN QAWIYUN AMIN
Perbahasan kelayakan pemimpin berdasarkan Qawiyun Amin
QAWIYY itu bermaksud kekuatan, keupayaan, kemahiran dan segala yang
diperlukan untuk sesuatu tugasan itu dilakukan mengikut spesifikasinya. Di dalam
bahasa semasa, kalimah Qawiyy ini boleh difahami sebagai nilai KOMPETENSI.
AMEEN pula merujuk kepada sifat amanah, bertanggungjawab dan segala
kualiti akhlaq seseorang yang mudah untuk difahami sebagai nilai INTEGRITI.
Sudah tentulah di dalam suatu pekerjaan, kelayakan tertinggi ialah pada
seseorang yang memiliki nilai integriti dan kompetensi yang sama tinggi. Namun
realitinya, manusia ada pasang surutnya pada kedua-dua dimensi kelayakan ini.
Ada tugasan yang memerlukan keutamaan integriti, ada tugasan yang mesti
mengutamakan kompetensi.
Bagi tugasan menguruskan gembala kambing seperti yang bakal dilakukan
oleh Musa ‘alayhi al-Salaam, QAWIYY (kompetensi pada kekuatan fizikal dan
kemahiran menggembala) disebut dahulu sebagai yang utama, berbanding sifat
AMEEN (integriti).
Akan tetapi bagi tugasan yang bersangkutan dengan menguruskan harta dan
wang, integriti dan kompetensi sama penting, dengan keutamaan diberikan kepada
integriti berbanding kompetensi. Lalu tatkala Yusuf ‘alayhi al-Salaam meminta
agar dirinya diposisikan kepada pengurusan perbendaharaan negara, beliau
berkata:
قَالَ اجْعَلْنِي عَلَىٰ خَزَائِنِ
الْأَرْضِ ۖ إِنِّي حَفِيظٌ عَلِيمٌ
Yusuf berkata:
“Jadikanlah daku pengurus perbendaharaan hasil bumi (Mesir); Sesungguhnya aku
adalah seorang yang teliti dalam penjagaan (HAFEEZ), lagi mengetahui cara
mentadbirkannya (ALEEM)” [Yusuf 12: 55]
HAFEEZ itu adalah soal integriti manakala ALEEM pula merujuk kepada ilmu
serta kemahiran sebagai nilai kompetensi baginda.
Apakah input yang diperlukan untuk mengangkat manusia yang ULAMA berada
dari kotak 2 dan 3 kepada Quadrant Par Excellence di kotak 4?
Di sinilah jawapan kepada kayu mengukur kriteria Ulama’ iaitu pada
keupayaannya mematuhi seluruh hukum Tuhan pada Syariatullah dan Sunnatullah.
Seorang alim yang takutkan Allah bukan hanya takut melanggar hukum Syariat
malah juga hukum Sunnatullah. Bukanlah seorang itu dikatakan takutkan Allah
apabila dirinya berilmu tinggi tentang halal dan haram, tetapi tidak berasa
apa-apa melanggar hukum alam pada pekerjaan dan kehidupannya sedangkan hukum
alam itu adalah Sunnatullah yang juga merupakan tuntutan Allah ke atas kita.
Justeru, sebelum Allah Subhanahu wa Ta’aala mengisytiharkan bahawa
manusia yang paling takut kepada-Nya adalah para Ulama, Allah Subhanahu wa Ta’aala
menjelaskan terlebih dahulu senario-senario yang tidak mungkin difahami kecuali
oleh manusia yang menjunjung Syariatullah bersama Sunnatullah.
وَإِن
يُكَذِّبُوكَ فَقَدْ كَذَّبَ الَّذِينَ مِن قَبْلِهِمْ جَاءَتْهُمْ رُسُلُهُم
بِالْبَيِّنَاتِ وَبِالزُّبُرِ وَبِالْكِتَابِ الْمُنِيرِ
Dan jika mereka
(yang kafir itu) mendustakanmu, (maka yang demikian itu tidaklah menjadi hal)
kerana sesungguhnya orang-orang yang terdahulu sebelum mereka telah juga
mendustakan (Rasul masing-masing), mereka telah didatangi Rasul-rasulNya dengan
membawa keterangan-keterangan (mukjizat) yang nyata dan Kitab-kitab (nasihat
pengajaran) serta Kitab-kitab (Syariat) yang terang jelas.
ثُمَّ أَخَذْتُ
الَّذِينَ كَفَرُوا ۖ فَكَيْفَ كَانَ نَكِيرِ
Kemudian Aku
timpakan orang-orang kafir itu dengan azab yang membinasakan, maka
perhatikanlah bagaimana buruknya akibat kemurkaanKu.
أَلَمْ تَرَ أَنَّ
اللَّهَ أَنزَلَ مِنَ السَّمَاءِ مَاءً فَأَخْرَجْنَا بِهِ ثَمَرَاتٍ مُّخْتَلِفًا
أَلْوَانُهَا ۚ وَمِنَ الْجِبَالِ جُدَدٌ بِيضٌ وَحُمْرٌ مُّخْتَلِفٌ أَلْوَانُهَا
وَغَرَابِيبُ سُودٌ
Tidakkah engkau
melihat bahawa Allah menurunkan hujan dari langit, lalu Kami keluarkan dengan
air hujan itu buah-buahan yang berlainan jenis dan rupanya; dan di antara
gunung-ganang pula ada yang mempunyai jalur-jalur serta lorong-lorong putih dan
merah, yang berlainan warnanya (tua dan muda) dan ada juga yang hitam legam;
وَمِنَ النَّاسِ
وَالدَّوَابِّ وَالْأَنْعَامِ مُخْتَلِفٌ أَلْوَانُهُ كَذَٰلِكَ ۗ إِنَّمَا
يَخْشَى اللَّهَ مِنْ عِبَادِهِ الْعُلَمَاءُ ۗ إِنَّ اللَّهَ عَزِيزٌ غَفُورٌ
Dan demikian pula
di antara manusia dan binatang-binatang yang melata serta binatang-binatang
ternak, ada yang berlainan jenis dan warnanya? Sesungguhnya yang menaruh
bimbang dan takut (melanggar perintah) Allah dari kalangan hamba-hambaNya
hanyalah orang-orang yang berilmu (Ulama). Sesungguhnya Allah Maha Kuasa, lagi
Maha Pengampun. [Faathir 35: 25-28]
Ya…
Keterangan itu menjelaskan bagaimana seluruh hidupan di alam ini patuh
kepada ketetapan-ketetapan Allah Subhanahu wa Ta’aala. Itulah cara mereka takut
dan khusyu’ kepada Allah, iaitu dengan menjalani kehidupan ini sesuai dengan
hukum alam iaitu hukum Allah ‘Azza wa Jalla yang Maha Esa. Jika seluruh makhluk
di alam ini hidup dengan kepatuhan yang sedemikian rupa, bagaimanakah pula dengan
manusia? Kemusnahan kaum-kaum yang engkar kepada perintah Allah (melanggar
Syaritullah) adalah hukum Allah ke atas manusia (Sunnatullah).
Mampukah dikatakan seseorang itu takutkan Allah, dan dia adalah seorang
yang Alim (Ulama), andai dia bersolat khusyu’, menjaga halal dan haram dalam
kehidupan tetapi dalam masa yang sama menentang hukum alam?
Dia Syariatik.
Tetapi dia tidak Saintifik.
Dengan ilmu Syariat, dilabelkannya manusia yang menolak Syariat sebagai
golongan sekular. Tetapi dalam masa yang sama dia menolak hukum Sains
(Sunnatullah) yang sebenarnya menjadikan dirinya juga sekular on the other side
of the same coin.
KESARJANAAN
ERA OTHMANIYYAH
Hal ini sangat ketara pada kaedah pembinaan tsaqafah (ilmu dan
pemikiran) seseorang untuk melayakkan dirinya dianggap sebagai Ulama’ di era
Othmaniyyah. Taskopruluzade Ahmet(1495 – 1561), seorang encyclopaedist
Othmaniyyah yang terkenal dengan kitabnya Shakaik al-Nu’maniya telah
menjelaskan klasifikasi ilmu seorang yang diiktiraf sebagai Alim Ulama.
Ilmu-ilmu yang perlu dikuasai adalah:
·
The calligraphic sciences: writing implements, styles of writing, etc
·
The oral sciences: the Arabic language amd phonetics, lexicography,
etymology, grammar and syntax, rhetoric, prosody, poetry, composition, history
and other literary sciences.
·
The intellectual sciences: logic and dialectics.
·
The Spiritual sciences:
·
The theoretical rational sciences: general theology, natural sciences,
mathematics.
·
The practical rational sciences: ethics, political sciences.
·
the theoretical religious sciences: the Quran and Sunnah, the sciences
devoted to their interpretation – Quranic exegesis, the study of prophetic
traditions, Islamic theology and the principles of Islamic law and
jurisprudence.
·
The practical religious sciences: practical ethics, etiquette, ihtisab,
and all subjects relating to Muslim life and worship.
The Ottoman Empire:
The Classical Age 1300 -1600 by Halil Inalcik (1997), page 165.
Inilah kriteria individu yang dikenali sebagai kelompok Sarjana atau
Ulama di era Othmaniyyah. Kriteria inilah yang diletakkan untuk kelayakan
seseorang itu mengisi jawatan mudarris, kadi, mufti dan seterusnya Sheikh
ul-Islam.
Kesimpulannya, seorang saintis yang menolak hukum Syariat bukan sarjana
dan bukan Ulama. Manakala seorang ustaz atau tuan guru yang menolak hukum Sains
juga bukan sarjana dan bukan Ulama. Kedua-duanya adalah kelompok songsang yang
tidak takut kepada Allah.
Dilihat dari
perspektif agama, mengundi dalam pilihan raya bukan sekadar hak, yang boleh
diterima dan boleh pula ditolak. Lebih daripada itu sebagaimana yang ditegaskan
oleh al-Shaykah Yusuf al-Qaradawiy, ia adalah kewajiban pelaksanaan kesaksian
(shahadah) yang tidak boleh ditolak apabila dipanggil,
“Dan janganlah saksi-saksi itu menolak apabila dipanggil” -- al-Baqarah:282. Tidak keluar mengundi bererti menyembunyikan kesaksian (katm al-shahadah), suatu kesalahan berat yang dicela dalam al-Qur’an, “Dan janganlah kamu menyembunyikan kesaksian, kerana barangsiapa menyembunyikannya, sungguh, hatinya kotor (berdosa)” --- al-Baqarah: 283.
Kesaksian dalam konteks pilihan raya bererti pernyataan sikap dan penilaian yang jujur terhadap kelayakan seseorang calon dan partinya, berdasarkan kriteria asas: qawiyyun amin (kuat dan dapat dipercaya) dan hafizun `alim (berintegriti moral dan berkompetensi intelektual).
Kerana itu yang harus layak bukan hanya calon dan parti, tetapi juga pengundi-pengundinya yang harus memenuhi syarat kesaksian yang terumus pada kata al-`adl (keadilan), “dan persaksikanlah dengan dua orang saksi yang adil di antara kamu” -- al-Talaq:2. Kesaksian adalah amanah. Mengundi parti atau calon yang tidak layak adalah penghkhianatan terhadap amanah yang menepati istilah qawla ‘zur (kesaksian palsu) dalam al-Qur’an.
Memberikan kesaksian palsu adalah dosa berat yang digandingkan dengan syirik sebagaimana yang firmankan oleh Allah s.w.t., “,maka jauhilah (penyembahan) berhala-berhala yang najis itu dan jauhilah perkataan dusta.” -- al-Hajj:30.
Ternyata mengundi dalam pilihan raya tidak hanya memerlukan kefahaman serba-serbi tentang demokrasi, tetapi juga kesedaran tanggungjawab moral. Justeru, kesaksian harus dilaksanakan dengan jujur, semata-mata kerana Allah, bukan kerana kepentingan diri, kaum kerabat dan suku-sakat, “dan hendaklah kamu tegakkan kesaksian itu kerana Allah.” --. al-Talaq:2.
Untuk memungkinkan rakyat melaksanakan tanggungjawab kesaksiannya dalam pilihan raya, mereka tidak boleh naïf -- tidak mengerti bahasa politik, tidak mampu memahami sepak teranjang serta simpang-siur politik, dan tidak dapat mengenal mana wajah asli dan mana wajah hiasan citra kosmetik.
Ranah politik memang banyak jebakan dan jerangkap samarnya, ada angguk yang bererti tidak, ada geleng yang bermakna ia, dan banyak sumpah yang mengandung fitnah.
Demokrasi hanya akan sihat dan subur di tengah rakyat yang sedar, cerdas, jujur dan enlightened. Demokrasi akan mati dalam oreintasi politik ke-fir`aun-an yang mengekalkan kekuasaan dengan strategi pembodohan rakyat, “(Dengan yang demikian) maka Fir`aun memperbodohkan kaumnya, lalu mereka mematuhinya; sesungguhnya mereka itu adalah kaum yang fasiq – derhaka” -- al-Zukhruf:54.
Rakyat yang telah lama diperbodoh tidak lagi mampu membezakan keadilan daripada kezaliman, mereka tidak tahu bahawa hak-hak asasinya dirampas, dan tidak sedar kekayaannya dirompak. Yang mereka tahu siapa yang memberikan wang adalah orang baik yang wajar disokong, tanpa menyedari bahawa si pemberi sebenarnya adalah penyamun yang telah merompak habis harta-bendanya.
Jadilah mereka rakyat yang senasib dengan kaum Nabi Hud `a.s. yang setia menyokong kezaliman, “…dan (mereka) menuruti perintah semua penguasa yang sewenang-wenang lagi durhaka.’ -- Hud:59; atau menjadi rakyat yang bodoh sombong seperti kaum Nabi Nuh `a.s., “…dan mereka mengikuti orang-orang yang harta dan anak-anaknya hanya menambah kerugian baginya.” -- Nuh:21.
“Dan janganlah saksi-saksi itu menolak apabila dipanggil” -- al-Baqarah:282. Tidak keluar mengundi bererti menyembunyikan kesaksian (katm al-shahadah), suatu kesalahan berat yang dicela dalam al-Qur’an, “Dan janganlah kamu menyembunyikan kesaksian, kerana barangsiapa menyembunyikannya, sungguh, hatinya kotor (berdosa)” --- al-Baqarah: 283.
Kesaksian dalam konteks pilihan raya bererti pernyataan sikap dan penilaian yang jujur terhadap kelayakan seseorang calon dan partinya, berdasarkan kriteria asas: qawiyyun amin (kuat dan dapat dipercaya) dan hafizun `alim (berintegriti moral dan berkompetensi intelektual).
Kerana itu yang harus layak bukan hanya calon dan parti, tetapi juga pengundi-pengundinya yang harus memenuhi syarat kesaksian yang terumus pada kata al-`adl (keadilan), “dan persaksikanlah dengan dua orang saksi yang adil di antara kamu” -- al-Talaq:2. Kesaksian adalah amanah. Mengundi parti atau calon yang tidak layak adalah penghkhianatan terhadap amanah yang menepati istilah qawla ‘zur (kesaksian palsu) dalam al-Qur’an.
Memberikan kesaksian palsu adalah dosa berat yang digandingkan dengan syirik sebagaimana yang firmankan oleh Allah s.w.t., “,maka jauhilah (penyembahan) berhala-berhala yang najis itu dan jauhilah perkataan dusta.” -- al-Hajj:30.
Ternyata mengundi dalam pilihan raya tidak hanya memerlukan kefahaman serba-serbi tentang demokrasi, tetapi juga kesedaran tanggungjawab moral. Justeru, kesaksian harus dilaksanakan dengan jujur, semata-mata kerana Allah, bukan kerana kepentingan diri, kaum kerabat dan suku-sakat, “dan hendaklah kamu tegakkan kesaksian itu kerana Allah.” --. al-Talaq:2.
Untuk memungkinkan rakyat melaksanakan tanggungjawab kesaksiannya dalam pilihan raya, mereka tidak boleh naïf -- tidak mengerti bahasa politik, tidak mampu memahami sepak teranjang serta simpang-siur politik, dan tidak dapat mengenal mana wajah asli dan mana wajah hiasan citra kosmetik.
Ranah politik memang banyak jebakan dan jerangkap samarnya, ada angguk yang bererti tidak, ada geleng yang bermakna ia, dan banyak sumpah yang mengandung fitnah.
Demokrasi hanya akan sihat dan subur di tengah rakyat yang sedar, cerdas, jujur dan enlightened. Demokrasi akan mati dalam oreintasi politik ke-fir`aun-an yang mengekalkan kekuasaan dengan strategi pembodohan rakyat, “(Dengan yang demikian) maka Fir`aun memperbodohkan kaumnya, lalu mereka mematuhinya; sesungguhnya mereka itu adalah kaum yang fasiq – derhaka” -- al-Zukhruf:54.
Rakyat yang telah lama diperbodoh tidak lagi mampu membezakan keadilan daripada kezaliman, mereka tidak tahu bahawa hak-hak asasinya dirampas, dan tidak sedar kekayaannya dirompak. Yang mereka tahu siapa yang memberikan wang adalah orang baik yang wajar disokong, tanpa menyedari bahawa si pemberi sebenarnya adalah penyamun yang telah merompak habis harta-bendanya.
Jadilah mereka rakyat yang senasib dengan kaum Nabi Hud `a.s. yang setia menyokong kezaliman, “…dan (mereka) menuruti perintah semua penguasa yang sewenang-wenang lagi durhaka.’ -- Hud:59; atau menjadi rakyat yang bodoh sombong seperti kaum Nabi Nuh `a.s., “…dan mereka mengikuti orang-orang yang harta dan anak-anaknya hanya menambah kerugian baginya.” -- Nuh:21.
Wednesday, 16 December 2015
AYAT AL QURAN YANG MENGANDUNGI JAMINAN ALLAH TERHADAP KEMENANGAN UMAT ISLAM
Dan
sesungguhnya telah tetap janji Kami kepada hamba-hamba Kami yang menjadi rasul,
[171]. (yaitu) sesungguhnya mereka itulah yang pasti mendapat
pertolongan,[172]. Dan sesungguhnya tentara Kami itulah yang pasti
menang,[173]. Maka berpalinglah kamu (Muhammad) dari mereka sampai suatu
ketika,[174]. Dan lihatlah mereka, maka kelak mereka akan melihat (azab
itu),[175]. Maka apakah mereka meminta supaya siksa Kami disegerakan,[176].
Maka apabila siksaan itu turun di halaman mereka, maka amat buruklah pagi hari
yang dialami oleh orang-orang yang diperingatkan itu”.[177]
(Q,.s.ash-Shaffât/37: 171-177)
Golongan itu
pasti akan dikalahkan dan mereka akan mundur ke belakang. (Q,.s.al-Qamar/54:45)
Suatu tentara
yang besar yang berada di sana dari golongan-golongan yang berserikat, pasti
akan dikalahkan. (Q,.s.Shâd/38:11)
Dan
orang-orang yang berhijrah karena Allah sesudah mereka dianiaya, pasti Kami
akan memberikan tempat yang bagus kepada mereka di dunia.Dan sesungguhnya pahala di akhirat adalah lebih
besar, kalau mereka mengetahui, (Q,.s.an-Nahl/16:41)
REFLEKSI TENTANG DRAMA MELAYU
SITI ZAINAB BINTI ABAS
2015429108
Filem yang saya kaji ialah ‘BOHSIA’ .
Didalam cerita ini menunjukkan pergaulan lelaki dan perempuan yang lansung
tiada batasan .Hal ini amat bertentangan dengan adab tamadun melayu yang dibawa
oleh datuk moyang kita terutamanya apabila lahirnya kemuculan agama islam .Sebenarnya tamadun
melayu adalah tamadun yang amat menjaga pergaulan antara mereka yang buakn
mahram. Mereka juga terkenal dengan adab sopan santun yang tinggi termasuklah
dari segi tutur kata yang penuh lemah lembut.
SARAH AMIRAH BINTI ADNAN
SEDUTAN CEREKERAMA “RENDANG UNTUK MERTUA”
Cerekarama ini mengisahkan tentang sepasang
suami isteri di mana ibu lelaki tersebut tidak merestui perkahwinan mereka lalu
bersikap kejam terhadap menantunya hanya
kerana si isteri seorang anak yatim piatu dan berasal dari keluarga miskin
berbeza dengan menantu-menanunya yang lain yang berasal dari keluarga yang
kaya-raya. Hal ini bertentangan dengan nilai Melayu sebenar. Sepatutnya, ibu
mertua ini tidak sepatutnya mengejar menantu yang berasal dari keluarga yang
kaya- raya. Walhal, ibu mertua ini sudah sepatutnya menerima si isteri kerana
agamanya, akhlaknya dan rupanya baik dan sudah memadai untuk dijadikan
sebahagian dari kelurga mereka. Babak yang ingin diketengahkan dalam kisah ini
adalah babak di mana ibu mertua terebut mengajak anak lelakinya, Ezani dan
isteri, Fasha untuk tinggal bersama di rumah ayah dan ibu lelaki tersebut
memandangkan mereka sudah uzur dan memerlukan penjagaan yang rapi. Walaupun
Fasha menjaga mereka dengan baik sekali, namun itu tetap tidak membuatkan ibu
mertuanya brubah fikiran dan tidak menerima Fasha seadanya. Setiap kali Fasha
menyediakan makanan untuk mereka, si ibu mertua pasti akan mengutuk dan mencaci
makanan yang Fasha sediakan serta mengungkit bahawa Fasha anak miskin dan tidak
layak menjadi menantu keluarga mereka. Dengan panggilan yang kasar, mimik muka
yang jijik, memcampakkan semula makanan ke muka Fasha ketka dia ingin
menyuapkan makanan, sudah pasti ibu mertua ini tidak menunujkkan nilai Melayu
yang sebenar. Ke mana perginya adab sopan santun dan adab melayan tetamu yang
seharusnya diterapkan ? Namun, di sebalik layanan buruk ibu mertuanya, Fasha
sebaliknya tetap sabar dan terus melayan mereka dengan baik sekali. Fasha
sentiasa memastikan segala kelengkapan mencukupi dan tidak pernah bercakap
kasar ataupun menentang kata-kata ibu mertuanya. Hal ini adalah kerana Fasha
sedar akan tanggungjawabnya sebagai menantu dan dia menyayangi ibu bapa Ezani
seperti ibu bapanya sendiri. Dengan tutur kata yang sopan, mimik muka yang baik
serta gerak tubuh yang ikhlas melayan ibu bapa mertuanya membuktikan Fasha
masih mengekalkan nilai-nilai seorang bangsa Melayu yang sebenar.
NUR HAZIQAH ‘IFFAH BINTI RUSLI-2015666714
Pada zaman yang serba moden ini , kemajuan
yang ada di negara kita membawa orang melayu kearah yang lebih moden ,
bermotivasi , berkeyakinan tinggi , serta diterapkan nilai-nilai yang seiring
dengan kemajuan yang sedia ada di negara kita , jadi , adakah nilai-nilai atau
sikap orang melayu masih ada sifat kemelayuan dalam diri atau telah dipengaruhi
oleh anasir-anasir luar seperti kuasa-kuasa barat yang ingin merosakkan akal
fikiran serta keimanan orang melayu , yang semestinya adalah beragama islam .
Mengikut drama melayu yang sekarang
ditayangkan di televisyen yang ditonton oleh semua generasi seperti contoh
drama “Dia Isteri Luar Biasa” yang dilakonkan oleh Nur Fathia dan Shukri
Yahaya. Drama ini menontonkan tentang seorang perempuan yang inginkan seorang
anak tetapi tidak inginkan seorang suami kerana masa lampaunya yang perit
akibat perbuatan kejam ayahnya kepada ibunya . Pengarah drama ini
mengetengahkan drama ini dalam pengajaran yang baik serta ada juga keburukannya
, seperti , apa yang saya perhatikan di dalam drama tersebut ,kebaikan yang
saya dapat perolehi ialah , setiap perempuan perlukan seorang pembimbing serta
imam kepada mereka untuk mengecapi serta mendapat keredaan Allah S.W.T. Selain
itu , kesabaran seorang suami dalam melayani kerenah isterinya yang sedang
mengandungkan anaknya .
Pengajaran yang saya dapati di dalam drama
ini yang perlu kite elakkan ialah ,di dalam drama ini, terdapat adegan di mana
terdapat watak seorang perempuan terkinja-kinja mengejar suami orang , walhal
dia sedar akan status lelaki itu, dan realitinya , perkara ini berlaku di dalam
masyarakat kita. Selain itu , di dalam drama ini juga banyak menggunakan bahasa
rojak dan Inggeris sedangkan kita , sebagai orang melayu perlulah memartabatkan bahasa kita dan
ditekankan di dalam drama melayu , kerana pada zaman dahulu, bahasa melayu
adalah bahasa lingua franca di Alam Melayu ,oleh itu , banggalah dengan bahasa
kita.Walaubagaimanapun, umum mengetahui bahawa realitinya , pelakon yang
melakonkan drama ini , tidak mempunyai sebarang ikatan perkahwinan , jadi ,
apabila adegan seperti , berpegangan tangan , berpelukan dilakonkan ini
menunjukkan nilai yang tidak baik kerana kita sebagai orang islam , haram
memegang atau menyentuh orang selain ajnabi kita.
Akhir sekali , apa yang saya dapat simpulkan
di sini ialah nilai melayu pada zaman sekarang masih kekal , tetapi semakin
lenyap di dalam generasi sekarang ,seperti percakapan yang kurang sopan apabila
dengan orang yang lebih tua , serta pergaulan bebas antara lelaki dan perempuan
, jadi , apa yang saya boleh cadangkan adalah pada generasi yang akan datang ,
kita sebagai masyarakat melayu hendaklah menunjukkan nilai-nilai yang baik kerana apa yang terjadi kepada mereka adalah
hasil daripada apa yang mereka perhatikan di sekeliling mereka.
NURUL
SYAHIRAH ASMAA BINTI MOHD ZAIN
2015664182
Berdasarkan
filem yang saya tonton, filem ‘Suamiku jatuh dari langit’, menunjukkan bahawa
masyarakat melayu sekarang percaya akan perkara tahyul. File mini juga
menunjukkan sifat putus asa orang Melayu tanpa sebarang usaha atau tindakan.
Dari sudut posituf, file mini menunjukkan bahawa setiap manusia itu diberi
peluang untuk berubah ke arah yang lebih baik bergantung kepada kehendak
masing-masing.
2015663856
REFLEKSI
DRAMA HATI PEREMPUAN
Berdasarkan drama Hati Perempuan, saya
dapat lihat kurangnya nilai kemelayuan pada zaman sekarang yang mana dapat kita
lihat dalam watak Yuhanis lakonan Mia
Ahmad. Salah satu babak Yuhanis yang menunjukkan kurangnya nilai kemelayuan
ialah ketika suaminya iaitu Tengku Zaril atau dikenali sebagai KuRil lakonan
Syarul Ridzwan mengajak untuk berbincang atau menerangkan kebenaran, Yuhanis
berperangai kurang sopan dan melawan kata suaminya tanpa berfikir dengan
rasional kerana fitnah disebarkan daripada KuLin. Yuhanis suka membuat
keputusan sendiri tanpa berbincang sebelum membuat sendiri. Yuhanis juga keluar
dengan Nizam iaitu rakan sekerjanya tanpa kebenaran suaminya. Tengku Zaril terasa
hati kerana Yuhanis tidak pernah memberi layanan yang baik kepadanya kecuali
Yuhanis inginkan seuatu dengannya. Kita sebagai orang melayu terutamanya isteri
perlu menghormati suami sebagai ketua keluarga dan melayan mereka dengan sebaik
mungkin.
Pelakon Bella
Nazari melakonkan sebagai Tengku Amalin atau dikenali sebagai KuLin jelas
menunjukkan nilai kemelayuan yang semakin terhakis pada zaman serba moden ni.
Yuhanis lebih suka membuat keputusan sendiri tanpa memikirkan perasaan KuRil.
Watak KuLin ini banyak membawa budaya barat. Contohnya kebanyakan babak watak
KuLin memakai pakaian yang seksi. KuLin memeluk KuRil seperti budaya barat di
khalayak ramai. KuLin juga pernah mewarnakan rambutnya kepada perang ntuk
memulakan hidup baru. Disini kita dapat lihat tiadanya sifat wanita melayu yang
malu untuk berbuat perkara yang kurang senonoh di khayalak ramai dan wanita
melayu hendaklah berpakaian sopan dan tidak keterlaluan dalam menghias diri.
Adik kepada
KuRil iaitu Tengku Zaqif sangat tidak menghormati dan sering mengendahkan abangnya kerana hubungan yang kurang rapat
dengan abangnya dan juga mengamalkan budaya barat seperti KuLin kerana dia
pernah tinggal di luar Negara dalam masa yang lama. Tengku Zaqif sangat suka
berfoya- foya dengan wanita walaupun sering dinasihati oleh KuRil, abangnya.
Disebabkan terlalu banyak terpengaruh dengan budaya barat kurangnya nilai
melayu yang perlu dipratikkan oleh Tengku Zaqif iaitu kita hendaklah
berlemah-lembut dan menghormati dengan orang yang lebih tua daripada kita. Contohnya,
dengan bersalam dengan mereka supaya dapat mewujudkan silaturahim.
Umairah, kakak
Yuhanis menghubungi Yuhanis memberitahu maknya sakit. Umairah mendesak agar
Yuhanis balik ke kampung melihat keadaan maknya. Hubungan antara Yuhanis dan
maknya kurang rapat kerana perselisihan antara mereka. Sejak kejadian itu,
Yuhanis kurang melawat maknya di kampung. Disini nilai melayu yang tiada nilai
berbuat baik kepada ibubapa yang menjaga kita daripada kecil. Orang melayu
sangat menekankan hubungan yang baik antara ibubapa. Sebagai anak, kita perlu
membalas jasa mereka dengan berbuat baik dengan mereka yang tanpa lelah melayan
karenah kita sebagai anak. Dengan berbuat baik kepada mereka, mereka berasa
gembira. Contohnya dengan melawat mereka di kampung. Disebabkan ini, orang
melayu sangat menekankan kita berbuat baik kepada ibu bapa.
Saturday, 5 December 2015
REFLEKSI INDIVIDU MINGGU 10 TAMADUN MELAYU(19.11.2015)
SARAH AMIRAH BINTI ADNAN
2015428556
Apa yang saya belajar minggu ini ialah tamadun melayu kita
boleh dibanggakan kerana bahasa kita sebagai lingua franca, ekonomi, sikap
pemerintah dan nilai- nilai murni yang ada. Contohnya hikayat raja Pasai alam
Melayu yang bermimpi berjumpa dengan nabi. Disebabkan peristiwa ini, Raja Pasai
memeluk Islam dan kemudian seluruh rakyat turut memeluk Islam. Ini jelas
menunjukkan nilai-nilai murni yang diamalkan oleh orang melayu terdahulu. Saya
mendapati institusi kesultanan sangat peting kerana jika tiadanya institusi ini
, orang Melayu sekarang ini berkemungkinan tiada tempat untuk mereka samada di
kerajaan atau swasta atau mereka mungkin tidak dapat ajaran Islam yang betul.
Saya juga dapat mempelajari jangan kita sesekali meremehkan hadis dari ulama
terdahulu kerana sesungguhnya ilmu kita tidak setinggi ulama terdahulu. Oleh
itu jangan sesekali riak dan sombong dengan mengatakan ulama tersebut tidak
penting.
SITI ZAINAB BINTI ABAS
2015429108 (19/11/2015)
Refleksi saya pada minggu ini ialah tamadun melayu ialah
tamadun yang hebat dan sejahtera. Sejahtera kerana islam telah datang denagn
aman tanpa peperangan dan kisah yang paling menarik ialah kisah mimpi berjumpa
nabi Muhammad .Kesimpulannya kita sebenarnya harus bangga dengan banggsa melayu
dan jangan terpengaruh dengan barat kerana sebenarnye mereka takut akan bangsa
kita kerana islam itu sampai secara langsung kepada bangsa kita dan denagn itu mereka cuba melemahkan kita
dengan kemajuan yang ada.
NUR
HAZIQAH ‘IFFAH BINTI RUSLI-2015666714
1.Kita perlu
menghormati pantang orang tua dari moyang kita kerana kebanyakan pantang serta
petua datang daripada ulama-ulama yang terdahulu seperti imam ghazali. Selain
itu , jangan riak atau sombong dengan ulama-ulama terdahulu kerana mereka lebih
mempunyai ilmu yang meluas.
2.Apa yang
saya dapat waktu pembelajaran adalah kita hendaklah bersyukur dengan kedatangan
islam kepada tamadun melayu , kerana , jika tiada kedatangan islam ke tamadun
melayu , kita mungkin tidak akan mengenali islam dan dapt menghayatinya serta
dpat beribadah kepada Allah s.w.t.
3.Selain itu
, apa yang saya pelajari ialah bukti kedatangan islam lebih menunjukkan
kedatangan islam datang dari tanah arab ke tamadun melayu , jadi kita beruntung
kerana mendapat mengenali agama islam yang ‘pure’ daripada tanah arab.
4.Saya mempelajari
banyak perkara yang boleh menyebabkan saya bangga menjadi orang melayu kerana
waktu zaman dahulu , melayu adalah bangsa yang maju , seperti contoh pada zaman
kegemilangan Melaka.
5.Saya dapat
mengetahui bahawa kedatangan islam datang ke tamadun melayu tanpa peperangan.
Kedatangan ulama daripada tanah arab untuk menyebarkan dakwah disambut baik dan
islam diterima serta dianuti oleh raja-raja Melayu dan rakyat melayu.
NURUL SYAHIRAH
ASMAA BINTI MOHD ZAIN
2015664182
Apayang saya
pelajari hari ini ialah kita janganlah menolak mentah mentah segala ajaran yang
diamalkan oleh tok guru serta nenek moyang kita dahulu. Hal ini kerana
menunjukkan kesombongan dan keangkuhan manusia akhir zaman ini. Manusia akhir
zaman sekarang gemar mengabaikan ajaran tok tok guru mereka sedangkan merekalah
yang menyambungkan segala ajaran daripada zaman Rasulullah lagi. Kedua, kita
sebagai orang melayu hendaklah berbangga dengan bangsa kita. Hal ini kerana,
Rasulullah SAW sendiri telah memberi perhatian kepada kaum Melayu seperti yang
dihikayatkan mengenai Merah Silu.
REFLEKSI INDIVIDU MINGGU 9 SUMBANGAN TAMADUN ISLAM KEPADA PERADABAN DUNIA(5.11.2015)
SARAH AMIRAH BINTI ADNAN
2015428556
Refleksi saya pada minggu ini melalui pembelajaran mengenai
sumbangan tamadun Islam, saya sebagai umat Islam bertambah kagum akan pemimpin
ummah, Nabi Muhammad saw. Pada saya, sumbangan terbesar tamadun Islam terhadap
dunia semestinya Piagam Madinah. Hal ini menunjukkan kebijaksanaan dan
pemikiran jauh yang diamalkan banginda. Piagam Madinah merupakan perlembagaan
bertulis pertama dalam sejarah. Berbeza dengan sebelum ini, segala perlembagaan
mahupun peraturan hanyalah melalui percakapan bukan melalui catatan. Oleh itu,
Nabi bertindak bijak dengan melaksanakan Piagam Madinah. Selain itu, piagam ini
ditulis berdasarkan wahyu dari Allah SWT. Jadi, piagam ini menjadi bukti secara
tidak langsung mengenai suruhan Allah yang wajib dipatuhi hamba-hambaNya. Di samping
itu, piagam ini mengandungi perkara-perkara yang menyebelahi semua pihak
termasuklah bangsa Yahudi pada zaman tersebut. Justeru, dengan adanya PIagam
Madinah, masayarakat majmuk akhirnya boleh hidup bersatu dan sejahtera tanpa
pergaduhan.
SITI ZAINAB BINTI ABAS
2015429108 ( 5/11/15)
Refleksi saya pada minggu ini ialah saya
dapat belajar untuk bersangka baik
terhahadap sesuaatu yg kita lihat , dengar dan rasa . Hal ini kerana kita tidak
berada di situasi tersebut untuk kite terus menuduh atau mengganggap seseorang
itu jahat , sombong ,angkuh dan sebangainya. CONTOHNYA , dalam sejarah islam
sendiri iaitu kisah khalifah uthman yang
memilih ahli kerabat sendiri untuk memengang jawatan yang tinggi dalam
pentadbirannya telah menyebabkan beliau
dipandang rendah . Pengajaran dalam kisah ini ialah kita tidak tahu mungkin
sebenarnya beliau telah membuat ujian dan ternyata memang saudaranya itu
memangg paling layak .
NUR HAZIQAH ‘IFFAH BINTI RUSLI-2015666714
Apa
yang saya pelajari ialah setiap ibu bapa inginkan anak mereka berjaya di dunia
serta akhirat dan supaya dapat menjadi seperti tokoh-tokoh islam seperti contoh
ibnu sina , jadi , ibu bapa perlu memainkan peranan penting dalam mendidik dan
menerapkan pelbagai ilmu ,tidak kira sama ada dari segi akademik , kokurikulum
atau agama, kepada anak-anak dari kecil kerana melentur buluh biarlah daripada
rebungnya.
2.Selain
itu , saya dapat mengetahui bahawa dengan belajar pelbagai bahasa dapat
memudahkan kita untuk memahami sesuatu serta dapat lebih mendalami sesuatu ilmu
yang terdapat di negara-negara lain dan juga , kita , sebagai umat islam
hendaklah menyebarkan dakwah islam kepada orang. Oleh itu , bahasa memainkan
peranan penting supaya dakwah dapat disebarkan dengan lebih berkesan kerana
islam dapat disebarkan kepada bangsa-bangsa lain.
3.Sebagai
umat islam yang ingin mencapai kemajuan tamadun , umat islam itu sendiri yang
patut mencemerlangkan diri mereka sendiri di dalam setiap bidang yang mereka
ceburi supaya kita umat islam dapat melawan kemajuan barat yang sedia ada pada
zaman sekarang serta kita dapat mengelakkan daripada ditindas oleh kuasa barat
yang ingin memusnahkan kemajuan islam.
4.Kita
perlu bersangka baik dengan semua orang kerana apabila kita bersangka baik , di
dalam diri kita hanya ada pemikiran yang positif , serta tiada sikap ragu-ragu
kepada sahabat dan ini menunjukkan adab bersahabat kerana kita bersangka baik
kepada sahabat , hal ini ,dapat mengelakkan rasa tidak puas hati antara sesama
sendiri.
5.Saya
juga dapat mengetahui bahawa kita boleh memberi sedekah kepada orang zalim
dengan menghentikan kezaliman orang yang zalim , kerana apabila kita membalas
kezaliman seseorang dengan kezaliman juga , kita , juga menjadi seorang yang
zalim . Oleh itu , kita perlu saling bantu-membantu dalam menamatkan kezaliman
yang berlaku dengan secara berhemah dan tidak tergopoh-gapah.
NURUL
SYAHIRAH ASMAA BINTI MOHD ZAIN
2015664182
Apa
yang saya pelajari daripada pembelajaran hari ini ialah kita haruslah bersangka
baik terhadap makhluk Allah yang lain. Hal ini kerana dengan berfikiran
positif, kita dapat mengurangkan sifat sifat buruk serta tiada syak wasangka sesama
makhluk sekaligus dapt mengeratkan hubungan sesama makhluk.
2015663856
Minggu ini saya belajar bahawa cara untuk tunjukkan kasih sayang
kita pada orang zalim iaitu dengan menghentikan kezaliman seseorang itu. Saya
bersetuju dengan cara ini kerana jikalau kita membalas perbuatan beliau semakin
tercabar dan marah dan sudah tentu beliau ingin membalas balik. Perkara ini
boleh menyebabkan banyak pihak yang tersinggung atau terkena bahananya. Saya
juga mempelajari untuk menjadi umat yang cemerlang, kita kena mempunyai sifat
ingin tahu dalam diri, mempunyai pendidikan agama, beradat, bina keyakinan
diri, tanam sifat kasih sayang, tidak kisah dengan materialistic, handal dalam
sukan, mempunyai sifat spiritual yang kuat dan menguasai banyak bahasa. Saya
akan berusaha untuk menjadi menjadi umat yang cemerlang.
REFLEKSI INDIVIDU MINGGU 8 KONSEP TAMADUN ISLAM(15.10.2015)
NURUL SYAHIRAH ASMAA BINTI MOHD ZAIN
2015664182
Apa yang saya belajar hari ini ialah kita
sebagai orang Islam seharusnya menjadi pakar dan cemerlang dalam setiap bidang
yang diceburi atau perkara yang dilakukan. Hal ini kerana, kita dapat memajukan
dan membantu umat Islam yang lain dengan berkongsi kemahiran dan ilmu yang kita
ada. Untuk mencapai tahap itu, kita haruslah menanam sifat ingin tahu dan
cintakan ilmu pengetahuan agar segala proses menimba ilmu itu dimudahkan dan
dirahmati Allah.
NUR HAZIQAH ‘IFFAH BINTI RUSLI-2015666714
1. Jika hendak menjaga hubungan kita dengan
Allah , kita hendaklah sentiasa yakin dan bersangka baik dengan Allah s.w.t
kerana Dia yang berkuasa ke atas setiap makhluk-Nya.
2
.Selain itu , mengikut pendapat saya , jika tatasusila kita makin halus dengan
Allah , dengan sendirinya tatasusila dengan manusia juga semakin halus.
3.
Tamadun islam itu universal , seperti yang kita dapat lihat , tamadun islam
bukan sahaja bagi orang arab , tetapi juga orang cina,melayu,india dan
lain-lain lagi . Seperti contoh , tamadun melayu juga mempunyai tamadun islam
yang diterapkan dalam setiap aspek kehidupan pada tamadun melayu pada zaman
dahulu.
4.
Asas-asas tamadun islam iaitu akidah , akhlak , syariah , dan ilmu. Apa yang
dapat saya simpulkan dari asas-asas tamadun ini , ilmu perlu seiring dengan
asas-asas tersebut . Ilmu amat penting , seperti ilmu tauhid , yang menekankan
keesaan dan kekuasaan Allah s.w.t. dan ilmu ini wajib bagi umat islam bagi
menjadi hamba Allah yang beriman.
5.
Perkara yang saya dapat tahu adalah apabila kita menyedari bahawa kita semakin
jauh dengan Allah , itu juga menunjukkan hidayah yang diberikan oleh Allah
s.w.t. supaya kita sedar akan kealapaan kita dan bertaubat kepadan-Nya dan
tidak akan melakukan maksiat serta mengingkari arahan-Nya.
SITI SYAHIRAH BINTI HUSIN
2015663856
Apa yang saya belajar pada minggu ini ialah wujudnya Negara
islam yang kaya dan miskin, ini jelas menunjukkan tiada penyatuan antara negara
islam. Apa yang saya faham, islam mengajar kita bersatu padu dalam semua
perkara. Jelas pada zaman serba moden ini, orang Islam sekarang tidak
mengamalkan ajaran Islam seperti pada zaman Rasulullah SAW, Muhajirin dan Ansar
membantu satu sama lain apabila mereka dalam kesusahan. Sepatutnya Negara yang
kaya seperti UAE menolong Negara yang miskin seperti Bangladesh dari pelbagai
segi terutamanya dari segi kewangan. Negara yang miskin amat memerlukan
kewangan bagi menampung kehidupan rakyat dan untuk membangunkan ekonomi mereka.
Kesimpulannya, sebagai orang islam, kita hendaklah bersatu padu dan
tolong-menolong antara satu sama lain supaya tidak mudah ditindas. Bak kata
pepatah, bersatu teguh bercerai roboh.
SITI ZAINAB BINTI ABAS
2015429108
Refleksi saya pada mingu ini ialah saya
dapat belajar tentang berapa indahnya tamadun islam , tidak kira samada dari
segi penubuhannya atau pemerintahnya ,
bagi saya semuanya adalah indah dan sempurna .Hal ini kerana konsep pembinaan tamadun islam itu sendiri datang dari Allah tuhan sekelian alam.
Perkara paling penting saya dapat
belajar ialah sebenarnya tamadun islam itu sangat maju , bahkan segala ilmu
dapat diteroka oleh ilmuan tamadun islam tetapi kita menganggap bahawa segala
ilmu datang dari barat. Hal ini amat memberi kesan yang mendalam dalam diri ,
hati dan sanubari saya kerana ia memberi
saya inspirasi bahawa umat islam boleh maju kehadapan lebih dari barat
bahkan jauh lebih maju dari barat kerana kita mempunyai kitab yang sangat kuat
iaitu al-Quran.
SARAH AMIRAH BINTI ADNAN
2015428556
Melalui pembelajaran pada minggu ini berkenaan dengan
tamadun Islam, terdapat beberapa perkara yang dapat saya pelajari. Antaranya
adalah, dalam merealisasaikan tamadun berteraskan Islam, kita hendaklah
terlebih dahulu mempunyai hubungan baik dengan Allah SWT, menjaga hubungan yang
baik sesama manusia dan hubungan baik dengan seisi alam. Maksud konteks seisi
alam ini merujuk kepada alam sekitar khususnya. Tanpa mempunyai dasar-dasar
asas seperti ini, masakan kita dapat membina tamadun Islam yang gemilang?
Justeru ,kita dijadikan Allah sebagai khalifah di bumi ini hendaklah menjaga
hubungan baik sesame manusia dengan mengamalkan kewajipan amar makruf, nahi
mungkar iaitu mengajak ke arah kebaikan
di samping mencegah kemungkaran. Dengan terpeliharanya akhlak
masyarakat, barulah kita dapat membina tamadun Islam. Selain itu, saya dapat
sedari akan hakikat bahawa Islam sememangnya sebuah agama yang cukup sempurna. Hal
ini adalah kerana salah satu sifat Islam ialah ketuhanan. Hal ini selari dengan
fitrah manusia yang mempercayai bahawa alam ini bukanlah wujud sejak azali
namun dicipta oleh suatu kuasa yang jauh lebih hebat. Dalam konteks ini, ia
merujuk kepada Allah SWT. Sesungguhnya, kita amatlah kerdil jika dibandingkan
dengan kekuasaan Allah SWT. Di samping itu, Islam juga bersifat tetap dan tidak
berubah, terbuka, sempurna dan seimbang serta sepanjang zaman.
Subscribe to:
Posts (Atom)