• Surah
Al-Ankabut ayat 38 yang bermaksud: “Dan (ingatkanlah peristiwa kebinasaan) ‘Ad
(kaum Nabi Hud) dan Thamud (kaum Nabi Soleh); dan telahpun ternyata kepada kamu
sebahagian dari bekas-bekas tempat kediaman mereka; dan (kebinasaan mereka yang
demikian ialah disebabkan) Syaitan memperelokkan pada pandangan mereka:
amal-amal mereka (yang jahat itu), lalu ia menghalangi mereka dari jalan Allah;
padahal mereka orang-orang yang bijak pandai dan berakal (yang dapat membezakan
yang benar dan yang salah).”
• Surah
Al-Haj ayat 45: “Maka bukan sedikit negeri-negeri yang Kami binasakan dengan
sebab kezaliman penduduknya, lalu runtuh ranaplah bangunan-bangunannya; dan
bukan sedikit pula telaga yang telah terbiar, dan istana yang tersergam (telah
kosong dan ditinggalkan).
• Surah
Al-Isra’ ayat 16-17 yang bermaksud: ”Dan apabila sampai tempoh Kami hendak
membinasakan penduduk sesebuah negeri, Kami perintahkan (lebih dahulu)
orang-orang yang melampau dengan kemewahan di antara mereka (supaya taat), lalu
mereka menderhaka dan melakukan maksiat padanya; maka berhaklah negeri itu
dibinasakan, lalu Kami menghancurkannya sehancur-hancurnya. Dan berapa banyak
umat-umat yang Kami telah binasakan sesudah zaman Nabi Nuh; dan cukuplah
Tuhanmu (Wahai Muhammad) mengetahui lagi melihat akan dosa-dosa hambaNya.
• “Dan
berkata Fir’aun: ‘Hai pembesar kaumku, aku tidak mengetahui Tuhan bagimu selain
aku. Maka bakarlah Hai Haman untukku TANAH LIAT kemudian buatkanlah untukku
bangunan yang tinggi supaya aku dapat naik melihat Tuhan Musa, dan sesungguhnya
aku benar-benar yakin bahawa Dia dari orang-orang pendusta.” (Al-Qasas: 38)
No comments:
Post a Comment