TAMADUN ISLAM dan TAMADUN ASIA (TITAS)
Diharapkan blog ini dapat membantu anda semua dalam proses mencari maklumat dan agar kami sentiasa mendapat ganjaran daripada blog ini. Ilmu yang baik harus dikongsi. Bukan begitu?
Tuesday, 22 December 2015
Sunday, 20 December 2015
REFLEKSI INDIVIDU MINGGU 13 TAMADUN INDIA(10.12.2015)
SITI ZAINAB BINTI ABAS
2015429108
TAMADUN INDIA
Refleksi saya tentang tamadun india adalah
ia dapat membuktikan bahawa islam adalah agama yang penuh dengan keadilan. Pada
zaman veda akhir ,tugas kaum wanita
hanya tertumpu kepada akvititi rumah tangga sahaja dan mereka akan dibakar bersama mayat suami
mereka . Selepas kedatangan islam kedudukan kaum wantita kembali diangkat . Hal
ini menyedarkan saya bahawa islam sebenarnya adalah agama yang adil .Jika
seseorang islam itu tidak berlaku adil seperti di dalam pemerintahan ,kita
tidak boleh terus menyalahkan islam , bahkan sebenarnya dialah yang tidak
mendalami islam itu dengan sempurna.
NURUL SYAHIRAH ASMAA BINTI MOHD ZAIN
2015664182
Apa yang saya belajar daripada pembelajaran
Tamadun India ini ialah dengan mengamalkan Islam, sesebuah tamadun itu mampu
aman dan harmoni. Ini adalah kerana Islam mengajar banyak nilai nilai murni
yang boleh diamalkan dalam hidup yang membawa kepada persepakatan dan keharmonian.
Sebagai seorang Islam, kita seharusnya menunjukkan nilai nilai baik yang diajar
agar saudara bukan Islam yang lain tidak salah faham serta membenci kepada
agama Islam. Justeru, mereka yang tidak beragama Islam ini akan mencintai dan
mungkin akan menyertai agama Rasulullah yang suci ini.
SITI SYAHIRAH BINTI HUSIN
2015663856
Saya mendapati tamadun india jelas memberi
pengaruh di Malaysia. Perkara ini dapat dilihat pada pembinaan masjid Kapitan
Keling di Pulau Pinang yang jelas menunjukkan penyebaran agama Islam terhadap
masyarakat India. Pengaruh india telah banyak meresap dalam adat dan budaya
kaum melayu.Pengaruh ini paling ketara dalam adat resam melayu yang membabitkan
perkahwinan dan kehamilan. Amalan-amalan seperti wanita hamil membawa pisau bagi
melindunginya daripada semangat jahat pada prinsipnya mempunyai persamaan
dengan amalan orang Hindu melindungi diri daripada sihir dan hantu-hantu yang
jahat. Di samping itu pengaruh India dalam hiburan dapat dilihat melalui tarian
dan muzik yang masih wujud dalam masyarakat Melayu antaranya ronggeng, boria,
wayang kulit dan mak yong.
Sarah Amirah Binti Adnan
2015428556
Melalui pembelajaran pada minggu ini
mengenai Tamadun India, terdaat banyak perkara yang dapat saya kaji. Antaranya
adalah sumbangan pemimpin yang disegani ramai iaitu Mahatma Gandhi. Beliau
belajar undang-undang di England dan pergi ke Afrika Selatan sebagai peguam
kepada seorang pedagang Islam Gujerat. Beliau melihat diskriminasi perkauman di
situ lalu menetap di situ bagi memperjuangkan hak asasi orang India. Sumbagan
terbesar beliau adalah pada 1920 apabila beliau mengisytiharkan swaraj
(pemerintahan sendiri) dan kemudian menjalankan beberaa kempen satyagraha
sehingga mencapai kemerdekaan India pada tahun 1947. Dari sini, kita dapat
lihat betapa besar kesungguhan beliau dalam mengejar kemerdekaan India. Di
sampng itu, kita dapat mencontohi cara beliau yang memperkenalkan definisi baru
bagi kuasa, iaitu kepimpinan tanpa pejabat dan autoriti tanpa paksa. Selain
itu, kita hendaklah menghargai jasa mereka yang telah secara tidak langsung
membawa ajaran Islam ke negara kita seperti Jemaah Tabligh yang diasaskan oleh
Maulana Muhammad Ilyas dan Darul Uloom Deoband iaitu madrasah yang terawal di
seluruh India malahan boleh dikategorikan salah satu madrasah yang tertua di
seluruh dunia. Kedua-dua pergerakan ini
bertujuan untuk mengajak manusia supaya mentauhidkan dan membesarkan Allah SWT
dengan mengembangkan ajaran dn amalan Islam dalam kalangan umat Islam ,
merealisasikan amalan-amalan trsebut dalam kehidupan serta menghidupkan
pendekatan dakwah Rasullulah SAW dan para sahabat.
NUR HAZIQAH ‘IFFAH BINTI RUSLI(2015666714)
1.Apa
yang saya pelajari ialah tamadun india telah lama berkembang dan bermula dengan
kemasukan tamadun lembangan sungai,iaitu, Mohenjo-Darro dan Harappa yang boleh
dapat dilihat melalui ciri-ciri peradaban dan jangka hayat.
2.Saya
dapat mengetahui bahawa peradaban Lembah Indus mempunyai sistem perancangan
bandar yang maju yang sangat sistematik serta mencapai pembinaan yang baik.
3.Saya
dapat mengetahui bahawa Masjid Taj Mahal yang dibina pada zaman Shah Jehan
untuk isterinya,Mumtaz Mahal salah satu benda ajaib di dunia.
4.Mahatma
Gandhi menunjukkan sifaat berperikemanusiaan dengan ingin membantu para petani
yang menentang tuan tanah British. Beliau menunjukkan sifat berani dan tidak
gentar akan kepada penjajah British.
5.Sifat
yang perlu ada dalam setiap rakyat adalah sifat berani membuat sesuatu untuk
kepentingan dan kebaikan semua yang saya dapat lihat pada pergerakan nasionalis
yang inginkan British supaya member perhatian kepada kebajikan di India.
REFLEKSI INDIVIDU MINGGU 12 TAMADUN CHINA (3.12.2015)
SITI ZAINAB BINTI ABAS
2015429108
TAMADUN CHINA
Refleksi saya tentang tamadun china ini
ialah saya dapat belajar bahawa sebenarnya sebagai seorang islam , untuk
menyebarkan sesuatu dakwah kita haruslah berfikir dan bertindak dengan
bijak.Hal ini amat memberi impak kepada
saya kerana tindakan bijak khalifah uthman yang menghantar saad bin abi waqqas
ke chinalah yang menyebabkan islam tersebar di china. Tindakan ini amat bijak
kerana beliau terus menyampaikan dakwah kepada si pemimpin . Jika pemimpin
menerima dakwah itu, sudah tentu si pengikut akan mengikut jejak langkah si
pemimpin. Bagi saya , tamadun china antara tamadun yang memperlihatkan
kepandaian umat islam dalam strategi menyamapaikan dakwah.
NURUL SYAHIRAH ASMAA BINTI MOHD ZAIN
2015664182
Melalui pembelajaran mengenai tamadun China
ini, saya dapat belajar bahawa Tamadun China banyak memberi sumbangan kepada
seluruh dunia. Ini adalah termasuk sumbangan seperti seni bina, perkembangan
dalam pertanian serta budaya. Jika kita lihat di Mlaysia sahaja, banyak
bangunan yang dibina dengan unsur aripada China. Contohnya, pagoda iaitu kuil
mereka. Pengaruh Cina yang sangat terkenal ialah seni Kungfu. Ini dibuktikan
dengan seni prtahankan diri ini amalkan oleh banyak bangsa di seluruh dunia.
Yang paling penting ialah saya belajar dengan strategi dan perancangan yang
rapi, sesebuah tamadun itu mampu memngembangkan serta memajukan wilayah mereka.
SITI SYAHIRAH BINTI HUSIN
2015663856
Pada minggu ini,
saya mendapati tamadun china banyak
memberi sumbangan kepada dunia. Antaranya dari segi bahasa, kepercayaan, sistem
organisasi, budaya dan sistem politik, ekonomi dan sosial. Tamadun China
mengamalkan pemerintahan beraja yang mana ia menunjukkan Malaysia juga
mengamalkan sistem ini. Agama dan kepercayaan masyarakat cina seperti agama
Buddha masih diamalkan walaupun sudah bertahun lama ia wujud. Ini jelas
menunjukkan bahawa tamadun china amat memberi kesan kepada masyarakat sekarang
terutamanya masyarakat cina di Malaysia.
SARAH AMIRAH BINTI ADNAN
2015428556
Melalui pembelajaran pada minggu ini
berkenaan Tamadun Cina, terdapat banyak perkara yang dapat saya kaji. Antaranya
adalah masyarakat Tamadun Cina percaya bahawa restu para dewa merupakan perkara
terpenting dalam hidup mereka. Tanpa restu para dewa, maka kelancaran sesuatu
pekara seperti pemerintahan beraja, keamanan kehidupan dan lain-lain tidak
dapat dilaksanakan dengan sempurna. Hal ini amatlah bercanggah dengan pegangan
agama Islam. Sebagai umat Islam, kita tidak perlu menyembah sesiapa mahupun
apa-apa kerana tiada yang lebih berkuasa melainkan Allah SWT. Selagi berpegang
kepada sumber utama ajaran Islam iaitu al-Quran dan sunah nabi, menurut
suruhan-Nya dan meninggalkan larangan-Nya secara istiqamah, maka kita akan
senantiasa berada dalam keberkatan Allah SWT dijamin kebahagiaan dunia dan di
akhirat. Selain itu, kita sebagai umat Islam haruslah bersyukur dan menghargai
jasa Rasullulah SAW dalam memperjuangkan agama kita hingga ke nafas terakhir
baginda. Hasil perjuangan baginda, maka kedudukan wanita dalam masyarakat tidak
lagi rendah seperti Zaman Jahiliah dan kini berdiri sama tinggi, duduk sama
rendah bersama-sama lelaki. Berbeza dengan Tamadun Cina, kedudukan wanita
dianggap rendah dalam masyarakat. Contoh yang dapat kita lihat dengan jelas
adalah kdudukan isteri dalam perkahwinan.
The Seven Grounds atau tujuh dasar dalam ajaran Konfusianisme
mengatakan seorang suami berhak menceraikan isterinya berdasarkan sebab berikut
seperti perasaan cemburu, banyak cakap, mempunyai penyakit dan sebagainya.
Namun, seorang isteri tidak berhak untuk
berbuat demikian walaupun suaminya membuat kesalahan. Seorang isteri akan menurut
segala peraturan di rumah suaminya sama ada dia suka atau tidak.
NUR HAZIQAH ‘IFFAH BINTI RUSLI(2015666714)
1.Apa
yang saya pelajari ialah tamadun china adalah tamadun yang maju dan telah
membina peradaban awal manusia yang menunjukkan keunggulan dan kekayaan
ketamadunan dari pelbagai aspek termasuklah politik,ekonomi,kepercayaan dan
sosial yang unik.
2.Selain
itu, saya dapat mengetahui bahawa selain daripada menjadi laluan pedagan asing
yang datang untuk berdagang , Laluan Sutera(silk road) juga tempatnya laluan
agama islam tersebar. Oleh kerana itu, terdapat penganut islam yang menetap di
China sehingga sekarang.
3.Saya
juga dapat mempelajari tentang pelbagai pemikiran falsafah China yang pelbagai
seperti Konfusianisme,maoisme,daoisme dan legalisme. Falsafah-falsafah tersebut
mempunyai kepercayaan dan amaln yang berlainan yang dipercayai oleh masyarakat
China.
4.Tamadun
China mempunyai pelbagai kesenian yang amat menarik dan unik,seperti
kaligrafi,seni lukis,seni bina dan seni ukir,seni opera serta kung fu. Kesenian
China dari segi pembinaan juga dapat dilihat di Malaysia yang terletak di Kota
Bharu,Kelantan, masjid yang dibina berdasarkan ciri-ciri kesenian China.
5.Tamadun
China tidak meletakkan wanita sebagai kedudukan yang perlu dijaga dan dibelai.
Dalam masyarakat China, perempuan hanya dianggap sebagai untuk melahirkan anak
lelaki. Mengikut pendapat saya, masyarakat China ini menyerupai masyarakat
jahiliyah di tanah arab yang menidakkan
status wanita sebagai kedudukan yang perlu dihormati dan anak perempuan membawa
kerugian kepada mereka.
Saturday, 19 December 2015
PLAN AND ACTION KEPADA MASALAH UMAT ISLAM SEKARANG
Kita hendaklah mengambil iktibar dan sejarah tamadun-tamadun
terdahulu bagi memastikan kesilapan tidak berulang sekali lagi. Justeru, kita
hendaklah merancang dengan teliti terlebih dahulu sebelum bertindak atau
dikenali sebagai plan and action bagi menjamin keterbilangan tamadun. Pertama,
,masyarakat kini terdedah kepada permasalahan dalam urusan jual beli di mana
unsur penipuan dilakukan oleh pembeli di mana ia menyusahkan para pengguna.
Oleh itu, pihak kerajaan harus merancang untuk menguatkuasakan undang-undang
yang lebih berat terhadap para peniaga yang mengambil kesempatan ini agar
mereka tidak melakukannya lagi. Aktiviti ini lebih menular menerusi pembelian
dalam talian (online shopping). Sebagai contoh, salah satu usaha kerajaan
adalah semua perniagaan dan perkhidmatan dalam talian perlu mematuhi peraturan
Perlindungan Pengguna (Urus Niaga Perdagangan Elektronik) 2012. Antara perkara
yang perlu dipatuhi web perniagaan di bawah Peraturan-Peraturan Perlindungan
Pengguna 2012 ialah nama perniagaan, nama syarikat dan nama orang yang
menjalankan perniagaan; nombor pendaftaran perniagaan atau syarikat; alamat
e-mail dan premis dan nombor telefon; dan butiran mengenai ciri utama barang
atau perkhidmatan. bagi menjamin kepentingan kepenggunaan. Kegagalan mematuhi
peraturan mengikut Akta Perlindungan Pengguna 1999, individu boleh dikenakan
denda tidak melebihi RM50,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi
tiga tahun atau kedua-dua sekali. Denagn ini, sektor ekonomi negara bakal
terjaga.
Kedua, dari segi sosial,menerusi penggunaan teknologi yang
semakin popular pada zaman globalisasi ini, adanya seetengah pihak yang cuba
memporak-perandakan negara dengan menyebarkan malumat-maklumat palsu mengenai
kerajaan ataupun perkara yang berkaitan dengannya. Justeru, kita hendaklah
membendung perkara ini sebelum terlambat. Sebagai contoh, pada tahun 2013, kita
telah dikejutkan dengan maklumat palsu mengenai pembubaran Parlimen yang
tersebar di beberapa laman sosial. Justeru, Suruhanjaya Komunikasi dan
Multimedia Malaysia (SKMM) boleh mengambil tindakan serius menerusi seksyen 233 (1) Akta Komunikasi dan
Multimedia 1998, seseorang yang menggunakan internet atau telefon untuk
menyebar maklumat atau berita palsu boleh dikenakan tindakan undang-undang.
Jika didapati bersalah mereka boleh didenda RM50,000 atau dipenjarakan selama
tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya sekali.
Akhir sekali, bagi memperkayakan ilmu agama dalam jatidiri
individu Muslim di negara ini, selari dengan pembangunan negara, kita hendaklah
menggiatkan lagi usaha dakwah termasuklah dalam talian. Selain dari buku-buku
agama, ceramah mahupun seminar keagamaan, blog-blog yang berkisar mengenai
keagamaan turut mempunyai impaknya terhadap diri masyarakat lebih-leboh lagi
golongan muda. Pada hari ini, kita dapat lihat penceramah-pencerah muda seperti
Ustaz Adnin Roslan dengan prdouksi yang berjudul ‘Tarbiah Sentap’ dan Mujahid
Aiman Banna dengan produksinya ‘Henshin:Dari Jahiiah ke Jannah’ telah membuka
hati golongan pemuda pemudi dalam menalami ilmu agama dengan cara yang lebih
interaktif.
Friday, 18 December 2015
KAHWIN VERSUS COUPLE
VIDEO YANG KAMI SEDIAKAN INI ADALAH MENGENAI MASALAH YANG SERING BERLAKU DALAM MASYARAKAT SEKARANG TERUTAMANYA KALANGAN MAHASISWA SEKARANG. VIDEO INI BUKAN NIAT UNTUK MENYINGGUNG PERASAAN SESIAPA TAPI SEBAGAI PERINGATAN DAN PENGAJARAN KEPADA SEMUA MENGENAI TOPIK YANG HANGAT DIBUALKAN MASA KINI
KITA SEBAGAI MAHASISWA SEPATUTNYA FOKUS KEPADA MATLAMAT KITA IAITU UNTUK BERJAYA DALAM PELAJARAN SERTA MENDAPAT KEREDHAAN ALLAH MAHA BESAR. JIKA PERKARA REMEH SEPERTI PERCINTAAN BOLEH MENGHANYUTKAN SERTA MELALAIKAN KITA, HINDARILAH. SESUNGGUHNYA MENCEGAH LEBIH BAIK DARIPADA MERAWAT.
HAYATILAH DAN AMBILLAH PENGAJARAN DARIPADA VIDEO YANG KAMI SEDIAKAN INI. MOGA BERMANFAAT. IN SHA ALLAH.
.
PRINSIP IQRA SEBAGAI PEMAJU TAMADUN
Prinsip Iqra sebagai
Pemaju Tamadun
Dalam konsep asas Tamadun Islam amat mementingkan
penghayatan ilmu. Masyarakat yang berilmu asas pembinaan tamadun. Budaya ‘iqra’
dalam Islam merupakan suatu kefardhuan yang mesti ada pada setiap muslim. Ilmu
dikelaskankepada 2 bahagian;-
a) Naqli (wahyu) - membina asas tamadun berpandukan
ketetapan Allah.
b) Naqli (kajian) - mekanisma yang ada didalam peradaban itu
sesuai dengan fitrah semula jadi manusia. Masyarakat dan negara yang bersifat
menyeluruh, berdasarkan kepada perspektif Tamadun Islam iaitu penguasaan ilmu
ialah ilmu duniawi dan ukhrawi dan juga disebut Fardu Ain dan Fardu Kifayah.
Kedua-dua Fardu Ain dan Fardu Kifayah adalah kewajipan dan keperluan kerana
kita mesti melalui Alam Dunia dalam perjalan kita ke Alam Akhirat.
Allah berfirman dalam Surah Al Mujaadalah :
maksudnya“.......Allah mengangkat darjat orang-orang yang beriman di antara
kamu dan orang-orang yang diberikan ilmu pengetahuan beberapa darjat...”
Sabda Nabi Muhammad s.a.w dalam sebuah hadithnya mafhumya,
Sesiapa yang mahukan kecemerlangan dunia hendaklah dengan ilmu, sesiapa yang
mahukan kecemerlangan akhirat hendaklah dengan ilmu, sesiapa yang inginkan
kedua-duanya sekali hendaklah dengan ilmu”.
Hadith ini dengan jelas menunjukkan perlunya keseimbangan
antara ilmu dunia dan ilmu ukhrawi (Fardu Ain dengan Fardu Kifayah)
Surah yang awal diturunkan dalam bulan Ramadan terhubung
dengan budaya iqra atau baca yang memberi makna
penerokaan terhadap ilmu. Membangun budaya iqra
bermaksud bagi manusia dengan potensi akliahnya membangun kekuatan berfikir
sekali gus dengan potensi rohaniahnya membangun kekuatan iman dan ihsan
terhadap Pencipta.
Ilmu adalah suluh bagi manusia. Ia tidak saja memperjelaskan
proses ingin tahu manusia terhadap sesuatu tetapi ia juga memberi kefahaman
terhadap sesuatu itu dan natijah akhirnya menerima makna akan sesuatu itu.
Al-Quran memberi fokus kepada rijal sebagai aspek pembangunan yang paling utama
bukan teknologi dan kebendaan. Rijal penting dibangunkan budaya iqra ini supaya ia memiliki kualiti ihsan dan insan agar
pengurusan dan pembangunan terhadap sesuatu berlaku dalam kerangka amanah dan
kesejahteraan untuk manusia.
Sebab itu, iqra dalam konteks al-Quran bukan sekadar harfiah
sifatnya untuk maksud pahala semata-mata apabila dibaca, tetapi kandungan
tekstual (kitab) itu perlu terhubung secara kontekstual (realiti) supaya
pemahaman terhadap realiti hidup, sejarah dan budaya menyebabkan kehidupan
manusia terbimbing dan terpedoman.
Al-Quran antara tekstual dan kontekstual
Al-Quran terkandung hikmah yang membimbing manusia terhadap
kebijaksanaan. Pembangunan rijal dan sistem tidak saja dirujuk kepada nas,
berlaku khulasah dan tafsir tetapi ia diolah dalam kerangka syariah dan fekah
supaya sistem dapat diaturkan terus berada dalam acuan syariat.
Ia mampu menjana ilmu dan pemikiran, pendekatan dan
strategi, masalahah dan yang aula atau lebih utama supaya umat Islam mampu
merancang dengan bijaksana, tidak gopoh terhadap situasi, memiliki daya tawakal
yang tinggi, bersyukur dengan apa yang diterima, berusaha untuk terus maju dan
memiliki daya kompetensi tinggi dan akhirnya menemui al-falah atau kemenangan
secara istiqamah dan bijaksana.
Al-Quran mencela kelompok mustakjilun atau gopoh dengan retorik
yang mengapi-apikan emosi dan kehendak atau kelompok pelampau yang tidak
memahami waqi atau realiti lebih-lebih lagi
kelompok yang cetek dan tumpul pembacaannya terhadap senario yang ada dan
akhirnya terjebak dalam kemelut inginkan perubahan tetapi tidak memiliki daya
untuk mengisi perubahan itu sendiri.
Oleh itu, amat penting dilakukan perimbangan yang bijak
supaya yang dikejar itu dapat dan yang dikendung itu tidak berciciran. Emosi
dan kehendak yang tidak terkawal dan kegopohan melaksanakan hasrat dan
cita-cita sering menimbulkan fitnah dan sengketa sesama umat.
Al-quran merintis pembangunan Tamadun
Bayangkan Ramadan yang dilalui sebagai sekolah rohhiyyah
yang melatih daya kawal diri insan dan disiplin rohaniah yang tinggi, keupayaan
mengawal lidah dan nafsu, menjadikan amal - buat contoh teladan yang menjadi
sumber ikutan , para abid yang terpancar jiwa ihsan yang tinggi adalah gambaran
warga muttaqeen yang mampu mencetuskan zaman dan keadaan ke arah perubahan.
Justeru Ramadan yang dilalui, binaan rohaniah yang dialami
dan mengembalikan insan kepada acuan fitrah yang tinggi membolehkan adab dan
peradaban lahir. Dunia dan kehidupan hari ini amat memerlukan warga umat yang
tidak saja berilmu tetapi amat peka dengan kualiti kemanusiaan tinggi dan akhlak
mulia supaya sistem dan negara dapat dibina berasaskan acuan yang fitrah.
Bila Rasulullah SAW mengungkapkan , Addabani rabbi faahsana
taa,dibi - Yang Allah, didiklah aku dengan didikan yang terbaik ia
menggambarkan betapa pentingnya adab diri diperkasa bersumberkan kekuatan hati
yang kental dengan rohaniah yang mantap.
Adab yang membawa kepada disiplin diri (ketangkasan
berfikir) dan disiplin hati (keupayaan rohaniah yang tinggi) dan disiplin amal
(kehebatan amal sebagai contoh ikutan) bakal mencetuskan kehebatan sistem yang
tidak saja menawarkan kesejahteraan kepada manusia tetapi kekentalan hubungan
dengan Khaliq sebagai Pencipta dan sumber ke atas segala.
Seperti juga lahirnya tamadun Islam yang bertahan
berabad-abad berakibat eratnya hubungan ulama dan umara
seperti berlaku di zaman al-Makmun, al-Mansor, Harun Ar Rashid dan Omar Ab.Aziz
yang dicatat oleh zaman sebagai penyumbang tamadun unggul yang seharusnya
menjadi sumber reflektif yang tinggi terhadap warga umat yang terkemudian.
Ilmu di zaman itu amat integratif iaitu kesepaduan antara
ilmu al-Quran dan akal yang melahirkan warga pendukung tamadun seperti Ibn
Suyuti, Ibn Sina, al Khawarizmi, Ibn Khaldun, Imam al Ghazali , Abu Qasim Az
Zahrawi dan lain-lain dan menghasilkan peta zaman yang terukir dengan ilmu-ilmu
diniah yang tinggi dan memiliki kepakaran dalam pelbagai bidang.
Lahirnya tradisi kecendekiawan dalam bentuk karya dan
penyelidikan hingga menghasilkan kitab besar seperti Qanun ibn Sina, Ihya
Ulumuddin Imam al Ghazali, al Muqaddimah Ibn Khaldun dan banyak lagi yang
memberikan rintisan kajian dan keilmuan dan tersohor sepanjang zaman.
Sikap terbuka di kalangan ilmuan Islam mengambil faedah
berbanding dari budaya dan tamadun lain yang bermanfaat dan dengan daya saring
yang tinggi dan diletakkan tasawwur ilmu itu dalam acuan yang Islami. Ilmuan
seperti al Biruni menjelajah ke India memanfaatkan ilmu berbanding dalam
disiplin matematik, sains, astronomi menggunakan kekuatan bahasa Hind yang
dipelajarinya dengan baik. Itulah lambang kehebatan silam yang sepatutnya
menjadi sumber teladan pada masa kini.
Subscribe to:
Posts (Atom)